Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Isnin, 9 Februari 2009

AMPUN TUANKU!! UMNO BERALAH : PR BERBALAH ?

Kes seperti yang berlaku di Perak sekarang bukanlah perkara baru. Ianya telah beberapa kali berlaku dan UMNO sebagai pihak yang sentiasa terlibat mengambil pendekatan beralah bukannya berbalah dengan raja atau sultan demi sebuah negara dan negeri aman dan berdaulat.

Kes pertama:Tan Sri Haji Mohd Ghazali bin Haji Jawi dengan Sultan Perak pada tahun 1974. Walaupun Ghazali Jawi bertegas untuk terus menjadi MB tetapi hanya bertahan seketika saja kerana akhirya ia mengalahkan kepada titah Sultan Idris (Sultan Perak ketika itu). Ini dilakukan bukan kerana tindakan UMNO dan Ghazali Jawi itu bersalahan dengan peruntukan Perlembagaan Negeri Perak dan Perlembagaan Negara tetapi kerana menjunjung kasih atas kedaulatan Institusi Raja-raja dan tidak tergamak menderhaka kepada payong negeri.

Kes Kedua : Melibatkan Sultan Pahang yang menolak perlantikan Tuan Hj (Dato) Abdul Rahim Bakar sebagai Menteri Besar Pahang. UMNO dan Rahim Bakar akhirnya akur untuk berundur demi menjunjung titah tuanku sultan sedangkan ketika Rahim Bakar mendapat sokongan tertinggi di DUN Pahang.

Kes Ketiga : Mengenai perlantikan Menteri Besar Perlis selepas pilihanraya baru-baru ini. Walaupun UMNO telah membuat keputusan bagi melantik semula Dato Sri Shahidan Kassim sebagai MB. Namun kerana menghormati kemahuan Tuanku Raja Perlis dan ditambah pula Shahidan tidak lagi mendapat sokongan majoriti DUN Perlis akhirnya Dato Dr Muhamad Isa Sabu dipersetujui menjadi MB Perlis yang baru.

Kes Keempat : Ialah krisis politik Terengganu juga berlaku selepas pilihanraya ke 12 lalu. Walaupun Dato Sri Idris Jusuh memperolehi sokongan terbesar dikalangan ahli DUN Negeri dan juga sudah menamakan oleh Prasiden UMNO sebagai MB Terengganu. Akhirnya tanpa mengangkat sembah derhaka, Idris Jusuh merestui pelantikan Dato Ahmad Said sebagai pengantinya.

Moral daripada kes-kes ini: kita dapati bahawa UMNO sentiasa akur dengan permintaan raja dalam isu perlantikan Menteri Besar ini. UMNO tidak angkuh untuk mendakwa merekalah yang benar dan raja mesti patuh walaupun perlembagaan mungkin boleh ditafsirkan bahawa UMNO pada ketika itu yang lebih berkuasa untuk menentukan kedudukan seorang Menteri Besar berbanding kuasa raja yang dikatakan mesti bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau Menteri Besar.

Sebaliknya, pembangkang terus berkeras untuk terus berbalah dengan raja dan sultan semata-mata untuk menegakkan bahawa merekalah yang benar. Pembangkang lebih rela negara ini kucar-kacir, orang Melayu dan Raja-raja dicaci hina dengan menyemarakkan sembah "PATIK MOHON DERHAKA"

Wanangseri " MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU" negeri tidak aman bagai PADANG JARAK PADANG TERKUKUR!!"

Tiada ulasan: