Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Jumaat, 30 Mei 2008

CERPEN KU TAK RELA DIPUJUK LAGI

Aku dah nak pergi tapi kau halang aku supaya jangan berhenti. Aku keraskan hati untuk terus bawa diri tapi kau pula beriya-iya hendakkan aku lagi. Aku tegas untuk pergi jua tapi sebenarnya aku acah-acah aja. Aku nak suruh kau pujuk dan keluarkan airmata kerana nak tunjuk bahawa diriku amat berharga.

Aku sedar aku tak popular lagi, kerana orang dah mula menyanyi ” Pergi kau pergi”, ”Kami dan Benci ”. Sejak 99 lagi aku hampir hilang negeri. Terpaksalah aku melakunkan sendiri menagis di depan menteri dan seisi negeri bahawa kalau aku pergi kau semua yang akan rugi kerana aku tiada penganti.

Kau memang tak faham aku atau pun memang kau sengaja buat-buat tak faham menyebabkan aku hanya rujuk sementara. Kau rangka pelan peralihan kuasa menyebabkan terpaksalah aku serahkan kuasa walaupun sebenarnya aku tak rela. Apa nak kata semuanya aku sendiri yang cipta.

Di hari kau dimasyhurkan untuk duduk di kerusi yang tersehor, aku tunjuk muka akur ataupun sebenarnya hatiku tak jujur kerana banyak lagi khazanah yang belum ku cukur. Menyebabkan kroni-kroniku jatuh tersungkur.

Kau memang tak dengar kata, hati aku kalau tak jaga, projek-projek raksasaku kau batalkan semua. Dasar-dasar ku kau hina, memang kau tak kenang jasa. Kalau tak ada aku, kau tak ke mana. Apa kau tak ingat, kau tu dulu sudah terpinggil di luar sana, aku naikkan kau di singgahsana sehingga banyak yang merana kerana mereka juga cita-cita sama.

Kalau memang lembik dan tak bermutu, dikelilingi oleh pengampu dan penyapu. Dibantu oleh pembantu yang tidak berbatu, mengikut telunjuk anak menantu . Kau tengok aku, cakap aku cakap penentu, siapa tak setuju aku tendang satu persatu, walaupun dia, penyokong aku yang nombor satu.

22 tahun aku berkuasa, banyak jasa kepada nusa dan bangsa. Kau pandang aku hina dan kau layan aku macam kera. Pandangan ku kau tak cakna. Awas! nanti kau ku kerja. Aku tak kira sesiapa, semua orang mesti dengar kata walaupun aku dah bersara tapi tetap nak bersuara.

Orang di bulan pasti gembira, naik roket parti celaka, biar memandang sebelah mata tapi aku tak kisah itu semua. Walaupun tindakan aku itu berbahaya menguntungkan musuh Yahudi celaka tetapi hatiku tetap gembira, ternyata kau gagal teraju negara. Baiklah kau berundur segera, sebelum parti hancur binasa dan sebelum negara dilanda petaka.

Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang, parti lawan dah menang, Kelantan dah lama hilang, Begitu juga dengan Wilayah Persekutuan. Tiada majorti ¾ di Negeri Sembilan juga sama di Parlimen Persekutuan.
Hari ini MELAYU dah hilang kekuatan, tiada lagi orang yang segan. Ketuanan Melayu sudah permainkan, Raja Melayu orang persendakan. Oleh itu silalah kau letak jawatan.

Kalau kau tak mahu pergi, biarlah aku keluar parti. Aku ajak anak bini dan sesiapa jua yang sudi. Aku hanya akan kembali apabila kau tiada lagi kerana kau memang ku benci. Biarlah rosak parti, biarlah hancur negeri. Aku tidak akan puashati selagi kau tak berhambus pergi. Aku lebih sayangkan parti bukan macam kau sayangkan kerusi .Ku Tak Rela di pujuk lagi. BERKERAT ROTAN BERPATAH ARANG. APA NAK JADILAH APA AKU PERDULI.!!!

TUN TAN SIEW SIN : MALAYS SPECIAL PRIVILEGES

Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA dalam akhbar pada 30 April 1969 bertajuk "Tun Tan Answerrs on Special Privileges" berkata :

" The Malays, through UMNO. were generous enough to relex the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays has become citizens whereas before independence 90 perrcent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special posititon of Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities".

Wanang seri hendak mengajak semua rakyat Malaysia, khasnya generasi muda mengisafi apa yang diperkatakan oleh pemimpin bukan Melayu mengenai isu kontrak sosial ini. Esok saya akan paparkan pandangan pemimpin bukan Melayu yang lain pula. "DI MANA LANGIT DI JUNJUNG ????"

TEKA TEKI 3 : MAKAN BABI

AKU BERASAL DARI MELAKA
PENANG DAN PERAK AKU DAH KUASA
SELANGOR PULA IKUT AKU SAJA
PADA RAJA AKU DERHAKA

BERPULUH TAHUN JADI YB
ANAK AKU PUN DAH JADI YAB
AKU TAK KIRA APA NAK JADI
SEBAB AKU MAKAN BABI

SINGAPURA JADI IDOLA AKU
MALAYSIAN MALAYSIA ITU PERJUANGANKU
KETUANAN MELAYU MEMANG SETERUKU
MENJADI PM ITULAH CITA-CITAKU

LEE KUAN YEE KU ANGGAP BAPA
PAP DAN DAP DIALAH YANG TAJA
MB PERAK BONEKA AKU SAJA
PAK SHEIKH DAN PKR DAH AKU KUDA

AKU MEMANG KURANG AJAR
MULUT AKU MEMANG CELUPAR
RAJA MELAYU AKU DAH CABAR
PADAN MUKA MELAYU MEREKA BERCAKAR

AKU DAN ANAKKU MEMANG CELAKA
DEB KAMI NAK HAPUSKAN SAJA
MELAYU PENANG KAMI NAK KERJA
BIAR MEREKA KENAL AKU NI SIAPA?

Rabu, 28 Mei 2008

DAP AJAR PKR DAN PAS JADI BIADAB

"Wakil PKR naik ke tempat Speaker dianggap biadab" Bagi Wanangseri, tindakan ahli Parlimen PKR Padang Serai N. Gobalakkrisnan itu bukan sesuatu yang pelik. Ia sekadar meneruskan episod kisah kurang ajar dan biadap mereka . Sekadar menyebutkan beberapa siri kebiadapan mereka:

a) 13 Mei 1969 Gabungan ini juga DAP, Gerakan, Parti Rakyat dan suku sakatnya telah melakukan amalan biadab seperti menghina Melayu, tunjuk kemaluan dan sebagainya bagi merayakan kemenangan mereka dalam pilihanraya 69 sehingga mencetuskan rusuhan kaum.

b) 25 Ogos 1979 Karpal Singh saman Sultan Selangor Al Marhum Sultan Salihuddin kerana mendakwa baginda bertindak bertentangan dengan perlembagaan berikutan dengan kenyataan baginda tidak akan mengampun pesalah-pesalah yang dihukum mati kerana mengedar dadah.

c) 5 Ogos 1978 , 6 ahli DUN Perak dari DAP enggan membaca ikrar taat setia ke bawah Duli Yang Mulia Sultan Perak di majlis angkat sumpah dan cukup sekadar ikrar berkhidmat sebagai DUN.

d) 31 Oktober 1982, Lim Kit Siang mengetuai penubuhan "Gerakan Pelbagai Bahasa dan Kebudayaan (many languages,many cultures movement) bagi menentang dasar penggunaan Bahasa Melayu dan Kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan kebangsaan kerana dasar-dasar ini menonjolkan unsur-unsur Melayu dan Islam.

e) 21 Ogos1987 , Lim Guan Eng dan Kerk Kim Hock telah membuat laporan di Balai Melaka Tengah ke atas Fahmi Ibrahim Pengerusi Pendidikan Pemuda Umno didakwa sebagai penghasut dan mencabar keutuhan pelajaran Cina.

f) 10 Julai 1984, Dr. Chen Man Hin mendakwa DAP DEB adalah bertentangan dengan kemajuan ekonomi bebas yang memberikan penyertaan kepada bumiputera yang merupakan satu Penyalahgunaan yang drastik oleh pihak berkuasa.

g) 12 Mac 2008 Lim Kit Siang memerintahkan DUN DAP Perak memulaukan majlis angkat sumpah MB Perak dari PAS di hadapan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

h) 10 Mac 2008 Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan DEB akan dihapuskan di Pulau Pinang

i) 2008 Karpal Singh membuat laporan polis terhadap Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohamad Faris Petra Sultan Ismail Petra

j) 9 April 2008 Karpal Singh minta Dr Mahathir di bawa ke Lembaga Dispilin Umno kerana mengkritik kepimpinan PM.

k) 5 Mei 2008 Karpal Singh menyelar Sultan Perak kerana bertindak menitahkan MB Perak menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan agama Islam (JAIP) Datuk Jamry Sury.

l) 30 Mei2008 Karpal Singh mempersoalkan siapa yang menyediakan teks titah ucapan Yang Dipertuan Agong semasa merasmikan sesi pertama Persidangan Parlimen ke 12.

m) 22 Mei 2008 Karpal Singh buat laporan BPR DR. Mahtahir terhadap isu perlantikan hakim .

Wanangseri sedih tengok orang Melayu yang suka dengan orang biadab, dah mula tak beradab tetapi dah pandai biadab kerana dah mula adat. Hari ini Datin Wan Azizah bersama rakan baiknya Dato Hj Abdul Hadi Awang dah terikut-ikut Lee Guan Eng membela Karpal Singh sebagai tidaklah berniat untuk mengina raja-raja Melayu tapi sekadar hendak membuat teguran. Wanagseri sekadar bertanya "Apakah teguran tidak boleh dibuat secara beradab maka kena buat secara biadab? Wanangseri teringat perpatah Melayu " BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT "

Selasa, 27 Mei 2008

JELAPANG PADI

Tok Nan MB Pahang memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang akan membawa kembali permohonan menjadikan Daerah Rompin dan Pekan sebagai jelapang padi bagi negeri ini. Cadangan itu difahamkan telah diterima semasa Dato Sulaiman Daud menjadi Menteri Pertanian dulu tapi selepas itu ianya senyap sahaja.

Wanangseri setuju sangat tapi janganlah Rompin dan Pekan aje. Di Ulu Pahang pun banyak sawah terbiar. Pegilah tengok dekat Dong, Sega, Atok, Kemahang, Tanjung Besar, Berchang, Ulu Teris , Bapong , Gua ,Merapoh dan lain-lain. Kecik-kecik dulu Wanangseri makan nasi dari beras yang tumbuk dengan lesong indek . Orang tua kame orang taman padi sendiri, cukup makan setahun boleh keluar ZAKAT lagi.

Terkenang masa dulu, kame makan empeng dan kekalu ( beras muda yang campur kelapa)
Anak cucu Wanangseri dah tak kenal itu semua.

MELAYU DAH HILANG DI DUNIA ?

Bermadah Tok Nan MB Pahang bahawa India ada masalahnya, orang Cina ada masalah, orang Melayu ada masalah, maka kita akan sama-sama selesaikan.. Malaysia baru 50 terlepas dari cengkaman penjajah British, penjajah yang paling pintar berbanding Portugis, Perancis, atau Belanda yang melalui dasar pecah perintah. Orang Cina dan di India datang ke Tanah Melayu sehelai sepingang tapi mereka boleh hidup aman damai di negeri ini. Tiada jaminan Melayu terus jadi PM tetapi raja kena ada sebab inilah tempat tumpuan taat setia kita.
Laporan Pemberita dari Dewan Undangan Negeri Pahang

Wanangseri nak tanya Tok Nan, siapa yang perkauman sebenarnya? Dulu kita ada sekolah Melayu tapi kini dah hilang, orang Cina masih ada sekolah cina, orang India masih ada sekolah Tamil. Dulu kita ada negeri Tanah Melayu tapi kini dah jadi sejarah? Dulu kita bahasa Melayu kita yang tinggal bahasa Malaysia, cina ada bahasa Manderin, India ada Bahasa Tamil. Dulu kita sambut hari kemerdekaan Tanah Melayu, hari ini kita jadikan hari kebangsaan.? Apa yang tinggal pada Melayu hanya Askar Melayu, Raja Melayu, Keretapi Tanah Melayu atau mungkin juga jam Melayu atau janji Melayu. Apakah benar kata Hang Tuah " MELAYU TAK HILANG DI DUNIA !!!!. Hakikatnya Melayu dah lenyap dari peta dunia.

TEKA-TEKI 2: NAJIB AMBILLAH KERUSI

AKU TAK PERNAH MINTA KUASA
ALLAH JUA YANG MAHA ESA
KEHENDAKNYA JUGA AKU BERTAHKTA
SOKONGLAH AKU BINA NEGARA

2004 AKU BERJAYA
MENANG KERUSI PENUH BERGAYA
PERINTAH NEGARA DENGAN SELESA
TAPI SAYANG TAK KEKAL LAMA

AKU DITUDUH TIDAK BERMAYA
LEMAH LONGLAI TAK BERTENAGA
BANYAK MUSUH INGIN MENDUGA
AKU DISERANG BERMACAM CARA

SERONOK DUDUK DI KERUSI TERTINGGI
SEHINGGA AKU SYOK SENDIRI
NASIHAT SAHABAT TIDAKKU PEDULI
KERANA AKU DAH ADA KHAIRI

AKU DAH HILANG 5 NEGERI
PARTI KU PIMPIN TAK KUAT LAGI
KALAU AKU TIDAK PERBAIKI
AKU AKAN HILANG MENTERI

AKU PERKENAL ISLAM HADARI
RUPANYA IA MEMAKAN DIRI
SOKONGAN AKU TAK PADU LAGI
ELOK SAHAJA AKU DIGANTI

BUKAN SENANG NAK PIMPIN NEGERI
ANCAMAN ADA DI SANA SINI
CAUVINIS, YAHUDI DAN GLOBALISASI
TAK KURANG MUSUH DALAM PARTI

MARI KITA BERSATU HATI
JANGAN KELUAR DARI PARTI
JAGA PARTI JAGA NEGERI
KITA JANGAN BERGADUH LAGI

CUKUP SUDAH SAMPAI DI SINI
KERANA AKU DAH TAK DI SUKAI
AYUH!! NAJIB AMBILLAH KERUSI
SIAPA AKU, CUBALAH CARI ?

MAT NIZAR MELAYU TERAKHIR DI PERAK ?



  • Minggu lalu Wanangseri ziarah sanak-saudara di Perak, negeri warisan Dato Maharaja Lela tu. Seronak benar saudara mara kita yang datang dari BULAN tu kerana masih meraikan ketua mereka dinobatkan sebagai MB Perak yang baru. Maklumlah dengan restu orang-orang datang dengan ROKET dapat juga Dato Seri Mohammad Nizar jadi MB. Orang Melayu masih jadi MB walaupun bilangan Melayu dalam kerajaan kecil aje.


Wanangseri teringat kepada suku-sakat wanangseri Orang Melayu di Temasik yang hari di kenali sebagai Singapura tu. Pada 1965 gempitalah orang-orang Melayu di sana kerana Tun Mohd Yusof Ishak telah di nobatkan sebagai Prasiden Singapura yang pertama. Tapi sedih sunggguh kegembiraan Melayu Singapura tak lama kerana Tun Mohd Yusof Ishak mencatatkan sejarah menjadi Melayu yang pertama dan terakhir menjadi ketua negara tanah warisan nenek moyangnya.

Jangan-jangan Melayu Perak pun sama, "DULU KINI DAN SELAMANYA : MELAYU TERTIPU"

Isnin, 26 Mei 2008

ANTARA DUA KASIH RAJA DAN KASIH RAKYAT

Minggu lalu Wanangseri menyertai rombongan warga emas dari Ulu Pahang melawat Istana Abu Bakar di Bandar Pura Ibu negeri Inderapura. Pak Long Omar salah seorang ahli rombongan mendakwa sempat dengan Al Marhum Sultan Abu Bakar yang memerintah negeri itu dari tahun 1932 hingga 1974. Baginda antara Raja-raja Melayu yang dipaksa oleh Harrold MacMichael untuk menandatangani Malayan Union pada tahun 1946. Dia menceritakan bagaimana orang Melayu menentang rancangan jahat British itu.

Dalam keadaan bangsa dihina Melayu bangkit bersama membina semula maruah yang tercalar oleh satu bangsa penjajah yang kurang ajar. Tindakan British merampas kuasa raja dan menjadi Melayu setaraf dengan bangsa dagang bermakna membunuh Melayu . Ini mendorong mereka mengadakan Kongres Melayu pada 1 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman Kuala. Lumpur bagi menyatakan tentangan terhadap Malayan Union dan taat setia kepada raja dan tanah air.

Kongres ”HIDUP MELAYU” ini turut disertai waris-waris kami dari Kuala Lipis seperti Muhamad Nor Sulaiman, Khairuddin Kawi dan Cikgu Razak Husein bersama-sama 41 Pertubuhan Orang-orang Melayu dan Orang Asli berkongres demi mempertahankan Ketuanan Melayu di negeri ini.

Kongres itu telah sepakat supaya orang Melayu dan Raja-rajnya memulaukan Malaya Union dan segala majlis perlantikan gabenornya. Orang Melayu akan berkabung mulai 1 April 1946 tarikh penubuhan Malayan Union yang disifatkan sebagai hari membunuh Melayu itu.Hasilnya tiada seorangpun Raja-raja Melayu yang hendak malukan di majlis pelantikan Gabenor Malayan Union itu hadir. Kasih sayang Melayu telah meyelamatkan raja untuk terus mempunyai rakyat dan negeri.

Jika 62 tahun dulu kasih sayang Melayu telah menyelamatkan raja Melayu dari hilang tahkta kini kasih sayang raja pula yang menyelamatkan Melayu dari hilang kuasa. ”Junjung Kasih Tuanku !” Tanpa campurtangan ”Tuanku” sudah tentu Melayu hilang di Selangor dan Perak. Singapura dan Pulau Pinang sudah
lama pergi.

Dengan 18 DAP , PKR 7,dan PAS 6, sudah sepatutnya YB DAP menjadi MB Perak, kerana majorti. Kuasa ”Tuanku Sultan” telah memastikan Melayu tetap menjadi MB walaupun bilangan mereka dalam kerajaan campuran Perak terlalu kecil. Walaupun Melayu ramai di Dewan Undangan Negeri Perak, UMNO 27, PAS 6 dan PKR (Melayu ) 3 berbanding dengan 18 DAP dan PKR (Bukan Melayu ) 4 tetapi ramai saja tidak menjamin kuasa di tangan Melayu.

Di Selangor pula tanpa kuasa sultan sudah tentu YAB Tan Sri Khalid tak semudah itu untuk duduk di kerusi orang no. 1 di Bukit Megawati. Dengan PKR (Melayu) hanya 10, dan PAS 8 berbanding YB DAP 13 dan 5 PKR ( bukan Melayu) tidaklah pelik kalau DAP terus menuntut lebih dari apa yang dia dapat sekarang.

Kasih sayang kedua-dua raja Melayu ini telah memastikan orang Melayu masih mengetuai kerajaan Perak dan Selangor walaupun Melayu tak sekuat mana dalam kerajaan negeri berkenaan

Melayu dengan Raja Melayu ibarat darah dan nadi dalam satu jasad. Raja adalah darah dan Orang Melayu nadinya, terhenti darah , bermakna nadi turut terhenti, maka jasad bernama Melayu tak bernyawa lagi.

Malaysia lahir dari tradisi Kesultanan Melayu yang bererti Ketuanan Melayu adalah teras amalan Demokrasi Raja Perlembagaan tanpa boleh dipertikaikan lagi. Pertikai kuasa raja Melayu bermakna pertikai kedudukan raja sebagai ”Kepala Utama” dalam negerinya dan Yang Dipertuan Agong sebagai ”Kepala Utama Negara” di negara Malaysia.

Di akhirnya Pak Long Omar bertanya warganegara yang mempertikaikan perlembagaan negara sendiri, apakah maknanya ?.......................................

”HIDUP RAJA KERANA MELAYUNYA ,
HIDUP MELAYU KERANA RAJANYA
DAN HIDUP MALAYSIA KERANA KETUANAN MELAYUNYA”

NASIB MELAYU

1965 Pulau Singapura dilepas,
8 Mac 2008 Pulau Pinang dirampas
23 Mei 2008 Pulau Batu Putih terlepas
Kalau tak jaga Pulau Pisang akan dikebas.

Negeri Melayu makin kecil,
Bangsa Melayu makin terkerdil.
Maruah agama makin terpencil
Melayu asyik nak bergesel.!!!

Khamis, 22 Mei 2008

TEKA TEKI: AKU BINATANG GAMPANG

AKU UMPAMA SEEKOR ULAR
PERANGAI KU KASAR MULUT CELUPAR
SELAYAKNYA AKU KENA PENAMPAR
KALAU TIDAK AKU TAK SEDAR !

AKU PENGAMAL UNDANG-UNDANG
MELAYU DAN ISLAM AKU TENTANG
BIAR TUMBANG BIAR TERLENTANG
MEMANG AKU KETURUNAN PERTUALANG !

KETUANAN MELAYU AKU BENCI
RAJA MELAYU KU HINA KU CACI
TAK MAMPU BERDIRI AKU BERKERUSI
MEMANG AKU BUSUK HATI !

SULTAN PERAK AKU SELAR
TAK TAU UNDANG-UNDANG AKU GELAR
SULTAN SELANGOR AKU CABAR
MEMANG AKU KURANG AJAR !

HANYA AKU YANG PALING PANDAI
NUWAR BRAHIM BODOH BAK KELDAI
KIT SIANG, GUAN ENG BANGANG TAK TERPAKAI
PAKATAN PEMBANGKANG BERKECAI-BERAI !

AKU MEMANG TAK SEDAR DIRI
KERAKYATAN INI RAJA MELAYU YANG BERI
UNDI MEREKA AKU JADI YB
HOBI AKU MABUK MINUM TODI !

MAT NIZAR JAMALUDDIN AYUH DERHAKA
IKUT AKU MENYAMAN RAJA
PERSETANKAN SAJA TATA SUSILA
MEMANG AKU TAK SETIA NEGARA !

KERAKYATAN AKU LUCUTKAN SAJA
KERANA AKU DAH BANYAK DOSA
RELALAH AKU HIDUP DI PEJARA
KERAJAAN TAKUT KE NAK GUNA KUASA ?

"JANGAN MAIN-MAIN DENGAN SAYA "
HASUT DAN UGUT AKU PUNYA SENJATA
PEGUAM NEGARA BUAT DOK SAJA
KU PUNYA "IMUNITI" DARI PERUNDANGAN NEGARA ?

TAK TAU ADAB, BIADAPLAH AKU
SOMBONG ANGKUH MEMANG PAKAIANKU
NAK AMALKAN ISLAM LANGKAH MAYATKU
HERAN, ADA JUGA MELAYU YANG SOKONG AKU?

WAHAI MELAYU YANG TAK SEDAR DIRI
MENGAPA BERBALAH SESAMA SENDIRI
HILANG RAJA HILANGLAH NEGERI
TAK TAU KE AKU NI, JAHAT MACAM YAHUDI !

AKU TAKUT UMNO DIPERKASA
PAS PARTI ANGGUK SAJA
PKR PARTI KELENTONG RAKYAT JELATA
DAP DAPAT AKU PERKOSA!

KALAU UMNO LEMAH TAK BERTENAGA
TENTU ISLAM BINASA MERANA
KETUANAN MELAYU KE MUZIUM AKHIRNYA
KETUANAN KERAKYATAN AKU BERTAHTA

AKU LAGAKAN MELAYU DAN RAJA
KERANA GENG-GENG AKU GILA BERKUASA
CINA DAN INDIA KU HASUT BELAKA
JADI MALAYSIA MACAM SINGAPURA

AKU NYANYUK TUA BANGKA
TAK LAMA LAGI AKU KE NERAKA
AKU BINATANG, GAMPANG DAN CELAKA
SIAPA AKU CUBA-CULALAH TEKA???

Rabu, 21 Mei 2008

16 RUMAH MESRA RAKYAT LULUS


"Kesemua pemohonan Rumah Mesra Rakyat oleh 16 orang yang ditemuduga kemarin telah diluluskan oleh Syarikat Perumahan Negara dan pembinaannya akan dilakukan tahun ini juga" laporan dari pemberita kami di Sungai Koyan..

Baguslah tu tok, Tok memang kuat kerja. Tapi....


Tolong adjust rumah dia ni, tak dapat rumah mesra rakyat, rumah PPRT pun jadi. Rumah yang Tok kasi tu tak siap-siaplah . Tok tengok-tengoklah sikit, kesihan dengan anak-anak dia tu!!!.

RUMAH TUA DI TANAH PUSAKA




Aku tidak meminta-minta tapi kau yang memilihku. Tika kau hampir tewas kau cari aku sedangkan sebelum itu satu persatu sahabat yang kau tendang dan kau jadikan seteru. Aku amat takut apakah nasibku juga begitu.

Aku sanggup ikut kau kerana aku ingin sangat berbakti kepada anak bangsaku. Aku sokong segala cita-citamu walaupun aku tau ada antaranya ramai tak setuju. Atas prinsip BERKETUAAN aku tetap taat setia membantu.

Aku tak pernah menapikan betapa besarnya jasa terhadap tanah pusaka ini. Bila kau ugut nak berundur, aku yang beriya-iya merayumu jangan, sedangkan ramai juga yang menunggu-nunggumu untuk pergi.

Aku amat menghargai jasa-jasamu lalu aku anugerahkan darjah tertinggi tanah pusaka sejerus aku berkuasa. Aku tau aku tak akan berada di sini tanpa restumu jua. Aku terima amanah ini sambil aku harapkan tunjuk ajarmu dan sokongan sepenuh jiwa.

Aku sedar, kau sedar malah kita semua sedar tanah pusaka ini, tanah bertuah jadi rebutan jiran dan dagang. Aku tahu aku tak segagah kau, tak sekeras kau tapi aku bukanlah longlai cuma sekadar berlemah lembut,bersikap tulus dan telus. Namun aku dituduh sebagai pengecut dan penakut. Lalu aku ditikam dari setiap sudut oleh rakan dan juga badut tidak kurang oleh musuh dalam selimut hingga aku terluka dan terbatuk-batuk.

Kau marahkan aku lalu kau lutu sehingga rumah kita hampir nak roboh yang untungkan seteru . Sehingga dagang yang kita tanakan memusuhi kita lalu serang kita terang
-terangan. Kau tak boleh salahkan aku saja kau juga patut disalahkan juga. Kau meletakkan garam atas lukaku untuk yakinkan bahawa memang tak mampu menjaga rumah dan tanah pusaka tercinta.

Musuh kita semakin ramai dek sebab ada yang belot dan dokongan kuat orang yang kau singkirkan dulu. Walau apapun kesalahannya mereka tetap ada pengaruh besar rupanya. Dari bulan mereka datang , naik roket pandang kita sebelah mata, mengamuk dan mengejek-gejek menuntut keadilan tuduh kita zalim dan salah guna kuasa. Inilah akibat bila kita bersengkata tiada siapa hormat kita. Lalu orang hilang keyakinan dan pudar kepercayaan hampir saja kita hilang takhta.

Kau tak boleh lepas tangan menuduh aku dan rakan-rakan serta anak menantuku atas mala petaka ini. Ini rumah kita, ini tanah kita, setiap kita ada taggungjawabnya. Mungkin ada keterlanjuranku tapi mengapa harus kau menjaja-jajanya, tegurlah aku dengan jujur dan ikhlas. Kita serumah , janganlah masalah rumah tangga kita hendak difilemkan bagi ditonton di khalayak ramai.

Hari ini kau lari dari rumah. Kau ugut hanya akan balik bila aku tinggalkan rumah ini. Tapi aku tak boleh buat begitu, aku masih punya amanah di sini. Aku berjanji, bersama adik-adik dan rakan-rakan, kami akan terus menjaga rumah dan menguruskan tanah pusaka ini kerana inilah satu-satunya harta yang tinggal buat kita di dunia ini. Kami tidak akan biarlah rumah dan tanah pusaka ini terbiar dan tergadai.

Oleh itu kalaulah kau benar-benar sayangkan rumah dan tanah pusaka ini , kau pulanglah ke rumah. Kita betulkan rumah kita bersama, kita hapuskan dengki kianat berebut harta sekakang kera dan bermaaf –maafan tanda kita bersaudara. Insaflah, hidup kita hanya sementara , adakah kita hendak wariskan anak cucu cici kita dengan sensara menjadi perempat tanpa bernegara.! MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU.!!!!!!

Selasa, 20 Mei 2008

MELAYU TAK LUPA........



Dato Onn keluar UMNO Melayu tak pecah , malah Tunku bawa negara kita merdeka. Tunku dan Tun Hussein keluar UMNO kerana marahkan Dr M pecahbelahkan UMNO, Melayu berpecah wujudlah S46, Nuar Brahim di keluarkan ( di pecat ) oleh Dr. M Melayu UMNO pecah lagi..wujudlah "Keadilan"(PKR). Kini Dr M pula pecat dirinya sendiri keluar Umno , Apakah Melayu akan pecah lagi . Cukuplah Dr M, Melayu tak lupa lagi.... ?


Kami rela Dr M pergi seperti relanya kami terhadap pemergian Dato Onn, Tunku dan Tun Hussein yang mati di luar UMNO. Dr M juga jangan bimbang melayu tak lupakan nak kenang jasa mu sebagaimana melayu tak pernah lupakan jasa Dato Onn, Tunku, Tun Razak dan Tun Hussein.. jangan diganggu lagi.. biarkan Paklah, Najib dan Pemimpin UMNO kini teruskan perjalanan. mandat dah diberi, UMNO mesti bersatu kalau hendak melayu terus hidup bermaruah di bumi bertuah ini,, HIDUP MELAYU !!!

Jumaat, 16 Mei 2008

JASAMU DIKENANG CIKGU !

16 Mei "Hari Guru " . Aku terkenang jasa guru-guruku yang tak dapat aku sebut satu persatu. Namun disaat bangsaku dilutu, aku teringat Cikgu Sehak guru sejarahku semasa sekolah menengah dahulu.
Katanya sebelum Malaysia asalnya Tanah Melayu dalam Gugusan Kepulauan Melayu. Melayu di bawah kedaulatan " Kesultanan Melayu ". Petani, Majapahit, Mataram, Sulu Brunei, Johor, Riau, Acheh dan Melaka semuanya Melayu
Orang Putih memecahbelahkan negeri-negeri Melayu dengan bawa orang dagang dari China dan India. Mereka bina bandar untuk Cina duduk dengan jalanraya, sekolah, hospital, pelabuhan dan lain-lain kemudahan yang baik-baik. Orang India duduk di ladang-ladang dengan jagaan yang seadanya. Orang Melayu pula terpinggil di desa-desa tanpa apa-apa pembelaan. Sebelum Tun Abdul Razak membuka FELDA untuk beri tanah kepada Orang Melayu, orang Putih sudah buka tanah untuk orang Cina dan India dahulu lagi.
Orang Putih , nak perintah Melayu sampai bila-bila. Mereka datang semula ke Tanah Melayu selepas Jepun kalah 1945 dan Raja-raja Melayu dipaksa serah kuasa kepada mereka. Kononnya nak satukan negeri-negeri Melayu yang berpecah menjadi "Kesatuan Tanah Melayu ( Malayan Union) ".
Dato Onn buat Kongres satukan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 1- 3 Mac 1946 dan lawan Malayan Union. Melayu menang!. "Kalau Melayu bersatu pasti kita menang.Tengok!, orang Putih yang sangat kuat dan baru saja menang Perang Dunia Kedua pun tunduk dengan kita" tegas Cikgu Sehak.
Baru-baru ini saya ke rumah Cikgu Sehak kerana dia terima menantu. Dia mengeluh tak faham dengan kerenah anak-anak muda hari ini tak tau sejarah. "Malaysia tanah pusaka, lahir dari keringat darah dan pengorbanan orang tua-tua. Mereka terpaksa relakan negara ini dikongsi kuasa dengan si dagang demi sebuah negara yang bersatu padu."
Kita terima si dagang sebagai keluarga (rakyat) dengan syarat mereka hormati kita sebagai ketua. Ingat ini maufakat kita , Raja Melayu adalah Ketua Negara , Agama Islam agama persekutuan, Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputra mesti dipelihara, Bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan terimalah orang bukan Melayu sebagai rakyat secara Jus Soli. Ini semua ada dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara . Mengapa harus persoalkan lagi.
Oleh itu anak-anak muda tak kira Melayu, Cina atau India jangan jadi pengkianat bangsa pertualang negara hormati muafakat orang tua-tua. Tiada mereka tiadalah kita. Semangat berkongsi kuasa telah menjadikan kita aman damai dalam sebuah negara berbilang bangsa.
Semperna Hari Guru ini, Wanangseri menyeru semua anak-anak muda hari ini supaya menghayati semangat perjuangan dan pengorbanan orang tua-tua dahulu termasuk guru-guru kita. Walau apa pun mereka hakikatnya mereka telah berjasa. Tanpa mereka siapalah kita !!! Selamat Hari Guru, terima kasih cikgu.

NASIB PAK KADOK

Wanangseri tersentuh hati bila dapat sms dari seorang kawan lama yang hantar pada saya "Melayu tak boleh guna Ketuanan Melayu , Raja tak boleh bersuara, Melayu tak boleh tunjuk keris, DEB mesti mansuhkan, Melayu tak boleh soal kerakyatan bukan Melayu, Melayu tak boleh sekat bela babi, Melayu tak boleh sekat anak cucunya tukar agama, sikit2 lagi tak boleh guna speaker utk azan mcm S'pura, tak boleh itu, tak boleh ini... kena minta maaf."

"Bukan Melayu boleh tari singa, boleh kutuk "Negaraku" , boleh keji orang Melayu, boleh hina Raja Melayu, tak perlu minta maaf, boleh buat gereja, tok kong dan kuil merata-rata, boleh sekolah Cina, boleh sekolah Tamil, bebas berniaga, boleh belajar di mana suka, Semak semula kontrak sosial, buka perkhidmatan awam kpd bukan Melayu, jgn sentuh sektor swasta , boleh itu, boleh ini, ini negeri bukan Melayu punya!, Ini negeri Cina, ini negeri India, ini negeri Melayu."

Terfikir juga kepala Wanangseri, "Beri undi kpd PAS, beri undi kpd PKR , sebenarnya kita beri kuasa kpd orang hina kita " Wanangseri teringat lagu warisan yang dah dilupakan itu !!!

Khamis, 15 Mei 2008

WANANGSERI-SELAMAT DATANG

Hamba Wanangseri cucu cicit Dewa Sura dari Keturunan Sang Sepurba Bukit Seguntang yang bermastautin di negeri Inderapura mengucapkan selamat datang ke laman Hamba. Sudilah tuan-tuan hamba kelian bersembang-sembang dengan hamba untuk bertukar-tukar pandangan berfikir sejenak tentang agama, bangsa dan pertiwi tercinta. Semoga kita semua dianugerahi Illahi dengan keredaan dunia akhirat.

WANANGSERI-SELAMAT DATANG

Hamba Wanangseri cucu cicit Dewa Sura dari Keturunan Sang Sepurba Bukit Seguntang yang bermastautin di negeri Inderapura mengucapkan selamat datang ke laman Hamba. Sudilah tuan-tuan hamba kelian bersembang-sembang dengan hamba untuk bertukar-tukar pandangan berfikir sejenak tentang agama, bangsa dan pertiwi tercinta. Semoga kita semua dianugerahi Illahi dengan keredaan dunia akhirat.

Rabu, 14 Mei 2008