
Sebagai anak Pahang, Wanangseri sangat gembira bila Dato Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi mengumumkan kampus tetap Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan dibina di Pahang dalam Rancangan Malaysia ke 10 ini. Menurut Tok fuddin perbincangan dengan kerajaan Pahang sedang dilakukan untuk mengenalpasti tapak yang sesuai
Tok Nan telah memberi respon segera bahawa kerajaan Pahang sedang mengenalpasti beberapa lokasi strategik termasuk di lapang sasar TUDM Penor sebagai kampus kekal UPNM.
Namun kenyataan Dato Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi yang menapikan hasrat itu telah menyebabkan orang Pahang rasa seperti dipermain-mainkan. Macam mana orang nombor 1 dan 2 dalam kementeriaan sama boleh mengeluarkan kenyataan yang bercanggah? Seorang kata "go head RMK 10" seorang lagi kata " will have to wait"
Itulah nasib orang Pahang sering tidak dipedulikan lantaran sikapnya yang tidak mengada-mengadakan atau tidak meminta-minta (Bersyukur dengan apa yang diberi dan reda dengan apa yang dinapi).
Sebagai pendokong kuat BN, Pahang sering dilihatkan sebagai negeri yang baik dan tidak bermasalah maka ianya bolehlah dikesampingkan dahulu. Tumpuan mesti diberikan kepada negeri yang nakal dan beragam seperti Kelantan, Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang ataupun Terengganu.
Dahulu Pahang dah terlepas UIAM yang mulanya hendak dibina Janda Baik atau Bukit Tinggi. Alih-alih pindah di Gombak, sebelah Janda Baik dan Bukit Tinggi aje. Bila keluar Pahang masuk tol Gombak sayunya hati melihat kampus UIAM yang sepatutnya berada di negeriku Darul Makmur.
Kadang-kadang terfikir juga, untungnya orang Kelantan yang menolak BN tapi mereka banyak dapat yang mereka mau. Di Kelantan ada UMK sebagai hadiah kerana tak sokong BN agaknya. Terengganu nasib baik pernah kalah dapat UDM dan UMT. Pahang dapat juga UMP hasil "convert" dari kolej univesiti.
Wanangseri nak menyeru orang Pahang mari bersama-sama kepimpinan negeri Pahang, Tok Nan, Tok fuddin dan lain-lain meminta PM pastikan UPNM dibina Pahang. Cukuplah kita dipersenda-senda oleh saudara-saudara kita di Kelantan sebagai hanya kuat gendang tapi kosong belaka. Pahang adalah benting kekuatan BN, Pahang adalah anak kandung bukan anak angkat atau anak tiri.
PERIBAHASA "YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDUNG KECICIRAN"