Orang UMNO memang punya semangat berlawan dan melawan yang tinggi. Namun kadang-kadang semangat itu tidak digunakan di tempat yang betul. Dengan DAP, PAS dan PKR mereka tak bersungguh-sungguh hingga banyak kerja UMNO yang terpaksa digalas oleh JASA dan KEMAS. Maka tengoklah nanti akan banyak isu-isu "local" dan peribadi akan dikeluarkan untuk hentam menghentam dan telanjang menelanjang. Manakala persoalan utama dan nasional seperti mengembalikan keyakinan orang ramai kepada UMNO telah diketepikan.
Dengar-dengarnya hampir setiap bahagian akan jawatan tertinggi yang dipertandingkan. Maklumlah UMNO parti demokratik sape saja boleh menawarkan diri. Bertandinglah! tapi ingat jangan sampai parti hancur dah lah.
Katanya Tok Sofi akan ditentang Aman di lepeh, Raub menyaksikan perlawanan antara Tok Shah dengan Tok Mustafar Kamal, di Temerloh Tok Syakar mungkin mencabar Tok Sarit, Tok Manan dah hampir pasti berdepan Tok Tajuddin di Paya Besar, Tok Hassan akan berentap sekali lagi Tok JJ di Rompin, Di Kuala Krau ahli parlimennya Ismail Said berhasrat mengantikan Tok MJ ( Mat Jaafar) dan Azmi Yusof akan menentang Tok Faizal bahagian Indera Mahkota. Menteri Belia Tok Mail Sabri di Bera katanya berlawan musuh klasiknya Tok Mustafa Yassin.
Cuma 5 bahagian sahaja yang ketuanya dikhabarkan selamat iaitu Pekan, Bentong, Maran, Cameron Hihgland dan Kuantan . Manakala Jerantut masih tidak jelas kerana Tok Ungku Azlan difahamkan yang mula hendak melepaskan jawatan mungkin menarik balik hasrat dan ini membantukan hasrat Tok Dr. Syukri dan lain-lain tokoh yang berhasrat untuk pergi lebih tinggi.
Wanangseri amat yakin tiap-tiap mereka yang ingin bertanding telah memikirkan baik buruknya. Masing-masing mendakwa merekalah yang mampu mengukuhkan UMNO dalam keadaan sekarang. Tak pastilah itu! tapi yang jelasnya akan lebih berpuak-puaklah UMNO ini.
Fikirlah wahai tokoh-tokoh UMNO Pahang bahawa negeri ini amat dihormati kerana kitalah benting terkuat dalam menghadapi serangan ganas pakatan pembangkang . Kita tak mampu berpecah lagi tapi kena bina kekuatan. KJ kata pertandingan tak membawa perpecahan tapi hakikatnya setiap kali ada bertanding UMNO pasti pecah. Tok Nan mesti cari jalan supaya Pahang terus kuat dan cuba elakkan supaya YB-YB dan orang-orang kuat UMNO di Pahang ini berunding untuk kukuhkan parti bukan untuk kukuhkan diri sendiri. Wanangseri "MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU"
Rabu, 18 Jun 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan