- Minggu lalu Wanangseri ziarah sanak-saudara di Perak, negeri warisan Dato Maharaja Lela tu. Seronak benar saudara mara kita yang datang dari BULAN tu kerana masih meraikan ketua mereka dinobatkan sebagai MB Perak yang baru. Maklumlah dengan restu orang-orang datang dengan ROKET dapat juga Dato Seri Mohammad Nizar jadi MB. Orang Melayu masih jadi MB walaupun bilangan Melayu dalam kerajaan kecil aje.
Wanangseri teringat kepada suku-sakat wanangseri Orang Melayu di Temasik yang hari di kenali sebagai Singapura tu. Pada 1965 gempitalah orang-orang Melayu di sana kerana Tun Mohd Yusof Ishak telah di nobatkan sebagai Prasiden Singapura yang pertama. Tapi sedih sunggguh kegembiraan Melayu Singapura tak lama kerana Tun Mohd Yusof Ishak mencatatkan sejarah menjadi Melayu yang pertama dan terakhir menjadi ketua negara tanah warisan nenek moyangnya.
Jangan-jangan Melayu Perak pun sama, "DULU KINI DAN SELAMANYA : MELAYU TERTIPU"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan