Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Jumaat, 17 Julai 2009

WARGANEGARA WAJIB LULUS KURSUS KENEGARAAN

Kementerian Dalam Negeri (Negeri) berjanji akan memyelesaikan proses permohonan (379 kotak) kewarganegaraan yang tertangguh sebelum berakhir tahun ini.

Ini adalah berita gembira bagi mereka yang sudah lama menunggu.Tapi tak kurang juga rakyat yang gusar akan natihahnya sama ada lebih baik untuk negara atau masalah lain pula akan dicipta akhirnya.

Kira-kira 60 tahun yang lalu orang Melayu amat bermurah hati memberi taraf kewarganegaraan "jus soli" kepada jutaan pendatang-pendatang asing yang kononnya bersumpah untuk TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA dan negara sebagai satu-satunya nusa tercita.

Namun, belum pun satu dekad sudah terdengar suara-suara sumbang oleh puak-puak yang diberi taraf kewarganegaraan secara yang amat istimewa ini telah mengigit tangan yang menyuap nasi ke mulut mereka. Apakah ada jaminan perkara serupa tidak akan berulang kembali?

Pastinya kaum Melayu dan pribumi yang lain tidak rela "PISANG BERBUAH DUA KALI". Kerajaan tidak boleh semudahnya meluluskan permohonan kewarganegaraan yang baru semata-mata ianya tertangguh lama atau pemohon mempunyai kepakaran yang berpretij tinggi.

Perkara 19 Perlembagaan Malaysia memberi peruntukan yang membolehkan seseorang permastautin mohon dipertimbangkan menjadi warganegara Malaysia jika memenuhi syarat-syarat tertentu.

Termasuk syaratnya ialah "BERKEBOLEHAN BERTUTUR DALAM DAN BERSUMPAH AKAN TAAT SETIA KEPADA NEGARA INI" Jadi syarat ini mesti dilaksanakan secara tegas tanpa apa-apa pengecualian.

Amat malang nanti jika Malaysia dipenuhi mereka yang tidak tahu berbahasa Kebangsaan. Sehingga hari ini pun masih ada anak Malaysia yang lahir di bumi Malaysia yang masih tidak mampu berbahasa Kebangsaan dengan baik, pelat dan hanya mampu bercakap Bahasa Pasar dan Bahasa Rojak. Sepatutnya mereka malu kepada "Mat-Mat Bangla" yang baru 2, 3 tahun di negara ini tapi mampu bercakap Bahasa Melayu dengan baik dan boleh difahami.

Namun, kalau setakat boleh bercakap Bahasa Melayu ia belum boleh menjadikan seseorang itu menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan menyumbang seperti yang dituntut oleh negara dan Rukunegara.

Wanangseri suka mencadangkan kerajaan mewajibkan syarat-syarat berikut sebelum pemohonan dipertimbangkan sebagai tambahan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Perlembagaan Negara:

i. Setiap pemohon mesti mengambil dan wajib lulus ujian PENGUASAAN BAHASA
MELAYU sebagai Bahasa Kebangsaan)mengikut taraf yang bersesuaian sebagai
rakyat baru.

ii. Setiap pemohon mesti mengikuti dan wajib lulus KURSUS KENEGARAAN yang
menekankan input seperti SEJARAH NEGARA ,PEMAHAMAN PERLEMBAGAAN
MALAYSIA, PEMAHAMAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA DAN DASAR-DASAR NEGARA.


Menjadi warganegara Malaysia adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya dan tiada jalan mudah dan pintas untuk menikmatinya."KALAU TAK PECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA"

Tiada ulasan: