Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Selasa, 2 Disember 2008

SOKONG: HANYA SEKOLAH ALIRAN KEBANGSAAN

Tahniah Mukhriz kerana telah membuat cadangan tepat dan berani. Perjuangan untuk melaksanakan hanya satu sistem pendidikan kebangsaan mengunakan Bahasa Kebangsaan ( Bahasa Melayu) merupakan cita-cita Allahyarham Tun Abdul Razak yang telah dibantut oleh kegharaihan kita bertolak ansur demi menjaga hati rakan-rakan dari kaum bukan Melayu.
Namun Orang Melayu terlalu baik untuk tidak melukakan hati rakan-rakan sedangkan rakan-rakan langsung tidak pernah menghormati yang telah dipersetujui. Orang Melayu telah merelakan Sekolah Melayu dihapuskan dan kini sudah tiada lagi perkataan Sekolah Melayu dan sistem pendidikan kita. Akan tetapi kita masih dapat terus melihat Sekolah Cina ( SRJK Cina) dan Sekolah India ( SRJK Tamil ) wujudlah negara ini.
Justeru, cadangan Mukhriz perlu disokong tanpa apa-apa prajudis kerana :-
i. Ia adalah langkah yang tepat untuk melahirkan satu Bangsa Malaysia yang mempunyai semangat kekitaan dan kesepunyaan bahawa Malaysia adalah satu-satu negara kita. Melalui iltizam bergerak dengan 1 hati, 1 rasa , 1 cita-cita dan 1 matlamat sebagai warganegara marilah kita mengunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan penyatuan Bangsa Malaysia yang diidam-idamkan.
ii. Merupakan langkah terbaik bagi merealisasi dan menterjemahkan Artikel 152 Perlembagaan Negara "Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan" dalam amalan sebenar rakyat Malaysia . Wajar sekali Bahasa Melayu dimartabatkan kembali sebagai bahasa pengantar tunggal dalam semua tahap pendidikan dan matapelajaran bahasa Ibunda seperti Tamil dan Manderin bolehlah terus sebagai satu subjek yang di ajar.
iii. Penyatuan dan perpaduan kaum mesti diterapkan sejak zaman kanak-kanak, tadika dan sekolah rendah lagi. Kewujudan sekolah rendah berasaskan kaum hanya akan merumitkan usaha penyatuan dan perpaduan yang cuba diusahakan di sekolah menengah dan pengajian tinggi. Sistem persekolahan dengan satu aliran kebangsaan sejak awal-awal lagi dilihat mampu menyemaikan rasa kasih sayang sebagai bangsa Malaysia secara yang lebih membumi lagi.
iv. Sekolah Melayu sudah tiada lagi dalam sistem pendidikan hari ini. Namun sekolah Verdakular Cina dan Tamil yang diwarisi sejak zaman penjajah terus terpelihara. Ini hanya menyebabkan masalah polarisasi kaum terus subur di negara ini kerana anak-anak Malaysia tidak disatukan dengan bahasa kebangsaan yang sepatut menjadi alat penyatuan kebangsaan Malaysia. Jika ini tidak dibetulkan maka usaha untuk melahirkan bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu-padu akan tinggal mimpi sahaja.
v. Malaysia diantara salah satu negara yang ketinggalan kerana hampir semua negara di dunia ini mengamalkan hanya satu aliran dalam sistem pelajaran mereka. Ini termasuklah Singapura yang tidak membenarkan sekolah aliran China atau Tamil walaupun orang Cina merupakan penduduk majoriti di sana.
vi. Sebagai usaha yang ampuh untuk memperkasa sekolah aliran kebangsaan kerana rakyat sudah tiada pilihan kecuali kembali bersekolah di sekolah aliran kebangsaan dan sekali gus menyelesaikan tuntutan SRJK(C) dan SRJK(T) yang sering meminta bantuan kerajaan kerana taraf sekolah ini sudah bertaraf sekolah Kebangsaan yang layak mendapat bantuan penuh berbanding dengan sekolah-sekolah ini dahulunya ada yang hanya merupakan sekolah bantuan modal sahaja.
Wanangseri masih ingat lagu-lagu yang sering berkumandang di Radio Malaya ( Malaysia) yang mengajak rakyat menggunakan bahasa kebangsaan. "BAHASA JIWA BANGSA" rakyat yang melupakan bahasanya sudah pasti hilang jiwanya. Bahasa bagi Rakyat Malaysia ialah Bahasa Malaysia ( Melayu ). Maka tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia hari ini sudah tidak berjiwa Malaysia kerana Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu) telah diturunkan martabat sama seperti bahasa ibunda dan suku-suku kaum sahaja.

6 ulasan:

Anti-Mahathir berkata...

Ni satu lg cadangan lapok lagi bangang dr UMNO...dulu kan dah wat kalau tak, mana wujud Penyata Razak, UMNO+BN mmg punah rakyat dah lama, betul2 pejuang rakyat zaman Tun Razak, zaman Najib Altantuya lg hancor!! Bersedialah gali lubang kubor sendiri!!!!

Presiden Republik Malaysia berkata...

PR dah lama perjuangkan, ni idea muflis bankrapsi. Tak menang nyer mukhriz al botaki, tak kuat tabor kalah!

Suara Adiwangsa berkata...

Tuan, ni cara mukhriz nak naikkan populisnye, tp its a good trial. Revisited Penyata Razak la bila DS Najib naik. Anyway gud write up!

Tanpa Nama berkata...

Penyata Razak memang dah sarankan sekolah satu kaum.. so, saranan Mukriz tu bagus untuk sedarkan kita akan hasrat Tun razak dulu untuk kebaikan kita semua.. Orang yang tak setuju memang akan cari setiap inci kesalahan orang lain.. tu namanya cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar..nak buat benda baik dia kata jahat, kalau buat jahat kang lagi la dia kata bengong.. so, biar je manusia macam tu..

Tanpa Nama berkata...

Dari satu sudut pandang, saya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Mukhriz. Mungkin ia bukan bermaksud untuk meraih sokongan bagi perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno. Tetapi sebagai satu 'testing' kepada rakan-rakan bukan Melayu yang ada dalam BN. Rupa-rupanya, mereka sangat sensitif dengan isu yang dinyatakan oleh Mukhriz. Kalau begitulah keadaannya, ia bererti bahawa, kalau mereka boleh berasa terguris, maka demikian juga orang Melayu. Sudah berapa banyak kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh bukan Melayu terhadap perkara-perkara yang menyinggung dan menghiris hati orang Melayu? Baru-baru ini saja Ketua Wanita Gerakan, Timbalan Presiden MCA, Ketua Wanita MCA, Presieen PPP, dan kepimpinan DAP tanpa segan silu mengungkit perkara-perkara sensitif berkaitan orang Melayu. Kalau mereka berasa terhiris, orang Melayu pun turut terhiris. Kita sama-sama ada hati dan perasaan. Oleh itu, tak usahlah diungkit perkara-perkara sensitif berkaitan kaum. Bagi saya, lontaran bola api dari Mukhriz mungkin dapat menyedarkan mereka. Ia adalah satu pengajaran!

AJK Umno Lipis

AJK UMNO Bahagian berkata...

Kepada Anti-Mahathir.... mulut tu jangan celupar sangat.... ingatlah bila anda (mesti orang PAS) berbaik dengan DAP dan PKR tu dapat laksana islam di Malaysia? jangan mimpilah....

Kepada orang PAS baik tukar saja title bangsa anda kepada apa-apa saja nama bangsa lain selain dari melayu atau ciptalah nama bangsa lain agar dapat diwujudkan satu identiti orang PAS.

Anda nampaknya macam jijik mengaku bangsa melayu.... sebab UMNO itu MELAYU dan MELAYU itu ISLAM....