Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Isnin, 31 Ogos 2009

1 MALAYSIA : SISTEM PENDIDIKAN MESTI DIMERDEKAKAN



Tahniah dan bersetuju dengan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah atas saranannya supaya MERDEKAKAN PENDIDIKAN PERKAUMAN seperti yang disiarkan melalui Utusan Malaysia 30 Ogos 2009. Hari ini kita mengembira Malaysia telah merdeka 52 namun kita belum gembira dengan sistem pendidikan yang masih jauh bagi hasrat membina identiti BANGSA MALAYSIA YANG MEMILIKI SATU CIRI KEBANGSAAN YANG DIKONGSI BERSAMA.

Sistem pendidikan berteraskan kaum atau vernakular warisan penjajah masih gah mewarnai sistem pendidikan Malaysia merdeka. Kewujudan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang kononnya berstatus "Kebangsaan" gagal meraih orang bukan Melayu meyertainya. Orang Melayu syok sendiri,sedangkan orang Bukan Melayu terus percaya "apa sahaja yang dikatakan KEBANGSAAN" bermakna Melayu dan untuk Melayu sahaja" (Wanangseri telah menyentuh persoalan ini pada 2 dan 17 Disember 2008 yang lalu.

Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 yang berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 menyatakan perpaduan negara mesti bermula penyeragaman sistem pelajaran dengan penekanan kepada pengunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

Untuk mencapai matlamat perpaduan itu Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib telah mengariskan 3 asas utama itu :-

i. Sistem Persekolahan yang sama bagi semua.

ii. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama di semua
peringkat persekolahan.

iii. Kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungannya dan
bercorak kebangsaan.



Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ingin menobatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan merupakan sumpah dan janji Parti Perikanan yang mendapat mandat besar dalam pilihanraya 1955. Perlaksanaannya disasarkan menjelang tahun 1967 semua sekolah aliran Inggeris akan bertukar kepada sekolah Melayu.Hasilnya tiada lagi sekolah Melayu semuanya menjadi Sekolah Kebangsaan sebaliknya Sekolah vernakular China dan Tamil terus kekal hingga kini.

kehanyutan Kerajaan dalam melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan juga menjadi sebagai salah satu penyebab tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Bahasa Melayu yang diharapkan menjadi bahasa rasmi tidak begitu bererti bila bahasa Inggeris terus digunakan untuk kerja-kerja rasmi termasuk perbahasan Parlimen.Sikap membisu parti Parikatan dalam soal bahasa ini menyebabkan DAP dan PPP telah berani menuntut untuk memberi taraf rasmi kepada bahasa Cina, Tamil dan Inggeris mencabarkan kedudukan bahasa Melayu. Kegagalan kerajaan memberi kepuasan kepada orang Melayu yang inginkan bahasa Melayu dipertabatkan telah dihukum dengan kemerosotan undi kepada Parti Perikan dalam pilihanraya 1969.

Abdul Rahman Yaakob yang mengambil aleh jawatan Menteri Pelajaran selepas itu telah usaha memastikan semua sekolah rendah 1nggeris dikebangsaankan dengan sasaran menjelangkan tahun 1982 semua universiti akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar. Selpeas tahun 1970 bahasa Melayu telah diletakan ditempat yang tinggi setanding dengan pencapaian bahasa Inggeris.

Walaupun penggunaan bahasa Melayu telah dibukti mampu menjadi bahasa ilmu namun kerajaan masih tidak mampu untuk memperluaskannya atau mengkebangsaankan sekolah Cina dan Tamil seperti yang dilakukan kepada sekolah Inggeris. Ini telah mengasingkan pelajar Melayu yang lebih tertumpu ke sekolah kebangsaan dengan pelajar yang bersekolah Cina dan pelajar India yang bersekolah Tamil.

Justeru ini usaha untuk mencari persamaan semakin sukar kerana proses ini telah menyemarakkan lagi rasa perkauman terus berlaku.Sekolah Kebangsaan telah dilebelkan sebagai sekolah memberi penekanan yang lebih-lebihan kepada soal-soal agama Islam, Sekolah Cina menjadi tempat penyemaian sikap cauvanis Cina dan sekolah Tamil telah melahirkan anak-anak India yang taksub dengan kendiaan.

Akibatnya telah dirasai sekarang.Hari ini terlalu banyak isu-isu sensitif telah dimainkan oleh pelbagai kaum tanpa ada rasa hormat menghormati lagi. Kepala babi di leparkan di kawasan orang Melayu, kepala lembu diarak di pejabat menteri, raja Melayu di umpat keji, Agama Islam di caci hina, bahasa Melayu hanya setaarf sebagai bahasa pasar dan bahasa ibunda serta lain-lain lagi isu yang merangsang perbalahan.

Terlalu banyak yang perlu dilakukan oleh kepimpinan Dato Sri Najib dalam membina sebuah Malaysia yang bersatupadu dan ia perlu mendapat sokongan semua pihak. Tiada lagi istilah "BERANSUR-ANSUR" kerana Malaysia telah berumur 52 Merdeka.Gagasan yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak harus diselesaikan oleh anaknya Dato Sri Najib.

Sistem pendidikan yang berteraskan kaum (Vernakular)harus dimerdekakan dengan hanya mewujudkan sekolah satu aliran iaitu Sekolah Kebangsaan di semua peringkat. Sekolah China dan sekolah Tamil hendaklah disusun semula sebagai sekolah Kebangsaan dengan menggunakan bahasa Kebangsaan sebagai pengantar yang tunggal. Jangan ada sistem pendidikan lain dalam sistem pendidikan kita.

Matapelajaran Bahasa-bahasa dan budaya dan kesusteraan Cina dan India wajar dijadikan matapelajaran yang ditawarkan kepada semua kaum. DATO NAJIB MESTI BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN KALAU HENDAK 1 MALAYSIA YANG BERTERASKAN PERLEMBAGAAN NEGARA DAN RUKUNNEGARA MENJADI KENYATAAN. KALAU TIDAK SELAMANYA LAH MALAYSIA AKAN TERUS BEGINI.


Peribahasa: JALAN DIASAK ORANG LALU, CUPAK DIPEPAT ORANG MENGGALAS"

Tiada ulasan: