Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Selasa, 20 Oktober 2009

BAHASA KEBANGSAAN SEKADAR DI PINGGIRAN

Dah lebih 60 tahun Bahasa Melayu dimaktubkan sebagai Bahasa Kebangsaan oleh Perlembangaan Negara. Namun "tak ada maknanya" kerana hingga kini Bahasa Melayu masih terkial-kial mencari pengiktarafan yang setaraf dengan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Utama Negara, Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan.

Keadaan semakin celaru, pejuangan para pencinta bahasa Melayu dipandang sepi umpama pengemis di negeri sendiri.Para pelampau seperti Dong Jiao Zong terus mempertahankan pengunaan bahasa Ibunda sebagai pengantar di SJK dengan menjadikan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pinggiran sahaja.

Pemimpin politik terkunci mulut demi survavil politik parti masing-masing yang ingin terus meraih sokongan pengundi pelbagai kaum. Kerajaan pula dah tak boleh buat apa-apa lagi selain hanya sekadar mengisyiharkan bulan Oktober adalah Bulan Bahasa Kebangsaan pada setiap tahun.

Menepati janji PM bahawa gagasan 1 Malaysia mesti berteraskan perlembagaan Negara dan Rukunegara, maka usaha mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa resmi untuk yang digunakan secara betul oleh seluruh rakyat 1 Malaysia mestilah menjadi agenda terpenting kepimpinan Umno sekarang.

Jangan nanti 1 Malaysia menjadi alasan terbaik bagi kelompok-kelompok pelampau kaum ini untuk membuat tuntutan melampau meletakkan bahasa ibunda masing-masing adalah setaraf dengan bahasa Kebangsaan atau lebih rendah dari itu. Kerajaan mesti bertegas dan tidak boleh ditolak lagi dalam soal mendaulatkan bahasa Kebangsaan ini kerana hakikat ianya sedang ditolak beransur-ansur. Justeru beberapa langkah berani perlu disegerakan.

1.Mewujudkan Sekolah 1 Malaysia dengan satu aliran bahasa pengantarnya hanya bahasa Kebangsaan. Bahasa-bahasa ibunda dijadikan matapelajaran yang ditawarkan untuk semua pelajar yang berminat. Sistem persekolahan berasaskan vernakular mesti dilenyapkan.

2.Menjadikan kepujian matapelajaran bahasa Kebangsaan sebagai syarat wajib layak mendapatkan sijil di semua peringkat peperiksaan awam.

3.Menjadikan kepujian dalam mata pelajaran bahasa Kebangsaan sebagai syarat wajib bukan sahaja untuk masuk IPTA tetapi juga meliputi IPTS.

4.Menjadikan kepujian dalam bahasa Kebangsaan sebagai syarat wajib untuk bekerja di sektor awam termasuk perubatan dan sektor kritikal yang lain tanpa pengecualian.

5.Setiap pemohon menjadi warganegara Malaysia mesti lulus ujian penguasaan bahasa Kebangsaan yang dijalankan badan-badan yang diiktiraf oleh kerajaan.

6.Mempercepatkan kelulusan pindaan akta yang memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menghukum sektor awam dan swasta yang gagal mengunakan bahasa kebangsaan dalam urusan resmi dan yang melibatkan urusan dengan orang ramai.

7.Memberi kuasa kepada DBP , menutup, mendenda dan menurun papan-papan tanda, iklan , premis dan sebagainya yang gagal menguna,mengutamakan atau tersalah sruktur dan ejaan bahasa Kebangsaan.

8.Menjadikan kempen pengunaan Bahasa Kebangsaan secara berterusan dan tidak terhad sebagai akvitivi bermusim seperti sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan sahaja.

9.Menjadi penguasaan bahasa Kebangsaan sama ada tulisan dan pertuturan kepada pegawai kanan kerajaan dan wakil-wakil sebagai PKI sebelum layak dipertimbangkan ke jawatan yang lebih tinggi.

10.Kegiatan-kegiatan yang merangsang penguasaan bahasa Kebangsaan seperti pertandingan debat, syarahan, berbalas pantun, memberi puisi hendaklah digalakkan dan disiarkan dalam media elektronik secara langsung seperti yang pernah dilakukan dahulu.

11. Menjadikan kebolehan penguasai bahasa Kebangsaan sebagai syarat wajid untuk penawaran biasiswa atau tajaan pengajian, latihan, seminar , kursus dan lawatan di dalam dan luar negara oleh agensi atau GLC.

12. Memberikan biasiswa, anugerah, hadiah dan gelaran yang berprestij kepada
penjuang bahasa, tokoh sastera, tokoh akademik, penterjemah yang mengharumkan negara sama ada di kebangsaan atau antarabangsa.

13.Media seperti radio, TV, cetak dan media baru mestilah berperanan secara tegar dalam memupuk semangat cinta dan suka menggunakan bahasa Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Wanangsari amat berharap kerajaan bersungguh-sungguh dalam merealisasikan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Kalau tidak selamanyalah ia akan dipermainkan dan Perlembagaan Negara sebagai undang-undang tertinggi tidak akan dihormati. Sikap kerajaan yang terlalu memberi muka kepada mereka ini seperti membiarkan telunjuk terus mencucuk mata, beri betis mereka hendakkan paha dan beri mereka susu dibalasnya tuba.

Peribahasa hari ini" ORANG MALING BERTERIAK MALING"

2 ulasan:

AJK Bahagian berkata...

Assalamualaikum wbt.
Salam 1Malaysia

Tepat sekali apa yang diperkatakan dan telah dijelaskan oleh peribahasa melayu.... "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"....

Apa taknya.... kejar PPSMI tak kesampaian,,,, BM yang sekian lama dikendong tak juga dimartabatkan.

Itukah nasib Bahasa Melayu?.... ada segelintir bangsa melayu sudah tak mengaku sebagai bangsa melayu lagi... katanya tak penting.... yang penting islea...

Bangsa Melayu asyik sibuk berpolitik.... berbalah sama sendiri.... entahlah?

Siapa lagi nak perjuangkan bahasa melayu? Masih adakah masa depannya?

WANANG SARI berkata...

Hanya orang Melayu yang berani dapat perjuangkannya. Melayu yang dah layu KEMELAYUANNYA tidak dapat disandarkan harapan. Salam