Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Isnin, 28 September 2009

UPNM : PAHANG MELEPAS LAGI ?


Sebagai anak Pahang, Wanangseri sangat gembira bila Dato Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi mengumumkan kampus tetap Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan dibina di Pahang dalam Rancangan Malaysia ke 10 ini. Menurut Tok fuddin perbincangan dengan kerajaan Pahang sedang dilakukan untuk mengenalpasti tapak yang sesuai

Tok Nan telah memberi respon segera bahawa kerajaan Pahang sedang mengenalpasti beberapa lokasi strategik termasuk di lapang sasar TUDM Penor sebagai kampus kekal UPNM.

Namun kenyataan Dato Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi yang menapikan hasrat itu telah menyebabkan orang Pahang rasa seperti dipermain-mainkan. Macam mana orang nombor 1 dan 2 dalam kementeriaan sama boleh mengeluarkan kenyataan yang bercanggah? Seorang kata "go head RMK 10" seorang lagi kata " will have to wait"

Itulah nasib orang Pahang sering tidak dipedulikan lantaran sikapnya yang tidak mengada-mengadakan atau tidak meminta-minta (Bersyukur dengan apa yang diberi dan reda dengan apa yang dinapi).

Sebagai pendokong kuat BN, Pahang sering dilihatkan sebagai negeri yang baik dan tidak bermasalah maka ianya bolehlah dikesampingkan dahulu. Tumpuan mesti diberikan kepada negeri yang nakal dan beragam seperti Kelantan, Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang ataupun Terengganu.

Dahulu Pahang dah terlepas UIAM yang mulanya hendak dibina Janda Baik atau Bukit Tinggi. Alih-alih pindah di Gombak, sebelah Janda Baik dan Bukit Tinggi aje. Bila keluar Pahang masuk tol Gombak sayunya hati melihat kampus UIAM yang sepatutnya berada di negeriku Darul Makmur.

Kadang-kadang terfikir juga, untungnya orang Kelantan yang menolak BN tapi mereka banyak dapat yang mereka mau. Di Kelantan ada UMK sebagai hadiah kerana tak sokong BN agaknya. Terengganu nasib baik pernah kalah dapat UDM dan UMT. Pahang dapat juga UMP hasil "convert" dari kolej univesiti.

Wanangseri nak menyeru orang Pahang mari bersama-sama kepimpinan negeri Pahang, Tok Nan, Tok fuddin dan lain-lain meminta PM pastikan UPNM dibina Pahang. Cukuplah kita dipersenda-senda oleh saudara-saudara kita di Kelantan sebagai hanya kuat gendang tapi kosong belaka. Pahang adalah benting kekuatan BN, Pahang adalah anak kandung bukan anak angkat atau anak tiri.

PERIBAHASA "YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDUNG KECICIRAN"

7 ulasan:

Tak Suka Melepas berkata...

Memang orang Pahang baik hati dan tak reti. Banyak tanah dah terlepas di kepada 03, yang berjual niaga di kampung dan pekan2 kecil sampailah ke bandar besar orang dari sana juga. JENGKA dan DARA tak lama mati di Pahang. KESEDAR terus megah di Kelantan, KEJORA terus gah di Johor, KETENGAH gagah di Terengganu. Dekat FELDA di Pahang di penuhi oleh dialek-dialek berbau budu, belacang P. pinang, pecal jawa , singgang Terengganu, Tempoyak Perak, Laksa Johor, Cencalok Melaka, Petai Kedah dan lain-lain. Tok 4 pun orang Pahang rela bagi pada orang-orang luar. Begitulah bertolak ansurnya orang Pahang. Lama-lama kena tolak beransur dan melepaslah semua.

Tak Suka Melepas berkata...

Memang orang Pahang baik hati dan tak reti. Banyak tanah dah terlepas di kepada 03, yang berjual niaga di kampung dan pekan2 kecil sampailah ke bandar besar orang dari sana juga. JENGKA dan DARA tak lama mati di Pahang. KESEDAR terus megah di Kelantan, KEJORA terus gah di Johor, KETENGAH gagah di Terengganu. Dekat FELDA di Pahang di penuhi oleh dialek-dialek berbau budu, belacang P. pinang, pecal jawa , singgang Terengganu, Tempoyak Perak, Laksa Johor, Cencalok Melaka, Petai Kedah dan lain-lain. Tok 4 pun orang Pahang rela bagi pada orang-orang luar. Begitulah bertolak ansurnya orang Pahang. Lama-lama kena tolak beransur dan melepaslah semua.

Warisan berkata...

Assalamualaikum wbt
Salam 1Malaysia

Kalau benarlah seperti yang dikata... orang Pahang memang selalu begitu??...

asyik melepas aje... lihatlah filem Seri Mersing, UIAM, harapkan PM... UMNO terakhir???... MB... entahlah,... LPT bermasalah... buat FELDA seperti menyusu anak kera... hasil balak???? .... ada bukit... (BF, CH, GH dan BH) orang punya..

Pahang... Pahang

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya UPNM dipindahkan ke kampus tetap di Penur. Jangan lepaskan kampus kota di KL. Lihat UTM dan UIAM ada kampus kota di Jln Semarak KL dan kampus cawangan di Indera Mahkota, Pahang masing-masing.

InginUPNMdekatdgnKL berkata...

Cadangan saya untuk lokasi UPNM ialah di Janda Baik atau Bukit Tinggi kerana lokasi itu pernah dicadangkan untuk kampus tetap UIAM. Alasan saya ialah lokasi itu tidak jauh dari KL. Rebutlah peluang dan banyak kemudahan tentera di KL seperti Kem Sg. Besi, Lapangan Terbang Sungai Besi

AJK Bahagian berkata...

Assalamualaikum wbt
Salam 1Malaysia

Cakap berdolak dalik Menteri Pengajian Tinggi (MPT) adalah tidak berhemah, berfikiran waras dan tidak menghormati Timbalannya dan lebih-lebih lagi YAB Perdana Menteri selaku anak Pahang.

Wahai YB MPT cubalah berfikiran matang sedikit...

Tanpa Nama berkata...

bodoh kalid nordin ni,mcm mana najib tak tendang dia dari kabinet pun agak menghairankan....owh ya...najib pun orang pahang....