Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Isnin, 24 Ogos 2009

SESEKALI TOK GURU TERBOLOS JUGA !




Wanangseri telah menerima sms dari seorang rakan yang memetik transkrip kenyataan YAB Dato' Nik Aziz yang dikeluarkan oleh akhbar Utusan Malaysia semalam :-

"SEANDAINYA SYURGA DAN NERAKA ITU HAK ALLAH SEMATA-MATA TIADA GUNA UMAT ISLAM DI DUNIA INI BERLUMBA-LUMBA BERBUAT KEBAIKAN KERANA AKHIRNYA NANTI DITENTUKAN OLEH TUHAN"

"MANUSIA SEBENARNYA BERHAK MENENTUKAN NASIB MEREKA MELALUI AMAL JARIAH YANG DILAKUKAN"


Untuk menjelaskan kekeliruan itu Wanangseri telah memanjangkan pula SMS itu kepada seorang rakan arwah ayah yang pernah mengajar di sekolah pondok yang kami kenali sebagai Ustaz Harun. Dia tidak pernah mendakwa dirinya Tok Guru dan tidak pula menjadi mendokong mana-mana parti politik.

Ustaz Harun membalas dengan kenyataan berikut :-

"PERCAYALAH DIDALAM KITAB JAWAHIR MAUHUB SYARAHAN OLEH SYEIKH ALI KUTAN MENSYARAH KEPADA HADIS 40 TAMATUL BASAR HIMPUNAN IMAN SAYUTI, ADA SEORANG BANI ISRAEL UMURNYA 500 TAHUN (UMAT TERDAHULU) BELIAU TAK SESAATPUN WAKTUNYA SELAIN DIPENUHKAN DENGAN KETAATAN.

NAMUN SETELAH MATI IA DIBANGKITKAN DIHADAPAN ALLAH DAN DITANYA 'BAGAIMANA AMALAN KAMU ? JAWAPNYA "YA ALLAH 500 TAHUN KU PENUHKAN DENGAN TAAT" DITANYA LAGI "JIKA BEGITU DIMANA TEMPAT DUDUK KAMU? JAWAP BELIAU "YA ALLAH TIDAKKAH AKU SEORANG YANG TAAT BERAMAL SUDAH TENTU AKU LAYAK KE SYURGA"

MAKA, ALLAH MURKA DENGAN ADANYA BENIH RIYA' DALAM JIWA HAMBA ITU, LALU IA MEMERINTAH JIBRIL MENCUNGKIL MATANYA DAN DITIMBANGKAN DENGAN AMALANNYA 500 TAHUN. TERNYATA NIKMAT SEBELAH MATANYA YANG DIKURNIA ALLAH LELEH BERAT DARI AMALANNYA. MAKA DATANGLAH KEMURKAAN ALLAH LALU IA PERINTAH JIBRIL MENCAMPAKNYA KE DALAM NERAKA.


PENGAJARAN: "SEPATUTNYA SI BANI ISRAEL TIDAK ANGKUH BAHKAN IA MENJAWAB "YA ALLAH KAMI HANYA DUDUK DI TEMPAT YANG TELAH ENGKAU TETAP BAHKAN YANG KAMI HARAP RAHMATMU APALAH AMALANKU BERBANDING DENGAN DENGAN RAHMAT DAN NIKMATMU"

Wanangseri sering diingatkan oleh arwah orang tua supaya sentiasa berbuat kebajikan dan beribadat secara ikhlas kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai hambaNYA. Balasannya terpulang kepada rahmat Allah YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.

Hayati peribahasa ini "TAK ADA PENDEKAR YANG TAK BOLOS, TAK ADA JUARA YANG TAK KALAH"

Tiada ulasan: