Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Ahad, 6 Disember 2009

BTN : PERTEMBUNGAN ABIM & GPMS

Mengamati isu BTN Wanangseri merasakan isu pokokya bukanlah program yang berbaur perkauman, atau "membasuh otak" atau membenci pembangkang tetapi ia lebih kepada pertembungan dua kelompok yang melihat BTN sebagai wadah yang ampuh untuk menjana sokongan rakyat kepada kelompok masing-masing.

Kenyataan Sdr Rosli Abdullah mantan Pengarah BTN Terengganu melalui dakwaan songsang terhadap BTN, adalah antara reaksi dari kelompok yang dahulu amat berkuasa terhadap BTN kini merasa kehilangan malah melihat BTN sebagai ancaman pula.

Pada 21 Oktober 2008 yang lalu ,melalui ruang ini saya telah memperkatakan secara umum peranan kelompok desperado ini dalam memberi persepsi yang buruk terhadap BTN sebagai jabatan pemupukkan jati diri dan semangat patriotisme yang ulung di negara ini.

Sejak penubuhannya bermula 1974 sebagai Unit Penyelidikan Belia (UPB ) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan kemudiannya menjadi BTN Jabatan Perdana Menteri pada 1982, BTN tidak pernah sunyi dari tohmahan seperti melaksanakan program yang "UNISLAMIC" "ASSOBIYAH" "RASIS" dan berbagai lagi tuduhan negatif oleh kelompok yang mendakwa mereka memperjuangkan "ISLAM IS THE WAY OF LIFE"

Di mana kehebatan BTN itu sehingga ia digeruni atau dicemburi? BTN tidaklah se "gah" mana jika ditinjau dari segi kepegawaiannya. Namun kekuatannya terletak kepada "Rangkaian Sahabat" dan modul latihannya yang begitu mengakarbumi perasaan dan jiwa para pelatihnya yang menyebabkan kelompok-kelompok yang mempunyai cita-cita besar berusaha menguasai BTN. Perebutan untuk menguasai BTN boleh dikesan dengan penglibatan pegawai dan "Rangkaian Sabahat" yang silih berganti antara kelompok ABIM dan GPMS berdasarkan keadaan politik semasa.

Penglibatan Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) selaku Tim. KSU Kementerian KBS dan juga bekas Presiden GPMS telah memperlihatkan ramai aktivis-aktivis GPMS dilantik sebagai pegawai-pegawai kanan atau "sahabat" ( Tenaga Pengerak ) BTN. Perjuangan mendaulatkan Agenda Melayu, Ketuanan Melayu , Pendidikan Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara yang merupakan perjuangan GPMS secara reletif amat sinonim dengan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional menjadikan BTN terus dilabelkan sebagai alat propaganda parti pemerintah oleh musuh-musuhnya.

Apabila pemimpin "de facto" ABIM menyertai UMNO dan mendapat kedudukan tertinggi dalam kerajaan, amalan memburuk-buruk BTN tidak terhenti sebaliknya mereka berjaya menguasai BTN dengan menempatkan aktivis-aktivis ABIM. Orang-orang seperti Dr Hassan Ali, Idris Juzi, Rahman Rukaini,Dr Mohd Noor Manuty,Dr Badrul Amin, Anuar Tahir, Muktar Ramlee, Saifudin Nasition, Mustafa Kamal Ayub dan ramai lagi merupakan antara yang diserap masuk ke BTN sama ada sebagai pegawai atau penceramah bagi memastikan agenda besar DSAI terlaksana.

Sebaliknya tokoh-tokoh awal yang dikaitkan dengan Pak Lah seperti Zulkefly Abdul, Nordin Kardi, Fawzi Basri, Faiz Hamid, Shagol Hamid, Tajuddin Wahab,Zaharuddin Kassim,Zulkefly Yaakob, Mazlan Yusof, Kamaruddin Kachar mula terpinggir dan tersingkir dari BTN. Tahun-tahun 1990an yang di dakwa oleh Sdr Rosli Abdullah sebagai ZAMAN KEGEMILANGAN BTN lebih merupakan ZAMAN PEMBERSIHAN dari pengaruh Pak Lah ke DSAI. Hassan Ali telah melakukan kaderisasi dengan membawa aktivis-aktivis PKPIM dan ABIM sebagai pegawai-pegawai BTN ( termasuk Sdr Rosli Abdullah} bagi mengantikan pegawai-pegawai lama dianggapkan orang-orang Pak Lah.

Setelah berjaya melakukannya dalam BTN, usaha untuk menguasai GPMS telah dibuat dalam Perhimpunan Agong GPMS tahun 1997 di Sungai Petani yang menyaksikan orang-orang ABIM termasuk yang ditempatkan di BTN bertindak menyinkirkan Nordin Kardi yang pada mulanya diumumkan menang tapi diistiharkan kalah beberapa bulan kemudian. Begitulah perkaitan antara BTN GPMS ,ABIM , Pak Lah dan DSAI.

DSAI telah mengunakan BTN sebaik mungkin untuk perkuatkan pengaruhnya . Dari sebuah jabatan yang mefokuskan kepada Bina Semangat, Patriotisme dan Perhadaman Perlembagaan Negara,BTN telah ditukarkan penumpuannya kepada Program Bina Insan dengan mejadikan Qiamulail sebagai salah satu pengisian utamanya. Mungkin inilah yang dimaksudkan "MODUL PENDIDIKAN ISLAM" oleh Sdr Rosli Abdullah. Tanpa menidakkan "Qiamulail" itu satu penambahbaikan tetapi kesannya BTN dilihat menjadi jabatan yang mempromosikan "USAHAWAN-USAHAWAN QIAMULAIL" dan USAHAWAN-USAHAWAN MOTIVASI yang berniaga dengan mengenakan caj yang agak tinggi.

Kini mereka sudah tidak berkuasa , lalu diciptalah pelbagai isu untuk menyerang BTN. Sedangkan BTN telah berbakti lebih 30 tahun, dan turut memberi sumbangan kepada keamanan dan kesejahteraan negara selama ini. Dalam tempuh tersebut tiada satupun rusuhan kaum berlaku, tiada seorang pun bukan Melayu dibunuh kesan dari kursus-kursus BTN dan tidakpun lahir orang Melayu atau pemimpin Melayu yang hendak menghalau bukan Melayu dari negara ini. Yang pastinya orang Melayu dan pemimpin kerajaan berteraskan "KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN BERPERLEMBAGAAN" terus mengemudikan negara ini melalui perkongsiaan kuasa pelbagai Kaum secara bijaksana.

Kalau dikatakan BTN digunakan untuk tujuan perkaderan UMNO hanya Ahmad Maslan dan Sapawi Ahmad ( Bekas Pengerusi ABIM Sabah )sahaja lahir dari kilang BTN. Sebaliknya DSAI lah yang telah menggunakan BTN untuk menonjolkan orang-orangnya sama ada dalam politik dan lain-lain bidang.

Maka jelas bahawa tindakan yang cuba memburuk-buruk BTN datangnya dari satu pertembungan politik Melayu yang tidak pernah mencapai erti perpaduan sebenarnya sehingga Orang Bukan Melayu terus mengambil kesempatan dari permusuhan yang kita cipta sendiri. "Enough is Enough" kita leraikan perbezaan, kita suburkan persamaan.

Peribahasa hari ini "ORANG MENCUBIT, KITA MENAMPAR"

11 ulasan:

Kroni Utara berkata...

Mat Maslan dan Sapawi kroni Anwar jua ?

Waris Org Bunian berkata...

Mat Maslan dan Sapawi dah insaf. Mat kini jaga BTN. Wajidkan BTN kpd semua pegawai kerajaan dan mahasiwa. Jgn tunduk pada geng Anwar yg hanya nak dah lupa asal usul tu.!

Warisan berkata...

BTN : ABIM VS GPMS

KETUANAN RAKYAT VS KETUANAN MELAYU
PAKATAN? VS BN
PKR/DAP/PAS VS UMNO
ANWAR VS NAJIB
PENGKHIANAT VS PENCINTA
PENDERHAKA VS PEJUANG
YAHUDI/KERITIAN VS ISLAM
SYIAH/KHAWARIJ VS SUNNAH
RASIS VS BUKAN RASIS

Bunga Bangsa berkata...

Mengapa mesti berlawan. Tak boleh kita berbaik2. Jaga negeri, jaga agama dan jaga keturunan agar kita tidak merempat di tanah air sendiri.

Warisan berkata...

Assalamualaikum wbt.
Salam 1Malaysia

Saya terharu dan hargai hasrat dan harapan Bunga Bangsa.... Tahniah

Tapi itulah hakikat.... tak ada makna jika hanya sebelah pihak sahaja yang hidung tak mancung mahukan perpaduan....

Mohon kehadrat Allah swt beri petunjuk.... Amin

Tanpa Nama berkata...

Kita mesti buang jauh2 segala sikap buruk kita. Kita hormati berbedaan dan kita suburkan persamaan. Insya Allah tuhan akan bantu kita.

Warisan berkata...

Assalamualaikum wbt
Salam 1Malaysia

(Komen ini disiarkan dalam blog YB Dato' Ahmad Maslan)

http://ahmadmaslan.blogspot.com/

Cadangan Kem BTN akan ditambah:

Cadangan tersebut amatlah disokong.... satu daerah/parlimen satu kem BTN. Cadangan-cadangan lain;

1. Tukar nama BTN kepada BPN (Biro Perlembagaan Negara) yang taraf keselamatannya seperti kem tentera.

2. Perbanyakkan kakitangan dan tenaga penggerak secara tetap.... serapkan yang kontrak kepada tetap.

3. Bermula dari murid tadika/sekolah rendah hinggalah kepada pesara awam/swasta perlu hadir kursus BTN.

4. Adakan modul khas untuk ahli parti pembangkang yang berminat untuk hadir kursus.

5. Jadikan sijil kehadiran kursus BTN sebagai prasyarat untuk pemilihan/naik pangkat kepada pejawat awam selain kursus kenegaraan untuk pengesahan jawatan.

6. Semua NGO perlu hadir kursus BTN sebagai prasyarat mendapatkan grant kerajaan.

7. Masukkan rekod kehadiran kursus BTN kedalam ciri-ciri tapisan sulit/halus

Wassalam

Tenaga Penggerak Vetran

ibujarikite berkata...

Saya tertarik dengan penerangan dan fakta tuan..satu persatu tuan terangkan...Kenapa kita perlu takut dengan hemburan sesetengah pihak yang cube menabur api dalam BTN.. saya menyertai banyak program BTN..ia adalah bagus.. kenapa kite perlu ubah atas leteran sesetengan pihak yang hanya melakukan gimit politik.. jika diubah seperti memang kita yang bersalah..

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya, BTN itu ibarat kelas sejarah. Ia adalah salah satu pendidikan berterusan (continuos personel development) atau CPD bagi semua rakyat malaysia. BTN melakukan refreshment sejarah malaysia dan perlembagaan negara pada rakyat Malaysia. Salahkah? BTN dimomokkan, menteri dah gelabah. Sepatutnya BTN dipertahankan. Perjelaskan matlamat BTN dengan betul dan pihak BTN perlu tangkas dan agresif menangkis golongan yang menentang BTN.

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya, BTN itu ibarat kelas sejarah. Ia adalah salah satu pendidikan berterusan (continuos personel development) atau CPD bagi semua rakyat malaysia. BTN melakukan refreshment sejarah malaysia dan perlembagaan negara pada rakyat Malaysia. Salahkah? BTN dimomokkan, menteri dah gelabah. Sepatutnya BTN dipertahankan. Perjelaskan matlamat BTN dengan betul dan pihak BTN perlu tangkas dan agresif menangkis golongan yang menentang BTN.

Tanpa Nama berkata...

Menghadiri ceramah BTN ibarat mendengar burung kakak tua bercakap.

Tiada budaya pengembangan ilmu. Penceramah nya obses pada cerita ketuanan Melayu sahaja... itu pun dok cerita perkara sama jep.....

BOSAN..... Modul BTN tak relevan lagi....