Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Khamis, 12 Jun 2008

MENGAPA KAMI BUKAN BUMIPUTERA ?


Kemarin 10hb Jun, wanangseri telah diajukan soal oleh seorang pelajar bukan Melayu dalam Majlis Minggu Suaikenal di sebuah kolej swasta di Kuantan.

Soalan : Mengapa kami tidak diketogerikan sebagai Bumiputera sedangkan kami lahir di sini??

Wanangseri : Konsep kerakyatan bagi Persekutuan Tanah Melayu hanya bermula sekitar tahun 1948 iaitu apabila wujudnya negeri- negeri Melayu di persekutukan melalui gagasanPersekutuan Tanah Melayu. Sebelum itu konsep rakyat di negeri Melayu terbahagi kepada

1. RAKYAT RAJA : yang dirujuk kepada Kaum Pribumi orang Melayu dan orang Asli yang menjadi rakyat kepada raja negeri masing-masing. Orang Kedah, mereka rakyat kepada Sultan Kedah, Orang Pahang adalah rakyat kepada Sultan Pahang, Orang Terengganu adalah rakyat kepada Sultan Terengganu,. Begitu jugalah negeri Melayu yang lain. Orang Melayu yang berada dengan negeri-negeri selat sebenarnya juga rakyat kepada raja-raja perintah negeri berkenaan sebelum dijajah. Umpamanya orang Pulau Pinang adalah rakyat Sultan Kedah, Singapura rakyat Sultan Johor dan Melaka adalah rakyat Sultan Johor –Riau yang merupakan wilayah pengaruh sultan-sultan berkenaan sebelum kedatangan penjajah.

2. RAKYAT BRITISH : yang dirujuk kepada penduduk-penduduk bukan Melayu telah berdaftar sebagai rakyat British sebelum merdeka di negeri-negeri selat dan negeri-negeri Melayu yang lain. Ini termasuklah orang-orang yang telah mendaftarkan diri mereka sebagai rakyat BRITISH dalam komanwel.

3. ORANG YANG TERPUTUS KERAKYATAN DENGAN NEGERI ASAL : Mereka merupakan orang-orang dari benua China dan benua India yang datang merantau ke Tanah Melayu sekadar untuk mencari makan. Tetapi mereka akhirnya meminta untuk terus menetap dengan menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu apabila konsep ini dikenalkan oleh kerajaan British.


Semua RAKYAT RAJA sebagai kaum pribumi telah perakui sebagai BUMIPUTERA dalam Persekutuan Tanah Melayu manakala RAKYAT BRITISH DAN ORANG YANG TIADA KERAKYATAN mereka adalah orang mendatang bukannya pribumi maka mereka di terima sebagai rakyat dikenali sebagai bukan Bumiputera. Semua orang-orang yang hendak menjadi rakyat bagi Persekutuan Tanah Melayu ini telah bersetia menerima bahawa RAKYAT RAJA ada hak-hak istimewanya sebagai kaum pribumi kerana semua telah ada pada mereka sebelum 1948 lagi.

Manakala Rakyat British, orang China dan India bersetuju untuk menjadi rakyat bukan bumiputera dalam negeri bernama Persekutuan Tanah Melayu. Jadi orang bukan pribumi dan keturunannya tidak boleh menjadi bumiputera berasaskan permaufakatan nenek moyang kita dan nenek moyang rakan-rakan kita ini. Kalaulah nenek moyang mereka dahulu tidak menerima konsep bukan Bumiputera ini, sudah tentu rakan-rakan kita ini ( keturunan bekas rakyat British, Cina dan India).tidak menjadi rakyat Malaysia pada hari ini.SETIAP SUNGAI PASTI ADA HULUNYA, SETIAP HUJUNG PASTI ADA PANGKALNYA DAN SETIAP KINI PASTI ADA DAHULUNYA” Sejarah penting untuk kita tahu di mana kedudukan kita sekarang.

Tiada ulasan: