"Wakil PKR naik ke tempat Speaker dianggap biadab" Bagi Wanangseri, tindakan ahli Parlimen PKR Padang Serai N. Gobalakkrisnan itu bukan sesuatu yang pelik. Ia sekadar meneruskan episod kisah kurang ajar dan biadap mereka . Sekadar menyebutkan beberapa siri kebiadapan mereka:
a) 13 Mei 1969 Gabungan ini juga DAP, Gerakan, Parti Rakyat dan suku sakatnya telah melakukan amalan biadab seperti menghina Melayu, tunjuk kemaluan dan sebagainya bagi merayakan kemenangan mereka dalam pilihanraya 69 sehingga mencetuskan rusuhan kaum.
b) 25 Ogos 1979 Karpal Singh saman Sultan Selangor Al Marhum Sultan Salihuddin kerana mendakwa baginda bertindak bertentangan dengan perlembagaan berikutan dengan kenyataan baginda tidak akan mengampun pesalah-pesalah yang dihukum mati kerana mengedar dadah.
c) 5 Ogos 1978 , 6 ahli DUN Perak dari DAP enggan membaca ikrar taat setia ke bawah Duli Yang Mulia Sultan Perak di majlis angkat sumpah dan cukup sekadar ikrar berkhidmat sebagai DUN.
d) 31 Oktober 1982, Lim Kit Siang mengetuai penubuhan "Gerakan Pelbagai Bahasa dan Kebudayaan (many languages,many cultures movement) bagi menentang dasar penggunaan Bahasa Melayu dan Kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan kebangsaan kerana dasar-dasar ini menonjolkan unsur-unsur Melayu dan Islam.
e) 21 Ogos1987 , Lim Guan Eng dan Kerk Kim Hock telah membuat laporan di Balai Melaka Tengah ke atas Fahmi Ibrahim Pengerusi Pendidikan Pemuda Umno didakwa sebagai penghasut dan mencabar keutuhan pelajaran Cina.
f) 10 Julai 1984, Dr. Chen Man Hin mendakwa DAP DEB adalah bertentangan dengan kemajuan ekonomi bebas yang memberikan penyertaan kepada bumiputera yang merupakan satu Penyalahgunaan yang drastik oleh pihak berkuasa.
g) 12 Mac 2008 Lim Kit Siang memerintahkan DUN DAP Perak memulaukan majlis angkat sumpah MB Perak dari PAS di hadapan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
h) 10 Mac 2008 Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan DEB akan dihapuskan di Pulau Pinang
i) 2008 Karpal Singh membuat laporan polis terhadap Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohamad Faris Petra Sultan Ismail Petra
j) 9 April 2008 Karpal Singh minta Dr Mahathir di bawa ke Lembaga Dispilin Umno kerana mengkritik kepimpinan PM.
k) 5 Mei 2008 Karpal Singh menyelar Sultan Perak kerana bertindak menitahkan MB Perak menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan agama Islam (JAIP) Datuk Jamry Sury.
l) 30 Mei2008 Karpal Singh mempersoalkan siapa yang menyediakan teks titah ucapan Yang Dipertuan Agong semasa merasmikan sesi pertama Persidangan Parlimen ke 12.
m) 22 Mei 2008 Karpal Singh buat laporan BPR DR. Mahtahir terhadap isu perlantikan hakim .
Wanangseri sedih tengok orang Melayu yang suka dengan orang biadab, dah mula tak beradab tetapi dah pandai biadab kerana dah mula adat. Hari ini Datin Wan Azizah bersama rakan baiknya Dato Hj Abdul Hadi Awang dah terikut-ikut Lee Guan Eng membela Karpal Singh sebagai tidaklah berniat untuk mengina raja-raja Melayu tapi sekadar hendak membuat teguran. Wanagseri sekadar bertanya "Apakah teguran tidak boleh dibuat secara beradab maka kena buat secara biadab? Wanangseri teringat perpatah Melayu " BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT "
Rabu, 28 Mei 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Salam ghodong,
Hidup Islam, Hidup Melayu, Hidup Pahang. Moh ke ghodong.blogspot.com
Catat Ulasan