Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini
Memaparkan catatan dengan label Dilema Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dilema Melayu. Papar semua catatan

Isnin, 7 September 2009

FELDA HALANG PEMBANGUNAN KAMPUNG TRADISI


Tidak dinafikan FELDA adalah satu program kerajaan yang amat berjaya dalam mengatasi kelaparan tanah yang tinggi khususnya dikalangan orang Melayu dan tidak ketinggalan ada juga bukan Melayu. Kewujudan FELDA telah melahirkan satu kelompok masyarakat baru yang dikenali sebagai peneroka yang lebih tersusun dan berada saing. Hanya orang buta hati dan tuli saja yang tidak dapat melihat dan mengakui kejayaan yang berlaku kepda masyarakat FELDA berbanding dengan rakan-rakan mereka di kampung-kampung tradisional.

Namun kejayaan FELDA sewajarnya dikongsi bersama dengan masyarakat kampung tradisi yang terletak berhampiran. Janganlah kehebatan FELDA sekadar menjadi tontonan rakan-rakan kampung tradisi yang melihat dengan rasa iris dan terpinggir. Setiap tahun khasnya menjelang hari raya peneroka akan mendapat bonos tetapi penduduk kampung tradisi sekadar melihat atau mendengar saja.

Meninjau Kampung Chegar Perah Di dearah Lipis baru-baru ini, ternyata kepesatan pembangunan di FELDA Chegar Perah tidak mampu untuk dilempahkan ke kampung tradisi itu sebelahnya. Malah kewujudkan FELDA itu telah dianggap sebagai penghalang kepada pembangunan Chegar Perah kampung. Apa tidaknya dengan alasan tidak boleh melalui tanah FELDA maka penduduk Kampung Chegar Perah telah dinapikan hak mendapat hasil kemakmuran 52 tahun merdeka.

Kalau nak dibandingkan dengan kampung tradisi yang lain tenyata kampung Chegar Perah ini agak tersisih walaupun ia pernah menjadi tempat persinggahan ketika keretapi menjadi satu-satunya pengangkutan di Kelantan. Sebatang jalan yang hanya sekadar 4 hingga 5 kilo meter telah ditagih penduduk sekian lama belum menjadi kenyataan hingga kini atas alasan tidak boleh melalui tanah FELDA.

Hairan bin ajaib mengapa di Jengka, Kota Gelanggi, Bera dan banyak lagi, jalan-jalan telah dibina membelah tanah-tanah FELDA. Jalan yang menghubungkan Jengka 4 ke kampung tradisional Kuala Sentol dalam daerah Maran juga melalui ladang-ladang FELDA, tak pula menjadi masalah.

"Tak taulah apa dosa kami di Chegar Perah ini, kami macam anak tiri aje. Nak kata kami tak sokong kerajaan kami dah beri kemenangan kepada BN dalam pilihanraya baru-baru. Untunglah orang Manik Urai walapun tak sokong kerajaan tapi mereka dapat jambatan berjuta-juta ringgit. Kami minta jalan yang tak sepanjang mana, haram di tengok" Keloh Mek Jah ibu tunggal berumur 60 tahun ketika bersembang-sembang dengan baru-baru ini.

"Wanangseri, tak percaya FELDA mempunyai dasar-dasar yang berbeza-beza mengikut tempat dan stuasi. Jika dasar-dasar lapok FELDA yang memungkinkan bersemaraknya rasa tidak puas hati penduduk kampung tradisi haruslah dihapuskan sebelum mereka membuat keputusan yang merugikan kerajaan melalui peti-peti undi. Biarlah FELDA pemangkin kemajuan bukan hanya untuk masyarakat peneroka tapi juga turut memberi manfaat kepada masyarakat sekitarnya. Kita tidak mahu FELDA yang diisi peneroka dari pelbagai tempat hanya menjadi gajah putih di tengah-tengah kampung-kampung tradisi yang dihuni oleh orang tempatan.

Peribahasa : "KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DIRIBA MATI KELAPARAN"

Isnin, 24 Ogos 2009

SESEKALI TOK GURU TERBOLOS JUGA !




Wanangseri telah menerima sms dari seorang rakan yang memetik transkrip kenyataan YAB Dato' Nik Aziz yang dikeluarkan oleh akhbar Utusan Malaysia semalam :-

"SEANDAINYA SYURGA DAN NERAKA ITU HAK ALLAH SEMATA-MATA TIADA GUNA UMAT ISLAM DI DUNIA INI BERLUMBA-LUMBA BERBUAT KEBAIKAN KERANA AKHIRNYA NANTI DITENTUKAN OLEH TUHAN"

"MANUSIA SEBENARNYA BERHAK MENENTUKAN NASIB MEREKA MELALUI AMAL JARIAH YANG DILAKUKAN"


Untuk menjelaskan kekeliruan itu Wanangseri telah memanjangkan pula SMS itu kepada seorang rakan arwah ayah yang pernah mengajar di sekolah pondok yang kami kenali sebagai Ustaz Harun. Dia tidak pernah mendakwa dirinya Tok Guru dan tidak pula menjadi mendokong mana-mana parti politik.

Ustaz Harun membalas dengan kenyataan berikut :-

"PERCAYALAH DIDALAM KITAB JAWAHIR MAUHUB SYARAHAN OLEH SYEIKH ALI KUTAN MENSYARAH KEPADA HADIS 40 TAMATUL BASAR HIMPUNAN IMAN SAYUTI, ADA SEORANG BANI ISRAEL UMURNYA 500 TAHUN (UMAT TERDAHULU) BELIAU TAK SESAATPUN WAKTUNYA SELAIN DIPENUHKAN DENGAN KETAATAN.

NAMUN SETELAH MATI IA DIBANGKITKAN DIHADAPAN ALLAH DAN DITANYA 'BAGAIMANA AMALAN KAMU ? JAWAPNYA "YA ALLAH 500 TAHUN KU PENUHKAN DENGAN TAAT" DITANYA LAGI "JIKA BEGITU DIMANA TEMPAT DUDUK KAMU? JAWAP BELIAU "YA ALLAH TIDAKKAH AKU SEORANG YANG TAAT BERAMAL SUDAH TENTU AKU LAYAK KE SYURGA"

MAKA, ALLAH MURKA DENGAN ADANYA BENIH RIYA' DALAM JIWA HAMBA ITU, LALU IA MEMERINTAH JIBRIL MENCUNGKIL MATANYA DAN DITIMBANGKAN DENGAN AMALANNYA 500 TAHUN. TERNYATA NIKMAT SEBELAH MATANYA YANG DIKURNIA ALLAH LELEH BERAT DARI AMALANNYA. MAKA DATANGLAH KEMURKAAN ALLAH LALU IA PERINTAH JIBRIL MENCAMPAKNYA KE DALAM NERAKA.


PENGAJARAN: "SEPATUTNYA SI BANI ISRAEL TIDAK ANGKUH BAHKAN IA MENJAWAB "YA ALLAH KAMI HANYA DUDUK DI TEMPAT YANG TELAH ENGKAU TETAP BAHKAN YANG KAMI HARAP RAHMATMU APALAH AMALANKU BERBANDING DENGAN DENGAN RAHMAT DAN NIKMATMU"

Wanangseri sering diingatkan oleh arwah orang tua supaya sentiasa berbuat kebajikan dan beribadat secara ikhlas kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai hambaNYA. Balasannya terpulang kepada rahmat Allah YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.

Hayati peribahasa ini "TAK ADA PENDEKAR YANG TAK BOLOS, TAK ADA JUARA YANG TAK KALAH"

Khamis, 2 Julai 2009

PERPADUAN MELAYU: CINTA ANAK MUDA


Harapan terus membunga untuk melihat Perpaduan Melayu membuahkan hasil positif satu hari nanti.

Salam salaturahim yang dihulurkan oleh Ketua Dewan Pemuda Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi untuk mengadakan muzakarah, perbincangan ilmiah dan dialog telah disambut dengan wajar oleh Pemuda UMNO yang diwakali oleh Naib Ketua Pemudanya YB Dato Razali Ibrahim.

Setelah hasrat melihat Kerajaan Perpaduan gagal dilaksanakan akibat sikap keras hati orang-orang tua kita seperti Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi Awang. Anak muda seperti Ustaz Nasrudin Hassan dan Dato Razali telah berlembut hati memberi harapan baru untuk merintis titik perpaduan bagi meleraikan permusuhan dua parti bersaudara yang telah sampaikan tahap membimbang dan membosankan.

Tok Guru Nik Aziz mungkin masih terasa akan pedih dan perit ketika bersama-sama BN pada tahun 1974 hingga 1977 dahulu. Walaupun pemimpin UMNO ketika itu sudah tidak memimpin UMNO lagi, Tok Guru Nik Aziz masih tidak mampu memaafkan UMNO. Justeru beliau bertindak mengetuai pasukan yang menentang idea Kerajaan Perpaduan yang lakarkan oleh Prasiden PAS sendiri.

Kita mendoakan anak-anak muda dalam PAS dan UMNO khasnya berjaya melembutkan hati orang-orang tua mereka. Banyak kes,seorang anak boleh memujuk seorang ayah untuk menerima musuhnya utama menjadi bisan sehingga berjaya mendamaikan 2 orang yang tak boleh bertemu muka menjadi satu keluarga yang kukuh.

Demi CINTA seorang anak dan demi kasih seorang ayah perselisihan yang lalu mesti dileraikan jika kita benar-benar ikhlas untuk melihat hari depan anak cucu kita tidak musnah akibat kedegilan kita sebagai orang tua. Orang tua sangat sayangkan cucu, maka lihatlah wajah-wajah cucu cicit yang masih jernih itu, akan ke mana mereka selepas ini.

Orang Melayu mesti bersatu jika terus mahu di hormati. Orang Melayu mesti berpadu jika mahu terus menjadi tuan di tanah sendiri. Orang Melayu mesti sayangkan bangsanya sendiri jika ingin orang lain menyayangi kita. Lupakan sengketa lalu, kita bina hidup baru.

Kata orang bijakpandai "ANAK CAHAYA MATA , CUCU PENAWAR DUKA"

Selasa, 28 Oktober 2008

NASIB BAHASA MELAYU DI BUMI MELAYU

Apalah nasib bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan di bumi Melayu (MALAYSIA). Adakah ia dapat bertahan atau sekadar bahasa pinggiran yang terus melayu dan membeku. Di sekolah bahasa Melayu hanya diajar untuk beberapa karat matapelajaran sahaja. Selebihnya Sains, Matematik, Kimia, Fizik, Biologi, dan Teknikal semua disaji dalam bahasa Inggeris secara berluasa-luasa.
Tambah perit bila Kerajaan PR (Penipu Rakyat) Pulau Pinang yang anti Melayu memasang papan tanda dalam pelbagai bahasa, menjadikan bahasa Melayu disentap setaraf dengan lain-lain bahasa ibunda. Maknanya Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan seperti yang disebut dalam atikel 152 Perlembangaan Negara semacam sudah hilang perkasa.
Pejuang-pejuang bahasa Melayu yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia pasti tidak rela ini semua terjadi . Allahyarham Tun Abdul Razak yang mengagaskan Penyata Razak yang bermatlamat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkatan pengajian di negara mungkin menjadi orang yang paling kecewa jika dia dapat menyatakan isi hati. Apa tidaknya tak sampai 50 pemergiaannya segala usaha-usahanya sudah berjalan begitu gagah akhirnya terpaksa mengalah oleh sikap Melayu yang bermasalah.
Wanangseri menyeru seluruh orang Melayu, cerdik pandai Melayu, pembesar Melayu, pejuang bahasa Melayu dan lebih lagi-lagi pemimpin Melayu jangan lupa: "BANGSAMU ADALAH MELAYU, BAHASA JIWA BANGSA, TANPA BAHASA MELAYU TIDAK BERBANGSA, KEBANGSAANMU ADALAH MELAYU DAN TANPA BAHASA MELAYUKAN HILANG DI DUNIA BUAT SELAMA-LAMANYA." PERTAHANKAN KUASA MELAYU YANG BERJIWA MELAYU!!

Isnin, 13 Oktober 2008

MELAYU JUGA PENDATANG

GERAKAN cukup sensitif bila Datuk Ahmad Ismail menyatakan bahawa orang Cina adalah keturunan pendatang tetapi bila Ketua Wanita mereka Datuk Tian Lian Hoe yang membawa dakwaan yang sensitif kepada orang Melayu berdiam diri sendiri.
Tiada suara dari lain pemimpin GERAKAN atau lain-lain organisasi masyarakat Cina, MCA atau DAP yang menasihatkan Lian Hoe supaya meminta maaf atau berhenti dari mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Inilah nasib orang Melayu apabila terkena kepada Melayu tiada siapa yang peduli . Orang lain boleh bercakap untuk membela kaum mereka tapi bila Melayu bercakap pasal Melayu ianya dicop sebagai rasis dan menghasut.
Bagi saya Lian Hoe bukan buta sejarah yang paling tepat Lian Hoe sebenarnya buta hati dan busuk pedal kerana mustahil baginya sebagai seorang terpelajar tidak mengetahui akan sejarah negara ini.
Orang-orang seperti Lian Hoe bukan tidak tahu negara ini ada asal usulnya. Dia pasti tahu apa dia Nusantara Melayu, Kepulauan Melayu atau Tanah Melayu, namun sikap cauvenis yang menebalkan menjadikan mereka biadap sehingga mereka tidak mahu menerima apa-apa kebenaran lagi.
Dakwaan orang Melayu adalah pendatang dari seberang ( Jawa dan Sumatera) yang merupakan hujah utama mereka untuk menyabitkan Orang Melayu sama dengan pendatang Cina dan India, hanyalah alasan untuk memberi gambaran yang salah kepada masyarakat khususnya golongan muda yang rata-ratanya tidak berminat dengan sejarah.
Justeru, usaha tegas perlu dibuat untuk memaparkan sejarah negara secara meluas oleh media tulisan dan lebih-lebih media eletronik seperti TV dan radio dalam waktu-waktu perdana.
Bahan-bahan persembahan yang menarik untuk ditonton perlu diusahakan dan RTM mesti memainkan peranan utama, tak cukup sekadar menyediakan bahan-bahan sejarah melalui TV Pendidikan kerana ianya amat berhad kepada pelajar-pelajar sekolah sahaja.
Sekadar mengulangi fakta yang tidak mahu difahami oleh mereka yang berniat jahat ini. Orang Melayu bukan sahaja dari keturunan Jawa, Minang, Mendeling, Boyan, Bugis, atau lain suku kaum yang dari kepulauan Jawa atau Sumatera tetapi orang Melayu datang dari Pulau Mindanao, dan Sulu tetapi Melayu berasal dari Champa (Kemboja) dan Petani.
Semua kerajaan ini adalah Melayu dan penghijrahan mereka dalam satun alam atau wilayah budaya yang sama itu adalah ALAM BUDAYA MELAYU. Penghijrahan ini samalah dengan orang China yang berpindah dari Bejing ke Conton atau orang India dari Madras ke New Delhi, tidak boleh dikatakan sebagai pendatang kerana mereka berhijrah dalam alam budaya yang sama.
Wanangseri memikirkan mungkin ada keperluan untuk semua wakil rakyat sama ada dari parti kerajaan mahupun pembangkang disyaratkan untuk menduduki peperiksaan dan mesti lulus mengenai Sejarah dan Budaya Alam Melayu, Perlembagaan Negara sebelum dibenarkan angkat sumpah sebagai YB.
Buku Sejarah Melayu, Hikayat Abdullah, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Hang Tuah dan lain-lain dokumen Melayu lama mesti dihadamkan oleh setiap pengamal politik khususnya yang menjadi wakil rakyat.
Nanti baru mereka akan tahu apa hubungan negeri-negeri Melayu ini seperti Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Petani, Kerajaan Ligor, Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Beruas, Kerajaan Gangga Negara, Kerajaan Pasai, Kerajaan Demak, Kerajaan Pelembang, Kerajaan Temasik, Kerajaan Majapahit, Kerajaan Melaka, Kerajaan Pahang Tua, Kerajaan Johor Riau Lingga, Kerajaan Aceh ,Kerajaan Johor Lama dan lain-lain.
Tiada pemisahan antara kerajaan-kerajaan ini kerana semuanya adalah kerajaan Melayu yang diasaskan oleh satu rumpun bangsa yang sama dan pemisahan hanya berlaku oleh dasar pecah dan perintah penjajah barat seperti British, Belanda, Sepanyol dan Perancis yang menjajah Nusantara Melayu dahulu.
"Wanangseri nak ingatkan kita semua supaya amati akan peribahasa ini " DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DI JUNJUNG" Jangan menjadi orang yang buta hati dan sombong diri dan lupa daratan.

Khamis, 31 Julai 2008

UMNO DAN PAS RUJUK SEMULA

Lega benar Wanangseri, bila 2 parti politik Melayu terbesar UMNO dan PAS bersetuju untuk bertemu demi kepentingan Islam dan umat Melayu di negara ini. Walau apa pun bentuk pertemuan itu samada "Muzakarah" "Muqabalah" "Musyarawah" "Perbincangan" atau lain-lain istilah ianya diharapkan menjadi titik permulaan mencari persamaan setelah terpisah dengan hanya mencari perbezaan selama ini.

Harapan setiap orang Melayu yang cinta kepada agama dan bangsanya amat tinggi supaya perpaduan Melayu menjadi kenyataan sekali ini. Pemimpin-pemimpin tertinggi kedua-dua parti UMNO dan PAS tidak boleh mengecewakan hasrat murni ini. Mereka hendaklah bertemu dengan niat yang tulus , jujur dan ikhlas bukannya mencari kelemahan demi masa depan anak cucu yang tidak boleh diperjudikan oleh perlakuan buruk kita hari ini. Janganlah terlalu banyak mengenakan syarat itu dan ini untuk menjalinkan penyatuan atau kerjasama kerana ini hanya akan merumitkan keadaan.

Cadangan Menteri Besar Kelantan Dato Nik Aziz supaya UMNO dan PAS dibubarkan perlu diberikan pertimbangan sewajarnya. Mungkin kepada mereka bernostogik memang sukar menerima hakikat ini tetapi ini bukanlah sesuatu yang baru berlaku dalam perjalanan politik tanah air. Parti Parikatan yang amat berjasa dalam memerdekakan negara telah dijenamakan semula pada 1974 sebagai Barisan Nasional (BN) dan ternyata ianya berjaya memberi impak yang baik kepada negara selama ini.

Jadi apa salahnya disatukan semula UMNO dan PAS dengan " brand yang baru" kalau itu satu-satunya jalan boleh menjamin kedudukan orang Melayu dan Islam terus terpelihara. Lagipun perjuangan UMNO dan PAS tidaklah terlalu jauh berbeza jika diamati perlembagaan kedua-dua parti itu. Maka pengabungan UMNO dan PAS dalam satu parti bukanlah sesuatu yang mustahil!

Sebagai langkah awal mungkin kerjasama ini boleh dijelmakan di negeri Perak. Ajakkan Dato Sri Tajol Rosli kepada PAS bagi membentuk kerajaan campuran baru di Perak boleh dijadikan asas untuk penyatuan yang lebih jauh lagi. Yakinlah bila Melayu kuat dan bersatupadu orang lain akan kembali menghormati kita tetapi bila kita lemah orang lain sudah tak hairan dengan kita lagi.

Wanangseri masih berpegang kepada peribahasa Melayu "CARIK-CARIK BULU AYAM AKHIRNYA AKAN BERCANTUM JUA" dan "AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS".

Isnin, 16 Jun 2008

AYUH NAJIB SELAMATKAN NEGARA !!!

Tarikh peralihan kuasa kepimpinan negara dari Pak Lah ke Tok Najib masih terus menjadi teka teki. Semalam Pak Lah mengumumkan beliau tetap akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Disember ini. Ini makna tiada peralihan kepimpinan dalam waktu terdekat ini.

Dalam 3 bulan kebelakangan ini Wanangseri sempat memasang telinga untuk mendengar respon akar umbi yang boleh disimpulkan arus penolakan terhadap kepimpinan Pak Lah begitu kuat sekali. Beberapa persoalan yang ingin ditimbukan di sini :-

Apakah Pak Lah tidak menyedari hal ini atau dia terus teruja lantaran penyataan sokongan terhadapnya yang diberikan oleh sebahagian kepimpinan atasan UMNO ?. Bolehkah Pak Lah terus bertahan dalam menghadapi arus penolakan akar umbi yang begitu deras ? Apakah Tok Najib juga akan dibawa arus penolakan akar umbi terhadap kepimpinan Pak Lah menyebabkan dia akan turut karam bersama? Apakah tidak mungkin kedegilan Pak Lah untuk terus berkuasa membawa kepada penolakan terus kepada Umno atau akar umbi akan mengalihkan sokongan kepada sesiapa saja yang sanggup menentang Pak Lah?

Cuba kaji stuasi berikut :

i. Jika Pak Lah menang dalam pemilihan nanti,Insya Allah Tok Najib boleh menaruh harapan menjadi PM Keenam.

ii. Jika Pak Lah kalah atau tidak cukup percalonan, Tok Najib akan terus bertahan sekadar sebagai TPM untuk 1 atau 2 penggal lagi kerana sudah tentu presiden yang baru ingin juga jadi PM untuk sesuatu tempoh. Itupun kalau Tok Najib tidak dilawan atau dia menang dalam perlawanan itu. Ada juga khabar-khabar yang menyatakan bahawa telah ada tokoh-tokoh tertentu yang amat berminat untuk kerusi nombor 2 bagi menyaingi Tok Najib.

iii. Jika Tok Najib tidak membuat sesuatu untuk mengukuhkan kedudukannya dengan hanya membiarkan keadaan yang menentukannya, maka sudah pasti ada orang yang mencorakkan perjalanan politik negara yang akan meminggirkan Tok Najib dan Pak Lah. Tok Najib mesti berunding dengan Pak Lah supaya peralihan kuasa akan berlakunya sebelum pemilihan bahagian.

iv. Atau Tok Najib juga mengambil langkah berjaga-jaga supaya dia juga mendapat percalonan yang secukupnya untuk jawatan presiden, takut-takut Pak lah tidak cukup pencalonan dan ini boleh dijadikan sandaran sebagai kuasa penawar antara Pak Lah dan Tok Najib.

v. Pak Lah dan Khairi tidak boleh menduduki jawatan tertinggi parti dalam sesatu masa kerana ini hanya akan menyebabkan musuh Pak Lah akan terus mempunyai senjata untuk menyerang. Insya Allah Khairi akan menang jika dia bertanding Ketua Pemuda tetapi apakah ini akan memberi kelebihan bagi UMNO dalam menghadapi pilihanraya ke 13 nanti. Khairi adalah aset yang berguna untuk survival UMNO tetapi orang ramai akan terus muak dengan UMNO jika dipimpin oleh kedua anak menantu ini serentak. Salah seorang daripada mereka mesti berundur dan dalam keadaan ini Pak lah yang sewajarnya memberi laluan kepada Tok Najib untuk bersama-sama Khairi sebagai Ketua Pemuda.

vi. Selagi Pak Lah berkuasa dia akan terus dibelasah oleh bukan saja musuh BN tetapi orang-orang seperti DR M yang tidak boleh diperkecilkan pengaruhnya. Pak lah tidak akan dapat melaksanakan agenda pembangunan bangsa dan negara dengan lancar kerana gangguan-gangguan ini akan terus berterusan.

Wanangseri dan anak-anak cucu terus menagih sebuah negara yang aman damai dan Ketuanan Melayu terus terpelihara sampai bila-bila. Anak cucu sudah tentu tidak inginkan pemimpin yang berjasa seperti Pak Lah jatuh dengan kehinaan. Biarlah sesuatu pemergian diiringi dengan penghormatan dan meninggalkan sebuah warisan yang tidak tercalar dan sukar untuk dibaiki. "TOK NAJIB KAMU MESTI MENJADI WIRA SEPERTI AYAH KAMU YANG MENYELAMATKAN NEGARA KETIKA SAAT NEGARA HAMPIR MUSNAH 39 TAHUN YANG LALU".

Isnin, 2 Jun 2008

BIASISWA JPA : LAGI HAK ISTIMEWA MELAYU DICABUT

Nampaknya episod malang orang Melayu terus berterusan. Kenyataan Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz bahawa biasiswa JPA untuk program ijazah di luar negara kepada bukan bumiputra dinaikkan kepada 45 peratus mulai tahun ini berbanding 10 peratus tahun lalu sesuatu yang tidak diduga sama sekali.

Wanangseri melihat langkah ini sebagai kekalahan kepada misi perjuangan memartabatkan Ketuanan Melayu di negara ini. Ketika orang Melayu dicabar di sana sini, kuasa kerajaan pimpinan Melayu diperlekehkan, raja Melayu di hina. Merupanya kita sendiri yang memperkosa hak istimewa orang-orang Melayu. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menyebut "Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit, dsb, untuk orang Melayu" adalah perkara yang dilindungi dan perincian tentang biasiswa, bantuan pendidikan dan latihan telah diterangkan secara jelas dalam perlembagaan yang menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong memeliharanya.

Dalam keadaan orang Melayu masih jauh ketinggalan dan amat berharap kepada bantuan kerajaan, namun peruntukan biasiswa untuk bumiputra hanya tinggal 55 sahaja. Ini bukan sahaja tidak menepati agihan mengikut komposisi kaum kerana bumiputera (65 % ) bukan setakat orang Melayu malahan ada berpuluh-puluh lagi suku kaum sama ada di semenanjung, Sabah dan Sarawak sedangkan bukan Melayu hanya sekadar 35%. Apabila dibahagikan sesama bumiputera berapalah yang akan tinggal kepada orang Melayu.

Sewajarnya kerajaan harus mempertahankan pecahan 90 peratus kepada bumiputera dan 10 peratus kepada bukan bumiputera yang diamalkan selama ini. Bumiputera termasuk orang Melayu sebenarnya tiada sumber lain lagi tetapi bukan bumiputera mempunyai jalan keluar yang banyak untuk memdapat pembiayaan bagi melanjutkan pelajaran.

kadang-kadang kita pun keliru dengan keletah beberapa pemimpin Melayu yang semacam tunduk kepada desak pembangkang yang sebenarnya berusaha keras untuk menghapuskan "Ketuanan Melayu" kepada konsep "Malaysian Malaysia". Kepada Tok Nazri dan rakan-rakan di kabinet tengok-tengok nasib anak cucu kita. Untuk Datuk Shamsul Anuar Nasarah jangan lupa perjuangan, itu baru jadi YB biasa belum menteri lagi.

Wanangseri sentiasa ingat kata orang tua-tua kita "TEMPAT JATUH LAGI KENANG........"
Hang Jebat tidak mati melainkan di tangan Hang Tuah jua. Jangan jadi Sang Rajuna Tapa membuka pintu kota untuk musuh!!!!!

Jumaat, 30 Mei 2008

CERPEN KU TAK RELA DIPUJUK LAGI

Aku dah nak pergi tapi kau halang aku supaya jangan berhenti. Aku keraskan hati untuk terus bawa diri tapi kau pula beriya-iya hendakkan aku lagi. Aku tegas untuk pergi jua tapi sebenarnya aku acah-acah aja. Aku nak suruh kau pujuk dan keluarkan airmata kerana nak tunjuk bahawa diriku amat berharga.

Aku sedar aku tak popular lagi, kerana orang dah mula menyanyi ” Pergi kau pergi”, ”Kami dan Benci ”. Sejak 99 lagi aku hampir hilang negeri. Terpaksalah aku melakunkan sendiri menagis di depan menteri dan seisi negeri bahawa kalau aku pergi kau semua yang akan rugi kerana aku tiada penganti.

Kau memang tak faham aku atau pun memang kau sengaja buat-buat tak faham menyebabkan aku hanya rujuk sementara. Kau rangka pelan peralihan kuasa menyebabkan terpaksalah aku serahkan kuasa walaupun sebenarnya aku tak rela. Apa nak kata semuanya aku sendiri yang cipta.

Di hari kau dimasyhurkan untuk duduk di kerusi yang tersehor, aku tunjuk muka akur ataupun sebenarnya hatiku tak jujur kerana banyak lagi khazanah yang belum ku cukur. Menyebabkan kroni-kroniku jatuh tersungkur.

Kau memang tak dengar kata, hati aku kalau tak jaga, projek-projek raksasaku kau batalkan semua. Dasar-dasar ku kau hina, memang kau tak kenang jasa. Kalau tak ada aku, kau tak ke mana. Apa kau tak ingat, kau tu dulu sudah terpinggil di luar sana, aku naikkan kau di singgahsana sehingga banyak yang merana kerana mereka juga cita-cita sama.

Kalau memang lembik dan tak bermutu, dikelilingi oleh pengampu dan penyapu. Dibantu oleh pembantu yang tidak berbatu, mengikut telunjuk anak menantu . Kau tengok aku, cakap aku cakap penentu, siapa tak setuju aku tendang satu persatu, walaupun dia, penyokong aku yang nombor satu.

22 tahun aku berkuasa, banyak jasa kepada nusa dan bangsa. Kau pandang aku hina dan kau layan aku macam kera. Pandangan ku kau tak cakna. Awas! nanti kau ku kerja. Aku tak kira sesiapa, semua orang mesti dengar kata walaupun aku dah bersara tapi tetap nak bersuara.

Orang di bulan pasti gembira, naik roket parti celaka, biar memandang sebelah mata tapi aku tak kisah itu semua. Walaupun tindakan aku itu berbahaya menguntungkan musuh Yahudi celaka tetapi hatiku tetap gembira, ternyata kau gagal teraju negara. Baiklah kau berundur segera, sebelum parti hancur binasa dan sebelum negara dilanda petaka.

Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang, parti lawan dah menang, Kelantan dah lama hilang, Begitu juga dengan Wilayah Persekutuan. Tiada majorti ¾ di Negeri Sembilan juga sama di Parlimen Persekutuan.
Hari ini MELAYU dah hilang kekuatan, tiada lagi orang yang segan. Ketuanan Melayu sudah permainkan, Raja Melayu orang persendakan. Oleh itu silalah kau letak jawatan.

Kalau kau tak mahu pergi, biarlah aku keluar parti. Aku ajak anak bini dan sesiapa jua yang sudi. Aku hanya akan kembali apabila kau tiada lagi kerana kau memang ku benci. Biarlah rosak parti, biarlah hancur negeri. Aku tidak akan puashati selagi kau tak berhambus pergi. Aku lebih sayangkan parti bukan macam kau sayangkan kerusi .Ku Tak Rela di pujuk lagi. BERKERAT ROTAN BERPATAH ARANG. APA NAK JADILAH APA AKU PERDULI.!!!

Selasa, 27 Mei 2008

TEKA-TEKI 2: NAJIB AMBILLAH KERUSI

AKU TAK PERNAH MINTA KUASA
ALLAH JUA YANG MAHA ESA
KEHENDAKNYA JUGA AKU BERTAHKTA
SOKONGLAH AKU BINA NEGARA

2004 AKU BERJAYA
MENANG KERUSI PENUH BERGAYA
PERINTAH NEGARA DENGAN SELESA
TAPI SAYANG TAK KEKAL LAMA

AKU DITUDUH TIDAK BERMAYA
LEMAH LONGLAI TAK BERTENAGA
BANYAK MUSUH INGIN MENDUGA
AKU DISERANG BERMACAM CARA

SERONOK DUDUK DI KERUSI TERTINGGI
SEHINGGA AKU SYOK SENDIRI
NASIHAT SAHABAT TIDAKKU PEDULI
KERANA AKU DAH ADA KHAIRI

AKU DAH HILANG 5 NEGERI
PARTI KU PIMPIN TAK KUAT LAGI
KALAU AKU TIDAK PERBAIKI
AKU AKAN HILANG MENTERI

AKU PERKENAL ISLAM HADARI
RUPANYA IA MEMAKAN DIRI
SOKONGAN AKU TAK PADU LAGI
ELOK SAHAJA AKU DIGANTI

BUKAN SENANG NAK PIMPIN NEGERI
ANCAMAN ADA DI SANA SINI
CAUVINIS, YAHUDI DAN GLOBALISASI
TAK KURANG MUSUH DALAM PARTI

MARI KITA BERSATU HATI
JANGAN KELUAR DARI PARTI
JAGA PARTI JAGA NEGERI
KITA JANGAN BERGADUH LAGI

CUKUP SUDAH SAMPAI DI SINI
KERANA AKU DAH TAK DI SUKAI
AYUH!! NAJIB AMBILLAH KERUSI
SIAPA AKU, CUBALAH CARI ?

Isnin, 26 Mei 2008

NASIB MELAYU

1965 Pulau Singapura dilepas,
8 Mac 2008 Pulau Pinang dirampas
23 Mei 2008 Pulau Batu Putih terlepas
Kalau tak jaga Pulau Pisang akan dikebas.

Negeri Melayu makin kecil,
Bangsa Melayu makin terkerdil.
Maruah agama makin terpencil
Melayu asyik nak bergesel.!!!