Tarikh peralihan kuasa kepimpinan negara dari Pak Lah ke Tok Najib masih terus menjadi teka teki. Semalam Pak Lah mengumumkan beliau tetap akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Disember ini. Ini makna tiada peralihan kepimpinan dalam waktu terdekat ini.
Dalam 3 bulan kebelakangan ini Wanangseri sempat memasang telinga untuk mendengar respon akar umbi yang boleh disimpulkan arus penolakan terhadap kepimpinan Pak Lah begitu kuat sekali. Beberapa persoalan yang ingin ditimbukan di sini :-
Apakah Pak Lah tidak menyedari hal ini atau dia terus teruja lantaran penyataan sokongan terhadapnya yang diberikan oleh sebahagian kepimpinan atasan UMNO ?. Bolehkah Pak Lah terus bertahan dalam menghadapi arus penolakan akar umbi yang begitu deras ? Apakah Tok Najib juga akan dibawa arus penolakan akar umbi terhadap kepimpinan Pak Lah menyebabkan dia akan turut karam bersama? Apakah tidak mungkin kedegilan Pak Lah untuk terus berkuasa membawa kepada penolakan terus kepada Umno atau akar umbi akan mengalihkan sokongan kepada sesiapa saja yang sanggup menentang Pak Lah?
Cuba kaji stuasi berikut :
i. Jika Pak Lah menang dalam pemilihan nanti,Insya Allah Tok Najib boleh menaruh harapan menjadi PM Keenam.
ii. Jika Pak Lah kalah atau tidak cukup percalonan, Tok Najib akan terus bertahan sekadar sebagai TPM untuk 1 atau 2 penggal lagi kerana sudah tentu presiden yang baru ingin juga jadi PM untuk sesuatu tempoh. Itupun kalau Tok Najib tidak dilawan atau dia menang dalam perlawanan itu. Ada juga khabar-khabar yang menyatakan bahawa telah ada tokoh-tokoh tertentu yang amat berminat untuk kerusi nombor 2 bagi menyaingi Tok Najib.
iii. Jika Tok Najib tidak membuat sesuatu untuk mengukuhkan kedudukannya dengan hanya membiarkan keadaan yang menentukannya, maka sudah pasti ada orang yang mencorakkan perjalanan politik negara yang akan meminggirkan Tok Najib dan Pak Lah. Tok Najib mesti berunding dengan Pak Lah supaya peralihan kuasa akan berlakunya sebelum pemilihan bahagian.
iv. Atau Tok Najib juga mengambil langkah berjaga-jaga supaya dia juga mendapat percalonan yang secukupnya untuk jawatan presiden, takut-takut Pak lah tidak cukup pencalonan dan ini boleh dijadikan sandaran sebagai kuasa penawar antara Pak Lah dan Tok Najib.
v. Pak Lah dan Khairi tidak boleh menduduki jawatan tertinggi parti dalam sesatu masa kerana ini hanya akan menyebabkan musuh Pak Lah akan terus mempunyai senjata untuk menyerang. Insya Allah Khairi akan menang jika dia bertanding Ketua Pemuda tetapi apakah ini akan memberi kelebihan bagi UMNO dalam menghadapi pilihanraya ke 13 nanti. Khairi adalah aset yang berguna untuk survival UMNO tetapi orang ramai akan terus muak dengan UMNO jika dipimpin oleh kedua anak menantu ini serentak. Salah seorang daripada mereka mesti berundur dan dalam keadaan ini Pak lah yang sewajarnya memberi laluan kepada Tok Najib untuk bersama-sama Khairi sebagai Ketua Pemuda.
vi. Selagi Pak Lah berkuasa dia akan terus dibelasah oleh bukan saja musuh BN tetapi orang-orang seperti DR M yang tidak boleh diperkecilkan pengaruhnya. Pak lah tidak akan dapat melaksanakan agenda pembangunan bangsa dan negara dengan lancar kerana gangguan-gangguan ini akan terus berterusan.
Wanangseri dan anak-anak cucu terus menagih sebuah negara yang aman damai dan Ketuanan Melayu terus terpelihara sampai bila-bila. Anak cucu sudah tentu tidak inginkan pemimpin yang berjasa seperti Pak Lah jatuh dengan kehinaan. Biarlah sesuatu pemergian diiringi dengan penghormatan dan meninggalkan sebuah warisan yang tidak tercalar dan sukar untuk dibaiki. "TOK NAJIB KAMU MESTI MENJADI WIRA SEPERTI AYAH KAMU YANG MENYELAMATKAN NEGARA KETIKA SAAT NEGARA HAMPIR MUSNAH 39 TAHUN YANG LALU".
Isnin, 16 Jun 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan