Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Sabtu, 29 Ogos 2009

TUN MINAH PEJUANG MELAYU YANG TERSESAT JALAN


Semua tahu, komunis itu jahat dan maha zalim. Komunis menyebabkan ramai rakyat tidak berdosa dibunuh, anak menjadi yatim, isteri menjadi janda. Tidak kurang ada orang yang cacat dan hilang anggota badan serta sensara sepanjang hayat akibat kekejaman PKM.

Namun hairan juga bagaimana terdapat segentir rakyat yang berjiwa amat patriotik boleh terjebak dengan agenda jahat dan ganas PKM seperti yang diterjemahkan oleh pemerintah Bintang Tiga selama 14 hari pada tahun 1945 dahulu. PKM pimpinan Cheng Peng berhasrat semata-mata untuk menjadikan negara ini sebuah republik komunis seperti Republik Rakyat China atau Rusia bagi menapikan sistem Demokrasi Raja Perlembagaan yang amalan Malaysia selama ini. Atas nama perjuang rakyat dan Ketuanan Rakyat,PKM telah menghalalkan darah sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka.



Gambar Terkini-2009

Siti Norkiah Mahmud Baginda atau dikenali sebagai Tun Minah oleh rakan-rakannya dalam Rejimen Ke 10 PKM adalah seorang daripada pejuang nasionalis yang dipercayai amat tinggi semangat patriotiknya adalah antara ribuan yang terpedaya dengan PKM. Dia telah menghabiskan masa lebih 40 tahun bergerila dalam hutan untuk mengabadikan diri kepada perjuang komunis yang akhirnya ternyata sia-sia itu.

Tun Minah adalah Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) negeri Pahang. Melalui gandingan bersama Shamsiah Fakeh sebagai Ketua AWAS Tanah Melayu dan adiknya Zainab Mahmud Baginda yang merupakan Setiausaha AWAS Tanah Melayu adalah segelintir pejuang wanita Melayu yang terawal bangun menentang penjajahan British di Tanah Melayu.

AWAS bersama-sama API (Angkatan Pemuda Insaf) dan PKMM ( Parti Kebangsaan Melayu Malaya ) adalah parti Melayu terawal yang ditubuhkan 17 Oktober 1945 bertujuan mendapatkan kemerdekaan bergabung dengan Indonesia melalui gagasan Melayu Raya - Indonesia Raya sebagai kesinambungan perjuangan KMM ( Kesatuan Melayu Melayu ) yang terbantut sebelum ini.

Mungkin kerana teruja dengan perjuangan bersenjata (buluh runcing) rakyat Indonesia melawan penjajah Belanda, PKMM akhirnya tercemar dengan ideologi komunis melalui penyerapan semangat Parti Komunis Indonesia (PKI ) yang terdiri tokoh-tokoh beragama Islam seperti Mokhtaruddin Losso, Alimin dan Suparto. Kursus-kursus perkaderan teori Marxisme telah diadakan di Kuala Lumpur dan lain-lain telah dihadiri oleh Rashid Maidin, Abdullah C.D, Shamsiah Fakeh, Aishah Ghani, Musa Ahmad, Wahi Abuar, Ahmad Boestaman dan lain-lain yang juga ahli PKMM berupaya menyerapkan ideologi kepada pejaung-pejuang haluan kiri ini.

Apabila ditanya mengapa Tun Minah sanggup masuk hutan dalam usia semuda 20 tahun? Tun Minah menjawap "Wan Tak Nak Masuk Penjara, bila AWAS, API dan PKMM diharamkan Wan tiada pilihan, ayah Wan, Mahmud Baginda sebagai ketua PKMM Pahang telah di penjarakan oleh British di Tanjung Bruas Melaka. Kami ahli-ahli AWAS, API dan PKMM diburu, di penjara dan mungkin dibunuh kerana British memang zalim. Jadi bagi menyelamatkan nyawa dan untuk meneruskan perjuangan Wan masuk hutan. Di Hutan Lubuk Kawah Temerloh kami tubuhkan Rejimen Ke 10 iaitu pasukan Melayu dalam Pasukan Tentera Pembebasan Nasional Malaya (PTPNM).

Dalam usia yang sudah menjangkau 82 tahun ternyata ingatan Tun Minah masih begitu kuat dan cukup bersemangat yang mengambarkan keyakinannya bahawa perjuangannya selama ini adalah benar."Kami berjuang untuk memerdekakan tanah air,nak halau penjajah, nak bebaskan rakyat, petani dan buruh dari penidasan orang Putih yang merampas kekayaan negara kita.Orang Putih bawa segala hasil bumi kita seperti bijih timah dan getah ke negara mereka meninggalkan rakyat terus miskin. Kami orang betina Melayu amat pandang hina, kain yang kami pakai di dakwa oleh orang Putih dan pengampu-pengampunya sebagai keras dan tajam dan boleh ganti pisau untuk sembelih ayam dan kerbau"

"Kami tidak berperang dengan rakyat malah Rejimen ke 10 seboleh-bolehnya akan mengelakkan pertembungan dengan askar Melayu. Yang kami lawan dengan askar-askar upahan orang Putih yang datang dari India, Cyelon, Australia, Gurka. Untuk apa askar upahan ini dibawa masuk selain untuk berperang dengan rakyat Tanah Melayu "

" Kami berjuang bukan untuk memerintah tapi untuk halau penjajah. Kami sedar kami tak ada kebolehan dan kemampuan untuk memerintah. Tapi biarlah negara ini di perintah oleh rakyat Tanah Melayu sendiri, tak kira Orang Melayu, Cina atau Keling tapi mesti rakyat."

Tun Minah yang turut dalam perundingan damai peringkat awal di sebuah hotel di Tanjung Bungah Pulau Pinang pada 10 dan 11 Ogos 1988 telah menjelas mengapa dia tidak meyertai UMNO sedangkan UMNO juga berjuang untuk memerdekakan negara? "Kami berjuang lebih dahulu dari UMNO. AWAS dan PKMM wujud atas kesedaran anak watan sendiri dan kami lawan Orang Putih tanpa syarat tapi UMNO ikut saja pelunjuk Orang Putih kerana rata-rata pemimpin-pemimpinnya dari kalangan bangsawan yang bersekolah orang Putih. Wan hanya sekolah Melayu di Lepeh dan Raub aje. Tapi Wan suka bila UMNO dapat memerdekakan negara. Wan suka kawan Wan, Aisyah Ghani jadi Menteri UMNO tapi Wan tak nak jumpa dia.Jadi jagalah negara ini baik-baik. Wan dah berjuang ikut cara Wan, orang tak iktiraf tak apalah !!.

Menyentuh peranan yang dimainkan pemimpin Melayu dalam merealisasikan idea perdamaian, Tun Minah menegaskan bahawa mereka sudah lama berniat untuk meletakkan senjata tapi tak ada orang yang hendak mengusahakan sehinggalah adiknya Hj Mokhtar datang ke Rejimen ke 10 pada tahun 1987.

" Perundingan hanya boleh dimulakan oleh orang Melayu kerana negara ini negara orang Melayu. Orang Cina pasti tak boleh berbincang dengan orang Melayu yang pemimpin Malaysia, mereka bukan orang asal di sini. Orang Keling ada negara mereka India. Jadi orang Melayu kena bincang sesama Melayu kerana kita nak kemana lagi" ujur Tun Minah yang jelas memperlihatkan semangat kemelayuannya cukup tinggi.

Kini Tun Minah sudah menjadi rakyat Thailand dan setelah suaminya Abu Samah Kassim meninggal dunia 4 bulan yang lalu berazam akan terus menghabiskan usianya bersama-sama rakan-rakan seperjuangan di kampung Perdamaian Sukhirin dalam Weng Selatan Thai."Biarlah Wan tinggal di sana, kami damai di sana boleh beribadat dan beramal, Bukan Wan tak sayang Malaysia tanah tumpah darah wan, tapi tak baiklah Wan tinggalkan kawan-kawan yang telah sama-sama susah senang selama ini." Wan masuk hutan tinggal kampung halaman dulupun kerana semangat yang terlalu sayangkan negara dan Wan akan balik dan ziarah bila-bila saja bila ada kesempatan" kata Tun Minah dengan penuh kesayuan.

Dari satu sudut Wanangseri amat kagum semangat juang perjuang haluan kiri ini. Namun di sudut yang lain Wanangseri amat kasihan kerana Tun Minah telah memilih untuk bermain bersama pasukan yang ternyata jahat, dan tidak suka mengikut peraturan. Walaupun dalam pasukan itu ada pemain-pemain yang baik namun kerana ia berada dalam pasukan mengamalkan yang corak permainan yang kasar dan jahat maka dia juga dihukum sebagai pemain yang kasar dan jahat juga. Inilah berlaku kepada Tun Minah dan rakan-rakannya dalam Rejimen Ke10, penglibatan mereka bersekongkol dengan komunis yang jahat dan zalim maka ia ditolak oleh rakyat ini sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Tun Minah adalah pejuang wanita Melayu yang tersesat jalan dan tersalah medan lantaran kerana terlalu beremosi dalam mentejemahkan semangat nasionlisme dan patriotik yang sangat menebalkan itu. Ia telah terperangkap dalam permainan orang-orang seperti Cheng Peng yang mempunyai agendanya tersendiri. Namun kita serahkan kepada Allah untuk membalas segala kebajikan yang telah dilakukan Tun Minah kerana Allah maha mengetahui niat dan isi hari hamba-hambanya. SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 52 TAHUN.

Peribahasa "MAIN AIR BASAH , MAIN API HANGUS"

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dia x de pilihan. dah terang2 british jajah kita. ka hang pn dok side ingggeris?

Tanpa Nama berkata...

x payah nak buat fitnah la wahai admin..rakyat da cerdik.