Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Isnin, 7 September 2009

FELDA HALANG PEMBANGUNAN KAMPUNG TRADISI


Tidak dinafikan FELDA adalah satu program kerajaan yang amat berjaya dalam mengatasi kelaparan tanah yang tinggi khususnya dikalangan orang Melayu dan tidak ketinggalan ada juga bukan Melayu. Kewujudan FELDA telah melahirkan satu kelompok masyarakat baru yang dikenali sebagai peneroka yang lebih tersusun dan berada saing. Hanya orang buta hati dan tuli saja yang tidak dapat melihat dan mengakui kejayaan yang berlaku kepda masyarakat FELDA berbanding dengan rakan-rakan mereka di kampung-kampung tradisional.

Namun kejayaan FELDA sewajarnya dikongsi bersama dengan masyarakat kampung tradisi yang terletak berhampiran. Janganlah kehebatan FELDA sekadar menjadi tontonan rakan-rakan kampung tradisi yang melihat dengan rasa iris dan terpinggir. Setiap tahun khasnya menjelang hari raya peneroka akan mendapat bonos tetapi penduduk kampung tradisi sekadar melihat atau mendengar saja.

Meninjau Kampung Chegar Perah Di dearah Lipis baru-baru ini, ternyata kepesatan pembangunan di FELDA Chegar Perah tidak mampu untuk dilempahkan ke kampung tradisi itu sebelahnya. Malah kewujudkan FELDA itu telah dianggap sebagai penghalang kepada pembangunan Chegar Perah kampung. Apa tidaknya dengan alasan tidak boleh melalui tanah FELDA maka penduduk Kampung Chegar Perah telah dinapikan hak mendapat hasil kemakmuran 52 tahun merdeka.

Kalau nak dibandingkan dengan kampung tradisi yang lain tenyata kampung Chegar Perah ini agak tersisih walaupun ia pernah menjadi tempat persinggahan ketika keretapi menjadi satu-satunya pengangkutan di Kelantan. Sebatang jalan yang hanya sekadar 4 hingga 5 kilo meter telah ditagih penduduk sekian lama belum menjadi kenyataan hingga kini atas alasan tidak boleh melalui tanah FELDA.

Hairan bin ajaib mengapa di Jengka, Kota Gelanggi, Bera dan banyak lagi, jalan-jalan telah dibina membelah tanah-tanah FELDA. Jalan yang menghubungkan Jengka 4 ke kampung tradisional Kuala Sentol dalam daerah Maran juga melalui ladang-ladang FELDA, tak pula menjadi masalah.

"Tak taulah apa dosa kami di Chegar Perah ini, kami macam anak tiri aje. Nak kata kami tak sokong kerajaan kami dah beri kemenangan kepada BN dalam pilihanraya baru-baru. Untunglah orang Manik Urai walapun tak sokong kerajaan tapi mereka dapat jambatan berjuta-juta ringgit. Kami minta jalan yang tak sepanjang mana, haram di tengok" Keloh Mek Jah ibu tunggal berumur 60 tahun ketika bersembang-sembang dengan baru-baru ini.

"Wanangseri, tak percaya FELDA mempunyai dasar-dasar yang berbeza-beza mengikut tempat dan stuasi. Jika dasar-dasar lapok FELDA yang memungkinkan bersemaraknya rasa tidak puas hati penduduk kampung tradisi haruslah dihapuskan sebelum mereka membuat keputusan yang merugikan kerajaan melalui peti-peti undi. Biarlah FELDA pemangkin kemajuan bukan hanya untuk masyarakat peneroka tapi juga turut memberi manfaat kepada masyarakat sekitarnya. Kita tidak mahu FELDA yang diisi peneroka dari pelbagai tempat hanya menjadi gajah putih di tengah-tengah kampung-kampung tradisi yang dihuni oleh orang tempatan.

Peribahasa : "KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DIRIBA MATI KELAPARAN"

2 ulasan:

Awanama berkata...

Setuju. UMNO kena buat sesuatu sebelum terlambat.Sila gunakan kuasa sementara masih berkuasa. Hapuskan dasar-dasar yang lapok tu. Tengok PR sebaik dia memerintah terus lulus tanah Cina sampai kiamat( 999 tahun), sebab itu Cina dan India sokong PR sampai nok rok. UMNO, jangan sampai "Nasi nak jadi taik" baru nak menyesal tak ada gunanya lagi.

AJK Bahagian berkata...

Assalamualaikum wbt.

Memang benar dan tidak boleh dinafikan.... kewujudan felda lebih menambah masalah kepada kampong-kampong tradisional malahan kepada skim rancangan felda itu sendiri.

Kampong saya adalah salah sebuah kampong tradisional yang boleh dilabelkan Kampong Kurang Penduduk (KKP)... istilah baru (penduduk kurang daripada 500 orang).

Kebaikan KKP ini, ia adalah penyokong kuat UMNO... mudah diurus.

Berbalik kepada felda... rata-rata menjadi sarang parti pembangkang... tapi tiap-taiap tahun dapat bonus raya.

KKP habuk pun tad ada....

Fikir-fikirkan.