Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Rabu, 15 Julai 2009

WARGANEGARA: JANGAN LEPASKAN ANJING TERSEPIT !!!

Ketika berdialog dengan sekumpulan Mahasiswa tajaan Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Kuala Kubu Baru siang tadi, mereka ingin mendapat komen tentang janji PM untuk menyelesaikan segera pemohonan menjadi warganegara dan apakah pula tindakan terhadap warganegara yang ternyata tidak setia kepada Raja dan Negara ?

Semperna 100 hari Tok Najib jadi PM, ia akan menghadiahkan 34,000 warga asing yang memohon menjadi warganegara Malaysia dengan mendapat durian runtuh kerana pemohonan mereka akan di proses segera?

Hakikat begitu ramai yang ingin menjadi warganegara ini membuktikan Malaysia adalah negara yang terbaik untuk didiami. Walaupun pada masa yang sama terdapat juga rakyat yang tidak bersyukur sehingga tergamak mencerca negara sebagai zalim lebih dari Israel, mengamalkan dasar apartheid, menghina institusi raja-raja , Raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agong , mempertikaikan Perlembagaan Negara, mencaci Lagu Kebangsaan,budaya, adat dan Agama Islam dan 1001 macam lagi celaan terhadap negara sendiri.

Makkal Sakthi Malaysia (MMSP) sebuah parti baru yang ditubuh pada 11 Mei yang lalu telah mendakwa terdapat 50,000 hingga 60,000 kaum India di negara ini yang belum mendapat sijil kerakyatan sebagai warganegara Malaysia. Inilah kelompok yang menjaja ke seluruh dunia bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang baik tetapi masih "tak tau malu" terus memohon untuk jadi rakyat negara ini.

Parti jelmaan HINDRAF itu , telah meletakkan usaha untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan kepada mereka ini sebagai perjuangan utama parti itu. Apakah 34,000 permohonan yang belum diselesaikan itu adalah mereka dari kumpulan ini ? Kalau benar, kerajaan perlulah menapiskan dengan teliti kerana kita hairan siapakah mereka dan dari mana datangnya jumlah yang begitu ramai yang dikutip oleh Makkal Sakti Malaysia untuk dijadikan rakyat Malaysia?

Mahasiswa PUNB itu mencadangkan, selain janji Dato Sri Hishammuddin untuk segera memproses 379 kotak permohonan kewarganegaraan yang tertangguh kerajaan perlu juga mengambil tindakan serius terhadap rakyat yang tidak setia kepada negara seperti yang dapat lihat dengan jelas di akhir-akhir ini.

Mereka ini mesti dilucutkan taraf kewarganegaraan kerana ternyata mereka penderhaka yang tidak boleh dimaafkan dan tidak bermanfaat langsung untuk berada di negara ini. Kalau tidak mereka tidak tahu akan nilai kewarganegaraan yang amat berharga itu.

Seseorang boleh dilucutkan kewarganegaraannya dengan 2 cara. Pertama dia sendiri menolak dengan sebab-sebabnya sendiri seperti tidak berminat lagi dengan negara ini. Kedua dia telah menyalahi undang-undang dan membuat tindakan yang dilarang iaitu, salah satu daripada berikut:-

1. Menjadi warganegara asing.

2. Menggunakan hak-hak dan kemudahan negara lain yang hanya untuk
warganegaranya seperti menyertai pilihanraya atau memiliki pasport
negara asing.

3. Seorang wanita menjadi warganegara asing melalui perkahwinan dengan
lelaki negara berkenaan.

4. BERTINDAK NEGATIF YANG MENUNJUKKAN DIA TIDAK LAGI TAAT SETIA KEPADA
NEGARA MALAYSIA.

5. Berniaga/ berhubungan dengan negara musuh.

6. Dihukum di mana-mana negeri dalam tempoh 5 tahun setelah menjadi
warganegara Persekutuan, dengan hukuman penjara tidak kurang 12 bulan
atau denda tidak kurang dari RM 5,000.00.

7. Berkhidmat kepada negara lain tanpa kebenaran kerajaan Malaysia.

8. Tinggal menetap di negara asing selama 5 tahun berturut-turut kecuali
untuk berkhidmat dengan atau bagi kerajaan Malaysia.

9. Disedari kewarganegaraannya telah diperolehi dengan penipuan.

10. Wanita asing yang mendapat taraf kewarganegaraan melalui perkahwinan
telah bercerai dengan suaminya kecuali dia bercerai mati.

Justeru mahasiswa ini menyeru Kerajaan tanpa segan silu melucutkan taraf kerakyatan kepada penderhaka negara seperti individu yang menghina LAGU KEBANGSAAN, MENCACI AZAN dan AGAMA ISLAM sebagai Agama Persekutuan, mempertikaikan Keluhuran Perlembagaan, menuntut taraf Bumiputra dan ingin menghapuskan Hak Istimewa kaum Pribumi, mencerca Kedaulatan raja-raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara,membakar jalur gemilang, mencela Pakaian Kebangsaan, Adat dan Budaya Nasional dan lain-lain perkara-perkara yang boleh ditafsirkan sebagai tidak sayang dan suka kepada negara.

Ujar pelajar-pelajar PUNB itu lagi negara hanya perlukan mereka yang sanggup berkorban dan mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bahagi KEPADA RAJA DAN NEGARA Malaysia, bukannya kepada Raja England atau Ghandi Pejuang Kemerdekaan Negara.

Wanangseri amat setuju, menyelamatkan pertualang-pertualang ini samalah dengan MELEPASKAN ANJING TERSEPIT, SESUDAH LEPAS IA MENGIGIT.

Tiada ulasan: