Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Jumaat, 16 Mei 2008

JASAMU DIKENANG CIKGU !

16 Mei "Hari Guru " . Aku terkenang jasa guru-guruku yang tak dapat aku sebut satu persatu. Namun disaat bangsaku dilutu, aku teringat Cikgu Sehak guru sejarahku semasa sekolah menengah dahulu.
Katanya sebelum Malaysia asalnya Tanah Melayu dalam Gugusan Kepulauan Melayu. Melayu di bawah kedaulatan " Kesultanan Melayu ". Petani, Majapahit, Mataram, Sulu Brunei, Johor, Riau, Acheh dan Melaka semuanya Melayu
Orang Putih memecahbelahkan negeri-negeri Melayu dengan bawa orang dagang dari China dan India. Mereka bina bandar untuk Cina duduk dengan jalanraya, sekolah, hospital, pelabuhan dan lain-lain kemudahan yang baik-baik. Orang India duduk di ladang-ladang dengan jagaan yang seadanya. Orang Melayu pula terpinggil di desa-desa tanpa apa-apa pembelaan. Sebelum Tun Abdul Razak membuka FELDA untuk beri tanah kepada Orang Melayu, orang Putih sudah buka tanah untuk orang Cina dan India dahulu lagi.
Orang Putih , nak perintah Melayu sampai bila-bila. Mereka datang semula ke Tanah Melayu selepas Jepun kalah 1945 dan Raja-raja Melayu dipaksa serah kuasa kepada mereka. Kononnya nak satukan negeri-negeri Melayu yang berpecah menjadi "Kesatuan Tanah Melayu ( Malayan Union) ".
Dato Onn buat Kongres satukan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 1- 3 Mac 1946 dan lawan Malayan Union. Melayu menang!. "Kalau Melayu bersatu pasti kita menang.Tengok!, orang Putih yang sangat kuat dan baru saja menang Perang Dunia Kedua pun tunduk dengan kita" tegas Cikgu Sehak.
Baru-baru ini saya ke rumah Cikgu Sehak kerana dia terima menantu. Dia mengeluh tak faham dengan kerenah anak-anak muda hari ini tak tau sejarah. "Malaysia tanah pusaka, lahir dari keringat darah dan pengorbanan orang tua-tua. Mereka terpaksa relakan negara ini dikongsi kuasa dengan si dagang demi sebuah negara yang bersatu padu."
Kita terima si dagang sebagai keluarga (rakyat) dengan syarat mereka hormati kita sebagai ketua. Ingat ini maufakat kita , Raja Melayu adalah Ketua Negara , Agama Islam agama persekutuan, Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputra mesti dipelihara, Bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan terimalah orang bukan Melayu sebagai rakyat secara Jus Soli. Ini semua ada dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara . Mengapa harus persoalkan lagi.
Oleh itu anak-anak muda tak kira Melayu, Cina atau India jangan jadi pengkianat bangsa pertualang negara hormati muafakat orang tua-tua. Tiada mereka tiadalah kita. Semangat berkongsi kuasa telah menjadikan kita aman damai dalam sebuah negara berbilang bangsa.
Semperna Hari Guru ini, Wanangseri menyeru semua anak-anak muda hari ini supaya menghayati semangat perjuangan dan pengorbanan orang tua-tua dahulu termasuk guru-guru kita. Walau apa pun mereka hakikatnya mereka telah berjasa. Tanpa mereka siapalah kita !!! Selamat Hari Guru, terima kasih cikgu.

Tiada ulasan: