Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Khamis, 29 Januari 2009

BUBAR SAYAP = BUNUH UMNO

Cadangan Tengku Rithauddeen supaya sayap-sayap UMNO dibuburkan tidak munasabah langsung. Ia tidak berupaya mengukuhkan UMNO tetapi kalau nak lihat UMNO itu terus lenyap itu mungkin boleh !!. Ku deen mungkin terlupa Putera UMNO bukan sayap ianya dalan berstatus biro dalam Pemuda saja, jadi tak payahlah ianya disentuh.

Selama ini tiada siapa dapat menapikan kewujudan sayap-sayap UMNO seperti Pemuda dan Puteri serta Wanita telah memberi sumbangan yang besar terhadap kelangsungan UMNO sebagai parti yang menjadi teras pemerintahan negara. Justeru masalah yang dihadapi oleh UMNO hari ini tidak seharusnya dihukum kepada sayap-sayap dari kelompok 0rang-orang muda sahaja tetapi harus dipukul sama oleh UMNO induk juga.

Tujuan diwujudkan sayap pemuda dan puteri adalah sebagai langkah UMNO menyediakan BARISAN PIMPINAN PELAPIS. Sayangnya orang-orang muda ini tidak bertindak sebagai sebagai PEMINPIN PELAPIS tapi mereka lebih suka berperanan sebagai PERSAING atau menjadi PEMINPIN ALTRENATIF kepada kepimpinan UMNO induk (Orang Dewasa)

Justeru, berlakulah perebutan yang sengit dan terbuka kepada siapa saja ahli UMNO untuk menduduki jawatan tertinggi parti yang dijadikan batu loncatan untuk jawatan utama seperti Menteri, Timbalan Menteri , Senator,YB, CEO atau pengerusi mana-mana badan berprestij.

Soal umur, senioriti dan "track rekod "dalam parti seseorang sudah tidak begitu penting lagi. Ini semua boleh mendorong orang-orang mengunakan apa-apa termasuk perkara-perkara yang tidak bermaruah termasuk politik wang untuk meraih jawatan dalam parti.

Wanangseri berpendapat :-

1. Pembubaran sayap-sayap khasnya pemuda dan puteri tidak dapat menyelamatkan parti sebaliknya akan lebih cepat menguburkan parti kerana penapian terhadap peranan orang muda di dalam UMNO hanya menyebabkan mereka berpindah ke parti-parti lain yang menjadi beban kepada UMNO pula.

2. Orang Muda mesti kembali ke peranan asal iaitu sebagai pendesak dan sebagai faktor pengawasan ( check and balance) kepada kepimpinan UMNO dewasa. Mungkin boleh dipertimbangkan tiada jawatan menteri dan lain jawatan tertinggi diberikan pemuda dan puteri seperti yang pernah diamalkan dahulu.

3. Faktor umur, senioriti dan trek rekod perkhidmatan dalam parti hendak dijadikan kriteria utama dalam pemilihan calon wakil rakyat dan lain-lain yang utama.

4. Konsep Pemuda dan Puteri sebagai Pemimpin Pelapis hendaklah direalisasikan dengan memberi latihan kepimpinan melalui jawatan Setiausaha Politik dan pegawai-pegawai kepada Menteri/wakil-wakil rakyat tanpa bersaing dengan pimpinan dewasa bagi jawatan yang lebih tinggi.

5. Kursus kursus kesedaran, pemuda pemudi tahan lasak dan program berkaderan perlu dipertingkatkan untuk membanyakkan orang-orang muda menyertai UMNO parti bukannya menutup ruang untuk mereka bergiat dengan UMNO.

Cadangan ini semata-mata untuk menyediakan sayap-sayap pemuda dan puteri sebagai pelapis kepimpinan UMNO bukannya sebagai persaingan yang menyebabkan sayap-sayap merasakan mereka setaraf dengan UMNO INDUK (dewasa). Wanangseri cuba memahami akani bidalan ini "BELUM DUDUK SUDAH BERLUNJUR" salam.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Salam..
sy berminat utk berkongsi link di bawah ini....mengenai bekas ketua puteri umno bayan baru yg tak bermaruah utk di jadikan pengajaran...Nauzubillah..
http://hangtuah422.blogspot.com/