Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Khamis, 2 Julai 2009

PERPADUAN MELAYU: CINTA ANAK MUDA


Harapan terus membunga untuk melihat Perpaduan Melayu membuahkan hasil positif satu hari nanti.

Salam salaturahim yang dihulurkan oleh Ketua Dewan Pemuda Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi untuk mengadakan muzakarah, perbincangan ilmiah dan dialog telah disambut dengan wajar oleh Pemuda UMNO yang diwakali oleh Naib Ketua Pemudanya YB Dato Razali Ibrahim.

Setelah hasrat melihat Kerajaan Perpaduan gagal dilaksanakan akibat sikap keras hati orang-orang tua kita seperti Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi Awang. Anak muda seperti Ustaz Nasrudin Hassan dan Dato Razali telah berlembut hati memberi harapan baru untuk merintis titik perpaduan bagi meleraikan permusuhan dua parti bersaudara yang telah sampaikan tahap membimbang dan membosankan.

Tok Guru Nik Aziz mungkin masih terasa akan pedih dan perit ketika bersama-sama BN pada tahun 1974 hingga 1977 dahulu. Walaupun pemimpin UMNO ketika itu sudah tidak memimpin UMNO lagi, Tok Guru Nik Aziz masih tidak mampu memaafkan UMNO. Justeru beliau bertindak mengetuai pasukan yang menentang idea Kerajaan Perpaduan yang lakarkan oleh Prasiden PAS sendiri.

Kita mendoakan anak-anak muda dalam PAS dan UMNO khasnya berjaya melembutkan hati orang-orang tua mereka. Banyak kes,seorang anak boleh memujuk seorang ayah untuk menerima musuhnya utama menjadi bisan sehingga berjaya mendamaikan 2 orang yang tak boleh bertemu muka menjadi satu keluarga yang kukuh.

Demi CINTA seorang anak dan demi kasih seorang ayah perselisihan yang lalu mesti dileraikan jika kita benar-benar ikhlas untuk melihat hari depan anak cucu kita tidak musnah akibat kedegilan kita sebagai orang tua. Orang tua sangat sayangkan cucu, maka lihatlah wajah-wajah cucu cicit yang masih jernih itu, akan ke mana mereka selepas ini.

Orang Melayu mesti bersatu jika terus mahu di hormati. Orang Melayu mesti berpadu jika mahu terus menjadi tuan di tanah sendiri. Orang Melayu mesti sayangkan bangsanya sendiri jika ingin orang lain menyayangi kita. Lupakan sengketa lalu, kita bina hidup baru.

Kata orang bijakpandai "ANAK CAHAYA MATA , CUCU PENAWAR DUKA"

2 ulasan:

WARIS PAHANG berkata...

Kedua pihak mesti ikhlas, jangan ambil kesempatan untuk mencari kesalahan dan mendedahkan aib orang.

Namun apalah ertinya berdebat, muzakarah atau wacana ilmiah jika awal-awal lagi kita telah jatuh hukum tidak mahu bersatu padu atau menolak perpaduan.

SaKa AdiWangsa berkata...

Wacana ilmiah @ intellectual discourse ni hanya akan jadi arkib semata-mata jika ayah & tok ketua tak duduk berbincang, akan tetapi boleh jadi gak anak tunjuk teladan pada ayah untuk menyambung semula tali penyatuan.