Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Isnin, 2 Jun 2008

PKR = PARTI KELENTONG RAKYAT

Malam sabtu lalu Buletin Utama TV3 memaparkan sekumpulan rakyat Selangor pelbagai kaum yang melahirkan rasa tertipu oleh kerajaan campuran Selangor dan sebelum itu pun dah ada rakyat yang buat laporan polis kerana kes yang sama.

Berjanji memang senang tetapi untuk menunaikannya bukanlah sesuatu yang mudah. Belum dapat, bulan dan bintang nak berikan tetapi bila dapat baru tau langit itu tinggi atau rendah. PKR mungkin tak mimpi akan perintah Selangor dan Tan Sri Khalid pula tak sangka jadi MB. Maka berjanjilah mereka ikut sedap mulut. Akhirnya PKR jadilah ”PARTI KELENTONG RAKYAT”

Antara kelentong PKR ialah menurukan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% , cuti bersalin 90 hari, membuka tabung permulaan RM100 setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan seorang bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan bagi anak yang mengikuti pendidikan pra sekolah dan memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Dalam hal ini Tok Nan yang mengetuai Kerajaan BN di Pahang yang sering ditohmahkan sebagai brutal, nampaknya lebih berhemah dari Tan Sri Khalid yang terus terkial-kial mencari alasan menghalalkan kelentongnya itu.

Tanpa apa-apa janji dan publisiti Kerajaan Pahang pimpinan Tok Nan telah memberikan bantuan pendidikan, biasiswa, derma siswa, pinjaman dan lain-lain melibatkan sejumlah wang RM439.147 juta yang memberi manfaat kepada seramai 362,477 penerima..Bagi tahun 2007 sahaja kerajaan BN Pahang telah membelanjakan sejumlah 52.647 juta yang melibatkan 28,430 penerima bantuan pendidik biasiswa sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi.

Wanangseri dapat melihat sendiri ramainya pelajar-pelajar yang datang ke Yayasan Pahang sepanjang minggu ini , mengambil Wang Geran Bantuan Pelajar Ke IPT sebanyak RM 500 untuk setiap anak-anak Pahang atau pemastautin negeri Pahang yang telah disahkan mendapat tawaran belajar sama ada di peringkat sijil, diploma dan ijazah di mana-mana pusat pengajian yang diiktiraf.

Tanpa apa-apa pengecualian tak kira dia bangsa apa, anak orang miskin, anak orang kaya raya, anak orang besar, anak orang kampung anak, orang UMNO, BN, PAS, DAP atau PKR. Semuanya layak asalkan pemohon dapat menunjukkan surat tawaran pengajian, kad pengenalan sendiri dan ibubapanya.

Wang hangus ini juga berikan bukan sahaja anak-anak kelahiran Pahang, ibubapa kelahiran Pahang tetapi juga permastautin Pahang walaupun mereka atau ibubapanya bukannya anak Pahang.

Walaupun kerajaan Pahang cuma bagi RM500 tetapi dia tak kelentong macam Selangor yang berjanji nak bagi RM1000.00 kepada setiap anak Selangor yang masuk universiti. Itulah kemampuan Kerajaan Pahang tak berjanji kalau ia tak mampu.
Wanangseri kasihan melihat rakan-rakan yang di kelentong oleh nafsu besar PKR (PARTI KELENTONG RAKYAT) melalui slogan NEGARA BERKEBAJIKAN kerajaan PR (PENIPU RAKYAT) itu. Kita tunggu sajalah akan ramai lagi rakyat yang mengikut langkah Mohd. Shaid Rosli membuat laporan polis kepada pengelentong-pengelentong itu.

3 ulasan:

KELAB PEMUDA JIWA LUKA berkata...

PKR memang terkenal dengan kaki kelentong..sebab pemimpin utamanya pun kuat kelentong.

jangan marah khalid ibrahim kerana dia puppet sahaja..yang memerintah ronnie liu dan teressa kok..

tapi UMNO pula dapat pemimpin kuat kelentong.

diberitahu rakyat yang harga minyak akan dinaikkan bulan lapan..tak semena-mena dinaikkan 4 june 2008.

bayangkan rakyat tak bersedia nak hadapi semua ini..kalau yang jenis cukup makan, baki gaji 500 bulan ni yang biasa di guna 1/3 untuk bahan api dah meningkat kepada 2/3!

jika dulu, nak naikkan 5 sen pun pengumuman di buat 2 bulan lebih awal, rakyat di ajak berbincang, kenaikan berlaku tetapi slps respon rak yat diterima kenaikan 5 sen jadi 2 sen.

bila rakyat undi pembangkang, rakyat disalahkan, salah pemimpin tak pernah nampak.

pak lah..u sucks!

KuntaKinte berkata...

Nak sign borang tanya dulu ahli umno ke tidak..

Tolong melayu ke menda..
Baru sign borang buku pinjaman

emy berkata...

ramai pemimpin umno macam lanun je, sapa pun tau ,, huhu