Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Rabu, 26 November 2008

KEKEBALAN RAJA-RAJA MELAYU DIPULIHKAN!!!

Tunku Naquiyuddin Pemangku Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang mengesa "Kekebalan Raja-Raja Melayu" dipulihkan. Sebelum itu YB Leong Ngah Ngah ADUN Triang pula mendakwa kepada krisis perlembagaan 1990an yang membawa kepada pemansuhan kekebalan Raja-raja Melayu adalah bukti UMNO yang tidak menghormati raja bukannya DAP atau lain-lain pihak.



Persolannya mengapa ianya ini dibangkitkan semula pada masa kini setelah 15 tahun berlalu ? Mungkinkah kerana Melayu sudah terlalu lemah, kepimpinan Melayu sudah terlalu daif untuk lagi mempertahankan maruahnya atau orang sudah hilang keyakinan untuk bertuankan Melayu ???

Keutuhan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara tetap merupakan nadi dalam menentukan hidup matinya Melayu sebagai kelompok teras masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Namun ini pun sudah mula goyah oleh orang-orang yang dahulunya tak punya apa-apa tapi kini Melayu pula yang merenggit minta dikasihani.

"Kekebalan Raja-raja Melayu" terpaksa dicabut melalui pindaan perlembagaan 1992 dengan alasan yang sangat mulia dan mendapat sokongan semua pihak termasuk parti PAS dan DAP. Ia bertujuan memastikan kedaulatan Institusi Raja-Raja itu terus kekal terpelihara dan dihormati kerana Institusi Raja-Raja inilah yang merupakan tali hayat kepaada ketuanan dan kekuasaan Melayu di bumi warisan ini.

Sebagai manusia, kita sudah pasti Raja-raja Melayu juga tidak maksum dari melakukan kesalahan kecil dan besar. Namun lantaran kekebalan Raja-Raja Melayu yang mengatasi segala undang-undang telah menyebabkan tiada apa-apa tindakan atau teguran boleh dilakukan walaupun baginda melakukan jenayah atau menzalami rakyat jelata.

Kes Douglas Gomes dengan istana Johor umpamanya adalah satu dari pelbagai perlakuan penganiayaan rakyat serta penyalahgunaan kuasa raja yang bercanggah dengan semangat perlembagaan Malaysia yang berasaskan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Pemansuhan kekebalan raja-raja yang diikuti dengan pengenalan Kod Etika raja-raja serta penwujudan mahkamah khas oleh Majlis Raja-raja sendiri untuk mebicarakan dakwaan terhadap salahlaku istana bukanlah satu penginaan kepada kemuliaan Raja-raja Melayu tetapi lebih kepada usaha untuk menegur tindaklaku raja secara yang bersopan dan beradab.

Mematik ucapan Tuanku Tun Azlan Shah bertajuk Takhta Dikekal Dengan Kehendak Rakyat di majlis penganugerahan Doktor kehormat Undang-undang oleh USM 1983 yang ketika itu menjawat Ketua Hakim Negara menyatakan "Di Malaysia tahta akan terus dikekalkan selagi perlembagaan tidak dipinda. Dan perlembagaan tidak akan dipinda selagi rakyat masih taat setia kepada Raja. Rakyat akan terus memberi taat setia selagi mereka dapat berteduh di bawah payung takhta"


Telah kita maklumi bahawa setiap orang berkuasa- Raja atau Presiden di seluruh dunia menjadi rapuh takhta dan kuasanya akibat tidak mengunakan keadilan dan perikemanusian kepada rakyat jelata mereka. Sudah banyak tahta raja yang kini hanya disimpan di muzium setara dunia dan ini pastinya tidak mahu terjadi kepada Raja-raja Melayu.


Justeru, tindakan kerajaan BN yang diketuai UMNO menghapuskan kekebalan raja-raja bukanlah satu tindakan derhaka tapi satu usaha memastikan institusi Raja-raja terus terpelihara sebagai payong pelindung rakyat jelata. UMNO telah mengembalikan kemuliaan Insitusi Raja-Raja ketika Malayan Union dan pastinya UMNO akan terus mempertahankannya sampai bila-bila.


UMNO terpaksa menjadi bahulu yang dihempit api atas dan bawah. Golongan seperti DAP dan geng-gengnya terus menuduh UMNO pertualang kepada siri-siri pencabulan Kedaulatan Raja-raja dan Perlembagaan Negara sedang mereka pula lepas tangan terhadap segala penghinaan yang mereka cetuskan terhadap Melayu selama ini. Manakan PKR dan PAS hanya akur dengan
kehendak DAP saja.


Oleh itu setiap Orang Melayu dan kira Raja atau rakyat jelata harus mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu dan perlembagaan negara tanpa perlu menoleh kebelakang lagi dengan memastikan pemansuhan kekebalan Raja-raja Melayu terus dikekalkan demi survavil Raja dan Melayu itu sendiri..

Hari ini kita jarang mendengar adanya raja-raja atau kerabatnya yang menzalimi rakyat jelata . Maknanya tindakan memansuhkan kekebalan Raja-raja adalah adalah tepat dan betul. Natijahnya orang Melayu cukup sayang kepada institusi raja-raja sebagai tonggak "KESETIAAN RAKYAT" sebagai payong negara tercinta.


Wanangseri ingin mengajak untuk kita sama-sama menghayati hadis Junjungan Besar kita
" JIKA ANAKKU FATIMAH MENCURI NESCAYA AKAN AKU POTONG TANGANNYA " Ertinya tiada kekebalan pada sesiapapun dalam Islam.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Bom jangka utk Che Det? Bukan dia yang cabut kekebelan raja? Sudah terbalik kot ni....

Tanpa Nama berkata...

Wajar kekebalan raja ditarik balik, sbb tak nak kena saman je baru nak timbul soal kebal..ingat rakyat zaman netizen ni tak tau menilai ke? Cube kaji plak sape yg buat raja tak kebal?
Puak2 kerabat ni pun dok sebat duit cina , satu malaya rakyat tau!! Tggu masa je nak jadikan Malaysia Republik!!!

Tanpa Nama berkata...

Wuihhhh, hebatlah Mr.Presiden Republik Malaysia di atas ni. Kekebalan raja hanya akan boleh dihakis kalau atas persetujuan rakyat melalui Wakil-wakil Rakyat untuk mengubah perlembagaan yang berkaitan dengannya. Sebab itu, dulu di zaman Tun Mahathir selaku PM pernah dipinda perlembagaan untuk memperkemaskan konsep 'kekebalan raja' supaya 'kebal' tidak bererti boleh melakukan segala-galanya. Sebab itu saya sangat bersetuju dengan tulisan pemilik blog ini yang menyatakan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan bahawa 'Kalaulah anakku Fatimah mencuri, nescaya akan ku potong tangannya'. Ini menggambarkan bahawa puteri kesayangan Rasulullah sendiri pun tidak memiliki kekebalan yang hakiki. So, Mr.Presiden, janganlah saudara menuduh di ruangan ini tanpa bukti yang kukuh. Kalau hanya sekadar mendakwa bahawa 'semua orang tahu', masih belum cukup untuk dijadikan bukti sekiranya Mr.Presiden didakwa di mahkamah oleh mana-mana kerabat raja yang saudara maksudkan di dalam tulisan saudara di atas. Becareful!!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.