Tok Nan MB Pahang memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang akan membawa kembali permohonan menjadikan Daerah Rompin dan Pekan sebagai jelapang padi bagi negeri ini. Cadangan itu difahamkan telah diterima semasa Dato Sulaiman Daud menjadi Menteri Pertanian dulu tapi selepas itu ianya senyap sahaja.
Wanangseri setuju sangat tapi janganlah Rompin dan Pekan aje. Di Ulu Pahang pun banyak sawah terbiar. Pegilah tengok dekat Dong, Sega, Atok, Kemahang, Tanjung Besar, Berchang, Ulu Teris , Bapong , Gua ,Merapoh dan lain-lain. Kecik-kecik dulu Wanangseri makan nasi dari beras yang tumbuk dengan lesong indek . Orang tua kame orang taman padi sendiri, cukup makan setahun boleh keluar ZAKAT lagi.
Terkenang masa dulu, kame makan empeng dan kekalu ( beras muda yang campur kelapa)
Anak cucu Wanangseri dah tak kenal itu semua.
Selasa, 27 Mei 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan