Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Jumaat, 26 September 2008

TURUNLAH SECARA TERHORMAT DAN BERMARUAH

Perhimpunan Agong UMNO ditangguh ke Mac 2008. Nampaknya masih banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh UMNO sehingga penangguhan ini terpaksa dibuat. Soal peralihan kuasa belum mendapatkan kata putus.

Banyak desakan yang meminta mesyuarat bahagian Umno yang bakal berjalan Oktober ini memutuskan sama ada hendak mengikut apa sahaja keputusan MT atau membuat pertimbangan sendiri berdasarkan kehendak akar umbi.

Meneliti ke bawah memang menjadi kemestian UMNO kena membuat perubahan bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi mengeluruh hingga ke cawangan.

Dalam UMNO memang banyak kayu-kayu buruk yang mesti diganti kalau mahu melihat UMNO terus berdiri kukuh di persada politik negara. Kayu-kayu lama yang masih kukuh wajar dikekalkan kerana ianya amat berharga dalam menentukan survival UMNO.

Perubahan bukan bermakna menukar semua tetapi ianya lebih bersikap penambahbaikan dan pemuliharaan. Gabungan antara yang baru dan bertenaga dengan yang lama berpengalaman dalam resipi terbaik untuk menguatkan UMNO.

Perbuatan menyekatkan pertandingan UMNO sebenarnya cuba untuk mengelakkan perpecahan yang sering berlaku dalam UMNO. Namun kalau sekatan yang melampau-lampau terus dilakukan seolah-olah suara ahli dinafikan , ianya akan menyebabkan UMNO bukan sahaja pecah tetapi terus tumbang dan terbalik tanpa boleh ditampal-tampal lagi.

Oleh itu, amalan demokrasi dalam UMNO mesti terus disuburkan dengan membenarkan pertandingan berlaku dan ahli bebas menentukan kepimpinan yang mereka mahu. Kalau tidak,tiada sesiapa lagi yang berminat dengan UMNO terutama golongan muda.

Dalam sejarah UMNO tidak ada seorangpun presiden yang ditolak melalui kuasa undi perwakilan di Perhimpunan Agong. Ini kerana semua mereka telah berjaya mencipta rekod yang baik sepanjang kepimpinan mereka walaupun adalah juga sikit-sikit kecacatan di sana sini.

Pemimpin yang mempunyai rekod cemerlang tak perlu khuatir, yang penting pemimpin harus pandai membaca situasi bila masanya ia harus berundur secara terhormat dengan mendapat sanjungan yang berterusan pula.

Allahyarham Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan bila dia sedar telah ada bibit-bibit yang menolak kepimpinannya. Ternyata peralihan kuasa Tunku kepada Tun Abd Razak telah berjaya memperkasakan semula UMNO.

Begitu juga dengan Tun Dr Mahathir yang menyedari ia tidak akan dapat bertahan lama berdasarkan keputusan pilihanraya 1999. Dr Mahathir memberi laluan kepada Pak Lah. Ternyata langkah itu betul, UMNO dan BN telah mendapat semula keyakinan rakyat dengan kemenangan besar dalam pilihanraya negara pada 2004.

Oleh itu kepada semua pemimpin UMNO di semua peringkat tak perlulah membiarkan orang menarik kita turun dengan cara yang hina dan terdesak.

Turunlah sendiri dengan dengan penuh kesopanan dan keinsafan bahawa masa kita sudah berlalu.

Insya Allah ahli akan menghormati kita sebagai pemimpin terbilang dan bermaruah. Wanangseri selalu ingat akan kata-kata orang tua " BISA ULAR TAK AKAN HILANG DENGAN MENYUSUR AKAR "

5 ulasan:

wargabumi berkata...

salam idul fitri wanangsari kuasa sesaorg akan menentukan arah tuju dan sy berpendapat turun secara terhormat adalah amat wajar tetapi persoalannya apakah orang melayu sudah lupa budaya lupa adat resam dan adkah dgn pengunduran pak lah akan memuaskan hati wanangsari tetapi jika ianya memuaskan hati wanangsari tepuk dada tanya lah nafsu salam.

WANANG SARI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
WANANG SARI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
WANANG SARI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
WANANG SARI berkata...

Terima kasih wargabumi kerana memperingatkan wanangseri. Insya Allah wanangseri tak mungkin lupa akan budaya dan adat resam warisan nenek moyang kita.

Adat kita tidak akan memalukan pemimpin. Sedar akan stuasi terkini wanangseri amat insaf bahawa Pak Lah akan dimalukan jika dia tidak berundur secara terhormat.

Wanangseri amat sayang pada semua pemimpin yang berjasa lebih-lebih lagi Pak Lah, dia ORANG BAIK!

Tak sanggup rasanya melihat orang sebaik Pak Lah diaibkan secara direntap turun sebagaimana Brother Anwar merentap turun Tun Ghaffar duhulu.

Wanangseri masih ingat Tun Ghaffar dilihat secara bersendirian dengan beg plastik di airport untuk ke negara jiran bagi menenangkan hati yang sedih kerana dijatuhkan secara biadap oleh mereka yang tidak beradab. Apakah maruah pemimpin pada ketika itu ? Bagaimana perasaan kita bila pemimpin yang kita sayangi diperlakukan begitu? Apakah ini tidak boleh juga berlaku pada Pak Lah.?

Oleh itu peralihan kuasa yang lebih awal seperti dibayangkan sendiri oleh Pak Lah sesuatu yang dialu-alukan. Malah amat baik bagi Pak Lah sendiri dan elok juga pada parti jika pada boleh Pak Lah mengumumkan pada 9 Oktober nanti untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti menjelang Mac 2009 ini.

Jika Pak Lah terus berhasrat untuk bertanding jua, maka pada amatan wanangseri pasti Pak Lah akan dicabar. Ini memyebabkan laluan untuk Pak lah menjadi lebih sukar dan jika dia kalah pastilah namanya tercalar.

Tapi jika Pak Lah memberi laluan pasti Pak Lah akan dinobatkan sebagai wira bangsa dan pemimpin berjiwa besar kerana meletakkan kepentingan parti dan negara di atas diri.

Mungkin Pak Lah boleh dilantik sebagai Menteri Kanan, walaupun jawatan ini tidak pernah diwujudkan sebelum ini tapi apa salahnya demi untuk menghormati dan menghargai jasa-jasa Pak Lah.

Dalam waktu UMNO memerlukan penambahbaikan dan pemuliharaan ini, Pak Lah dan Najib tidak begitu penting berbanding dengan usaha memulikkan keyakinan rakyat kepada Parti UMNO itu sendiri.

Usaha mesti dibuat untuk memastikan UMNO terus relevan sebagai teras pemerintahan kepada sebuah negara berbagai kaum yang aman dan damai. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.