Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Selasa, 25 Ogos 2009

1 MALAYSIA : PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN


Ketika di Rembau beberapa hari yang lalu, Seorang pelajar Program Ijazah Keluar Negara tajaan JPA telah meminta penjelasan tentang Konsep 1 Malaysia. Dakwanya kerajaan khasnya UMNO yang memimpin kerajaan tidak pernah konsisten dalam dasar-dasarnya. Setiap Perdana Menteri ada sahaja gagasan masing-masing dan apakah ini bermakna tiada keseinambungan antara pemimpin-peminpin sedangkan mereka datang dari parti yang sama?

Sebenarnya kesemua Perdana Menteri-Perdana Menteri ini tidak pernah lari dari perjuangan asal iaitu untuk membentuk sebuah Malaysia yang aman, harmoni dan bersatupadu, cuma pendekatannya mungkin berbeza bersesuai dengan keadaan semasa. Malah ianya saling lengkap melengkapi.

1 Malaysia diperkenalkan Dato Sri Najib sebagai penegasan semula asal mula kewujudan negara Tanah Melayu atau Malaysia. Ia nya bertitik tolak dari pakatan perpaduan kepelbagaian dan perbezaan kaum kearah merealiasikan kelahiran satu bangsa, satu negara dibawah naungan satu bendera.

Tunku Abdul Rahman telah memulakan langkah perpaduan dengan menerima hakikat kewujudan kepelbagaian kaum dan budaya sebagai sesuatu yang harus disuburkan sehingga tercetusnya Parti Parikatan sebagai satu landas perjuangan menuntut kemerdekaan demi kebahagian semua rakyat.

Tun Razak yang mencetuskan Dasar Ekonomi Baru, iaitu satu dasar kejuteraan sosial untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Lebih daripada itu Tun Razak telah mengajak semua kaum bersatu memerintah Malaysia secara bersama melalui Barisan Nasional dengan 14 parti telah menyertai kecuali beberapa parti yang menolak perpaduan seperti DAP dan PSRM.

Melalui Wawasan 2020 Tun Mahathir telah mempelopori Gagasan Malaysia Maju mengikut adunan 1 Malaysia yang pelbagai kamu dan budaya sebagai satu aset yang perlu dijanakan untuk dikongsi dan dinikmati bersama.

Tun Abdulah Badawi pula cuba menengahkan Islam Hadari dengan harapan Tamuddun Islam yang sudah terbukti jayanya menjadi satu amalan universal yang dapat diguna pakai oleh rakyat 1 Malaysia demi kemajuan sejagat.

Dalam keadaan sudah ramai rakyat Malaysia mula terlupa atau sengaja melupakan hakikat sejarah bahawa Malaysia adalah satu, tidak dua dan tidak tiga, Dato Sri Najib tampil mengingatkan kembali bahawa kita adalah SATU MALAYSIA yang semestinya punyai Satu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Satu bahasa iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Resmi, Satu Bendera iaitu Jalur Gemilang,Satu Agama Persekutuan iaitu Agama Islam dan Satu Negara iaitu Malaysia bukannya Negara China atau India , England atau Austalia .


Setiap rakyat Malaysia telah dijamin keistimewaan dan hak masing oleh Perlembagaan Negara dan tiada satu kaum pun yang akan terpinggir atau telah diketepikan. Semua rakyat mesti membudayakan Rukunnegara sebagai idealoginya sebagai rakyat Malaysia yang satu.

Wanangseri sangat jelas bahawa gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh PM sekarang adalah kesinambungan dasar-dasar Perdana Menteri terdahulu yang amat menekankan perpaduan dalam kepelbagai kaum dan budaya rakyat Malaysia yang menjadi teras keamanan negara selama ini.

40 tahun dahulu lagu MALAYSIA BERJAYA sudah pun dikumandangkan melalui wayang-wayang pacak Jabatan Penerangan adalah manifestasi 1 Malaysia . Senikatanya ialah :

MALAYSIA KITA SUDAH BERJAYA
AMAN MAKMUR BAHAGIA
MALAYSIA ABADI SELAMANYA
BERJAYA DAN BERJAYA

BERBAGAI KAUM SUDAH BERIKRAR
MENUJU CITA-CITA
SATU BANGSA SATU NEGARA
MALAYSIA BERJAYA

DARI PERLIS SAMPAILAH KE SABAH
KITA SUDAH BERJAYA
NEGARA MAKMUR RAKYAT MEWAH
KITA SUDAH BERJAYA

DENGAN SEMBOYAN KITA BERJAYA
MENUJU DI ANGKASA
SATU BANGSA SATU NEGARA
MALAYSIA BERJAYA


PERIBAHASA : PISANG SESIKAT GULAI SEBELANGA, KERJA MUAFAKAT MAKAN BERSAMA

Tiada ulasan: