Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Khamis, 22 Oktober 2009

MBMMBI JANGAN JADI BAHAN UJIKAJI

Harapan mengunung untuk melihat bahasa Kebangsaan akan dimertabatkan dalam sistem pendidikan negara. Pelaksanaan dasar Memertabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mengantikan PPSMI kini mencetuskan harapan baru untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang BERCAKAP SATU SUARA DAN SATU BAHASA selaras dengan Gagasan 1 Malaysia. Tindakan kerajaan yang ingin mempercepatkan pelaksanaan MBMMBI bermula 2011 ini sangatlah dialu-alukan.

Namun cabaran yang paling besar selain dari penyediaan prarana, kurikulum, buku teks dan tenaga pengajar untuk kedua-dua bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris antaranya ialah :-

i. Membetulkan sikap dan pegangan beberapa pihak yang memesongkan kenyataan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan itu adalah bahasa untuk orang Melayu saja. Inilah pegangan puak-puak cauvinis yang terus mewar-warkan bahawa bahasa Melayu hanya sekadar pada mata pelajaran yang perlu untuk lulus peperiksaan awam sahaja bukannya bahasa untuk pergaulan, pekerjaan, ilmu mahupun perpaduan.

Kalau perlu kerajaan meminda Perlembagaan Negara perkara 152 dari Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan, lakukan jika ianya boleh memperbetulkan persepsi orang Bukan Melayu terhadap bahasa Kebangsaan.

ii.Memastikan semua sekolah dan pusat-pusat pengajian mengunakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar tunggal termasuk di SJK. Ciri-ciri vernakular dalam sistem pendidikan negara mesti dilenyapkan dan digantikan dengan sekolah satu aliran. Kewujudan sekolah-sekolah yang berteraskan perkauman ini telah menyemaikan bibit pemisahan yang semakin membarah.

iii.Memastikan penguasaan bahasa Kebangsaan lisan dan tulisan serta kepujian dalam matapelajaran itu menjadi syarat wajib untuk meraih pekerjaan, biasiswa melanjut pelajaran dan kenaikan pangkat. Selagi kedudukan bahasa Kebangsaan tiada nilai-nilai pasaran selagi itu bahasa Kebangsaan akan terus dipersendakan.

iv Mewujudkan akta-akta tertentu yang mewajidkan setiap individu dan organisasi mematuhi perkara 152 Perlembagaan Negara. Selama ini walaupun Perlembagaan Negara telah memaktubkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tetapi begitu banyak mencabulkan telah dilakukan oleh pelbagai hak sehinggakan status "kebangsaan" tak ada apa-apa maknanya.

v. Kerajaan mesti berani, bertegas dan tidak boleh berkompromi dengan siapa sahaja yang menentang MBMMBI. Kita tak mahu dasar ini menjadi bahan ujikaji yang hanya merosaKkan perkembangan generasi dalam agenda pembinaan bangsa Malaysia yang satu. Kalau kerajaan tidak serius maka pastilah puak-puak yang meremehkan usaha ini akan besar kepala.

vi. Kerajaan dan semua pihak yang berkaitan seperti pentadbir, guru-guru, ibubapa, PIBG dan murid-murid mestilah memperkasakan sekolah-sekolah yang dihadiri oleh ramai orang Melayu dengan pencapaian yang cemerlang serentak dalam Bahasa Kebangsaan dan Inggeris. Kegagalan murud-murid Melayu akan menjadi tempelakan oleh cauvinis-cauvinis ini.

Wanangseri berharap kerajaan tak menoleh kebelakang lagi. Usaha memertabatkan Bahasa Kebangsaan telah dimulakan dato nenek moyang kita terdahulu, derhaka kita kalau tidak meneruskan perjuang ini. Malu kita kepada sarjana-sarjana asing yang ramai mengagumi dan menguasai bahasa Kebangsaan kita.

Bahasa Kebangsaan kita sudah dituturkan di luar alam Melayu, mengapa pula kita menjadi jijik dengan bahasa sendiri. Kepada seluruh rakyat Malaysia "sekali tuan sanggup menerima kerakyatan Malaysia semestinya tuan sanggup menjunjung apa jua keputusan yang telah menyebabkan tuan menjadi rakyat negara ini".

Peribahasa hari ini:BERJALAN SAMPAI KE BATAS, BELAJAR SAMPAI KE PULAU

2 ulasan:

AJK Bahagian berkata...

Assalamualaikum wbt.
Salam 1Malaysia

Berdasarkan pemerhatian semasa pelaksanaan PPSMI dulu.... dasarnya bagus cuma perlaksanaannya timbul banyak persoalan.

Dasar PPSMI dulu dilihat sebagai agenda... bukan sesuatu proses perubahan.

Harap-harap MBMMBI tidak berlaku seperti PPSMI.

Tanpa Nama berkata...

salam..oleh itu...apakah pendekatan terdekat yang boleh dilakukan dalam memastikan pembangunana negara mampu mencapai status negara maju dalam masa terdekat ini sebelum mencapai wawasan 2020??dan apakah bahasa yang perlu dijadikan bahasa untuk meniti kemajuan..bahasa apakah yang mampu digunakan?sama ada bm atau bi..guna bahsa sendiri atau bahsa org asing?