Nampaknya episod malang orang Melayu terus berterusan. Kenyataan Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz bahawa biasiswa JPA untuk program ijazah di luar negara kepada bukan bumiputra dinaikkan kepada 45 peratus mulai tahun ini berbanding 10 peratus tahun lalu sesuatu yang tidak diduga sama sekali.
Wanangseri melihat langkah ini sebagai kekalahan kepada misi perjuangan memartabatkan Ketuanan Melayu di negara ini. Ketika orang Melayu dicabar di sana sini, kuasa kerajaan pimpinan Melayu diperlekehkan, raja Melayu di hina. Merupanya kita sendiri yang memperkosa hak istimewa orang-orang Melayu. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menyebut "Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit, dsb, untuk orang Melayu" adalah perkara yang dilindungi dan perincian tentang biasiswa, bantuan pendidikan dan latihan telah diterangkan secara jelas dalam perlembagaan yang menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong memeliharanya.
Dalam keadaan orang Melayu masih jauh ketinggalan dan amat berharap kepada bantuan kerajaan, namun peruntukan biasiswa untuk bumiputra hanya tinggal 55 sahaja. Ini bukan sahaja tidak menepati agihan mengikut komposisi kaum kerana bumiputera (65 % ) bukan setakat orang Melayu malahan ada berpuluh-puluh lagi suku kaum sama ada di semenanjung, Sabah dan Sarawak sedangkan bukan Melayu hanya sekadar 35%. Apabila dibahagikan sesama bumiputera berapalah yang akan tinggal kepada orang Melayu.
Sewajarnya kerajaan harus mempertahankan pecahan 90 peratus kepada bumiputera dan 10 peratus kepada bukan bumiputera yang diamalkan selama ini. Bumiputera termasuk orang Melayu sebenarnya tiada sumber lain lagi tetapi bukan bumiputera mempunyai jalan keluar yang banyak untuk memdapat pembiayaan bagi melanjutkan pelajaran.
kadang-kadang kita pun keliru dengan keletah beberapa pemimpin Melayu yang semacam tunduk kepada desak pembangkang yang sebenarnya berusaha keras untuk menghapuskan "Ketuanan Melayu" kepada konsep "Malaysian Malaysia". Kepada Tok Nazri dan rakan-rakan di kabinet tengok-tengok nasib anak cucu kita. Untuk Datuk Shamsul Anuar Nasarah jangan lupa perjuangan, itu baru jadi YB biasa belum menteri lagi.
Wanangseri sentiasa ingat kata orang tua-tua kita "TEMPAT JATUH LAGI KENANG........"
Hang Jebat tidak mati melainkan di tangan Hang Tuah jua. Jangan jadi Sang Rajuna Tapa membuka pintu kota untuk musuh!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Inilah jadinya bila kuasa politik Melayu mula terhakis, pemimpin mula terikut rentak bukan Melayu, pastinya bukan setakat hak keistimewaan Melayu di bawah Perkara 153, bahkan jawatan PM pun akan dituntut!
warisanabadi semakin hari semakin gusar dengan sikap melayu terhadap kaum bukan melayu...terlalu lembut...lupakah kita dulunya ...kita terpaksa berlembut dgn kerakyatan secara jus soli!!! sebab apa? nak ambil hati mereka supaya kita boleh merdeka... hari nie...pemimpin melayu sekali lagi buat perkara yg sama!!! bagi kuota biasiswa JPA la pulak utk mereka... utk apa??? ambik hati & nk dpt sokongan jugak!!! kita melayu nie sebenarnya apa??? mmg patut kita contohi hang tuah tapi jangan sesekali kita lupa jasa hang jebat kepada kita...
cukup la kita selama ini kita terseksa dgn dasar penjajah Divide & Rule... abis kuasa ekonomi depa yg berkuasa.. org2 kampung nak niaga pun kangkung pun susah dikerjakan oleh depa... sudah lah... wahai melayu... jgn lah nnt bini di rumah pun sanggup dikongsi sebab nak jaga hati depa... fikir la sama ... nasib anak bangsa sendiri... boleh ker? benda yg diberi di tarik balik pd masa depan... tahun '99 kita bagi kuota MRSM 10% utk depa... tok nazri.. dulu tok jugak yg bagi...kuota MRSM.. la nie pun tok bagi plak kuota biasiswa JPA... awat tok??? ... ingat tok ... pemimpin boleh naik & turun ... anak bangsa kita...dok tinggal nie tok... mcmana nasib depa??? sedih sungguh warisanabadi rasa dgn situasi ini.... tq byk2 kat wanangseri sebab buka blog nie.. info sgt baik... teruskan usaha!!!
Catat Ulasan