Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Isnin, 29 Jun 2009

BIASISWA NASIONAL JANGAN SAMPAI ANCAM HAK BUMI



Mulai tahun depan kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan memperkenalkan biasiswa khas yang kelayakan 100% berdasarkan merit dikenali sebagai Biasiswa Nasional.

Biasiswa ini merupakan rumusan jawapan kepada permasalahan yang ditimbulkan oleh banyak pihak khasnya Bukan Bumipura dan tidak kurang juga kelompok Bumiputra yang tidak berpuas hati lantaran kegagalan JPA menyediakan biasiswa secukupnya kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM 2008 bagi mengikuti kursus Program Ijazah Luar Negara ( PILN 2009) Dan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN 2009)


Dari kira-kira 18 ribu pelajar cemerlang yang ditemuduga, JPA hanya bersedia menawarkan 2100 biasiswa PILN pada tahun ini. Berdasarkan agihan 45% kepada Bukan Bumiputra mereka mendapat 900 tempat manakala Bumiputra dengan agihan 55% hanya diperuntukkan 1200 tempat saja. Ini bermakna ia telah mengecewakan kira-kira 16 ribu lagi pelajar cemerlang untuk mendapatkan pembiayaan bukan sahaja terhad dari kalangan Bukan Bumiputra tetapi ramai juga Bumiputra yang cemerlang turut berputih mata.


Persoalannya mengapa tahun ini ianya menjadi isu perkauman yang berlebih-lebihan, sehingga ada pihak yang mendakwa kerajaan BN pimpinan UMNO hanya mengutamakan kepada kaum Bumiputra khusus Melayu dalam pemberiaan biasiswa walaupun mereka tidak secemerlang pelajar Bukan Melayu.

Hakikatnya ramai pelajar Bumiputra/Melayu cemerlang telah dinapikan hak mereka, walaupun dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 153 dengan jelas menyatakan soal biasiswa adalah adalah hak mutlak Kaum Bumiputra , Orang Melayu, Kaum Bumiputra Sabah dan Kaum Bumiputra Sarawak yang menjadi tanggungjawab Yang Dipertua Agong (Kerajaan) mempertahankannya.

Justeru, dengan wujudnya Biasiswa Nasional mungkin mengurangkan sedikit keresahan pelajar-pelajar cemerlang dari pelbagai kaum. Namun apakah ianya berkesan untuk jangka panjang kerana pelajar cemerlang kian bertambah dari tahun ke tahun. Apa yang membimbangkan kita, jika pola pelajar cemerlang 100% akademik dikuasai oleh sebilangan besar oleh pelajar-pelajar Bukan Melayu, tidakkah ia akan meminggirkan pelajar-pelajar Melayu yang mungkin tergencat oleh latarbelakang sosia ekonominya?

Wanangsari suka mencadangkan disamping Biasiswa Nasional dan bagi memastikan konsep 1 Malaysia dapat dilangsanakan berteraskan Perlembagaan Negara ( Perkara 153) kerajaan turut mengambilkan langkah-langkah berikut :-



i. Terus mengekalkan peruntukan Biasiswa JPA yang sedia ada dengan mengembalikan semula kepada agihan asal bukannya 55% untuk Bumiputra dan 45% untuk Bukan Bumiputra.



ii. Menambahkan peruntukan biasiswa MARA dan menyalurkan peruntukan biasiswa melalui agensi seperti RISDA, FELCRA, Kementerian Pertanian dan Asas Tani ( Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, LKIM, Pertubuhan Peladang), Kementeriaan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau lain-lain agensi yang berurusan terus dengan kumpulan orang miskin dan daif tanpa mengira kaum.



iii. Menyalurkan peruntukan melalui Tabung Haji.



iv. Menambah dan terus mempergiatkan penajaan biasiswa melalui GLC seperti Petronas, TNB, TM,Khazanah Nasional, PNB dan lain-lain.



v. Mulai tahun depan setiap pelajar yang mendapat SPM 10A1 dan 11A1 (aliran sains agama) ditawarkan pinjaman/biasiswa "mudah ubah" secara automatik melalui agensi-agensi yang dicadangkan tadi.

Peribahasa Melayu "SEPERTI BELANDA MINTA TANAH"