Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Rabu, 21 Mei 2008

RUMAH TUA DI TANAH PUSAKA




Aku tidak meminta-minta tapi kau yang memilihku. Tika kau hampir tewas kau cari aku sedangkan sebelum itu satu persatu sahabat yang kau tendang dan kau jadikan seteru. Aku amat takut apakah nasibku juga begitu.

Aku sanggup ikut kau kerana aku ingin sangat berbakti kepada anak bangsaku. Aku sokong segala cita-citamu walaupun aku tau ada antaranya ramai tak setuju. Atas prinsip BERKETUAAN aku tetap taat setia membantu.

Aku tak pernah menapikan betapa besarnya jasa terhadap tanah pusaka ini. Bila kau ugut nak berundur, aku yang beriya-iya merayumu jangan, sedangkan ramai juga yang menunggu-nunggumu untuk pergi.

Aku amat menghargai jasa-jasamu lalu aku anugerahkan darjah tertinggi tanah pusaka sejerus aku berkuasa. Aku tau aku tak akan berada di sini tanpa restumu jua. Aku terima amanah ini sambil aku harapkan tunjuk ajarmu dan sokongan sepenuh jiwa.

Aku sedar, kau sedar malah kita semua sedar tanah pusaka ini, tanah bertuah jadi rebutan jiran dan dagang. Aku tahu aku tak segagah kau, tak sekeras kau tapi aku bukanlah longlai cuma sekadar berlemah lembut,bersikap tulus dan telus. Namun aku dituduh sebagai pengecut dan penakut. Lalu aku ditikam dari setiap sudut oleh rakan dan juga badut tidak kurang oleh musuh dalam selimut hingga aku terluka dan terbatuk-batuk.

Kau marahkan aku lalu kau lutu sehingga rumah kita hampir nak roboh yang untungkan seteru . Sehingga dagang yang kita tanakan memusuhi kita lalu serang kita terang
-terangan. Kau tak boleh salahkan aku saja kau juga patut disalahkan juga. Kau meletakkan garam atas lukaku untuk yakinkan bahawa memang tak mampu menjaga rumah dan tanah pusaka tercinta.

Musuh kita semakin ramai dek sebab ada yang belot dan dokongan kuat orang yang kau singkirkan dulu. Walau apapun kesalahannya mereka tetap ada pengaruh besar rupanya. Dari bulan mereka datang , naik roket pandang kita sebelah mata, mengamuk dan mengejek-gejek menuntut keadilan tuduh kita zalim dan salah guna kuasa. Inilah akibat bila kita bersengkata tiada siapa hormat kita. Lalu orang hilang keyakinan dan pudar kepercayaan hampir saja kita hilang takhta.

Kau tak boleh lepas tangan menuduh aku dan rakan-rakan serta anak menantuku atas mala petaka ini. Ini rumah kita, ini tanah kita, setiap kita ada taggungjawabnya. Mungkin ada keterlanjuranku tapi mengapa harus kau menjaja-jajanya, tegurlah aku dengan jujur dan ikhlas. Kita serumah , janganlah masalah rumah tangga kita hendak difilemkan bagi ditonton di khalayak ramai.

Hari ini kau lari dari rumah. Kau ugut hanya akan balik bila aku tinggalkan rumah ini. Tapi aku tak boleh buat begitu, aku masih punya amanah di sini. Aku berjanji, bersama adik-adik dan rakan-rakan, kami akan terus menjaga rumah dan menguruskan tanah pusaka ini kerana inilah satu-satunya harta yang tinggal buat kita di dunia ini. Kami tidak akan biarlah rumah dan tanah pusaka ini terbiar dan tergadai.

Oleh itu kalaulah kau benar-benar sayangkan rumah dan tanah pusaka ini , kau pulanglah ke rumah. Kita betulkan rumah kita bersama, kita hapuskan dengki kianat berebut harta sekakang kera dan bermaaf –maafan tanda kita bersaudara. Insaflah, hidup kita hanya sementara , adakah kita hendak wariskan anak cucu cici kita dengan sensara menjadi perempat tanpa bernegara.! MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU.!!!!!!

Tiada ulasan: