Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Khamis, 17 September 2009

MENJANA SEMANGAT PATRIOTIK MELALUI HARI RAYA.



Semangat patriotik, rasa cita dan sayangkan tanah air juga kampung halaman sangat tersemarak ketika kita merayakan Aidil Fitri. Setiap kali menjelang tibanya hari bahagia ini perasan ingatkan yang membuak-buak dan jiwa meronta-ronta untuk pulang merayakannya bersama-sama senak suadara dan rakan taulan di kampung tercinta.

Setiap perantau pasti akan memastikan mereka berada di masjid kampung masing ketika takbir raya digemakanpagi hari itu. Bagi mereka yang tak dapat pulang pasti air mata kerinduan mengalir tanda begitu patriotiknya mereka disaat itu. Sewajarnya Aidil fikri dijadikan wadah yang umpuh untuk menjana semangat patriotik yang boleh disuburkan melalui amalan berikut:-

1. Amalan balik kampung. Secara semula jadinya setiap orang pasti rindu
dan sayang kepada tanah tumpah darah atau warisan nenek moyang.Ini
masanya mereka tidak melepaskan peluang untuk menjengut.

2. Amalan ziarah, rumah terbuka dan kunjung mengunjungi akan menyuburkan
rasa kasih sayang sekampung, menghormati yang tua, menyayangi yang
muda.

3. Amalan bermaaf-maafan mampu mendorong warga sekampung mewujudkan
satu pasukan yang kuat berlantaskan sikap saling hormat menghormati,
bertolak ansur dan bekerjasama demi kampung yang tercinta.

4. Amalan memberi sedekah dan duit raya akan menyebabkan hubungan antara
yang berkemapuan dengan kurang terjalin dengan suasana harmoni, suci
hati dan bersih jiwa.

5. Di hari raya menjadi kemestian untuk kita mengenalkan pakaian
tradisional seperti baju kebangsaan, baju Melayu, baju kurung kebaya
dan lain-lain mampu menyemarakkan rasa kecintaan kepada budaya warisan
bangsa.

6. Amalan ziarah kubur akan menyebabkan kita saya insaf di mana kita
sekarang dan ke mana kita akan berakhir. Ini juga akan menginsafkan
kita akan perjuangan dan pengorbanan generasi lampau mewariskan tanah
air yang berdaulat ini untuk kita memelihara dan mengisi
melestarikanya.

7. Kuih muih, lauk pauk dan makanan tradisional merupakan sesuatu yang
wajib di hidangkan pada hari raya. Ini semua pasti menaikkan
kesedaran bahawa kita adalah bangsa yang berbudaya, berjati diri dan
punyai indetiti tersendiri mesti disanjungi dan di kagumi.

8. Perhimpunan besar-besaran seluruh warga kampung yang pulang dari
pelbagai pelusuk negara berhimpun di masjid, surau atau tempat-tempat
lapangan bagi menunaikan solat sunat Aidil Fitri, sesungguhnya akan
menyerlah semangat patriotik kepada kampung dan tanah air.

9. Satu amalan yang sering dilakukan di kampung-kampung ialah bertakbir
dari rumah ke rumah pada malam hari raya. Sesungguhnya amalan ini akan
menyeratkan hubungan persuadaraan dan salaturahim antara warga kampung.



Dalam masyarakat kampung yang semakin terdedah kepada usul-usul global ini, hari raya merupakan ruang yang terbaik untuk memupuk dan meyemaikan kembali kasih sayang kepada saudara mara, rakan taulan, cinta kampung halaman dan pastinya semangat patriotik yang amat ditagih ini dapat dijanakan dengan sebaik-baiknya. WANANG SERI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

Peribahasa " HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI"

Tiada ulasan: