Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Isnin, 23 November 2009

SMT : KERAJAAN TERSILAP LAGI ????

Menelti kenyataan Dato Paud Zarkashi, terfikir saya apakah tindakan kerajaan menukar SMV menjadi SMT beberapa tahun yang lalu,satu lagi kesilapan dalam proses pendidikan negara. Kemarin Timbalan Menteri Pelajaran itu memaklumkan bahawa sebanyak 60 daripada 88 buah SMT di seluruh negara akan ditukar menjadi SMV secara berperingkat-peringkat mulai tahun ini.

Sebagai bekas pelajar SMT (TI),memang amat merasai langkah menjadikan sekolah vokasional sebagai sekolah teknik sesuatu yang amat malang kepada SMT yang asal.

Kesempatan kembali meninjau ke sekolah lama saya (TI Kuantan)betapa sedihnya apabila dimaklumkan bahawa SMT Kuantan yang sebelum menjadi pilihan dan terbaik lagi sudah hilang serinya. Status SMT telah bertukar dari sekolah rebutan ke sekolah pujukan ( pelajar terpaksa dipujuk untuk bersekolah di sini ).

Dimaklumkan untuk memenuhi bilangan kemasukan pun tidak dapat dipenuhi sasaran lantaran permohonan yang berkurangan. Di SMT Kuantan difahamkan penawaran kemasukan terpaksa dilakukan 2 kali untuk memenuhinya maka terpaksa diambil juga pelajar-pelajar yang berkelayakan rendah bagi memastikan operasi persekolahan boleh diteruskan. Kesannya keputusan SPM SMT Kuantan tahun-tahun kebelakangan ini tidaklah segemilang dahulu. SMT tidak mempunyai apa-apa keistimewaan lagi berbanding dengan sekolah harian biasa.

Bagi mengembalikan reputasi SMT sebagai sekolah yang cemerlang, langkah Kementerian Pelajaran itu di sokong dengan memastikan SMT asal diperkasakan semula dan sekolah SMT "convert" mengambalikan menjadi SMV semula bagi mengisi kecenderungan pelajar yang ingin mendalami kemahiran. Sebaliknya 28 SMT yang tinggal mesti dijadikan landasan menyediakan kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk bidang profesional seperti bidang kejuruteraan dan senibina.

Suka wanangseri mencadangkan beberapa alternatif bagi mengembalikan status kecemerlangan di SMT yang semakin pudar itu :

i. Menjadikan SMT sebagai Sekolah Menengah Teknik Berasrama Penuh ( SBP). Ini kerana hampir semua SMT telah sedia memiliki asrama, cuma dipertingkatkan saja. Pelajar-pelajar cemerlang PMR yang berminat kepada bidang kejuruteraan dan seni bina ditawarkan ke sini.

ii. Mewujudkan Kelas/sekolah Rancangan Khas jika langkah di atas tak dapat dilaksanakan. Saban tahun permintaan untuk kelas rancangan khas adalah tinggi dan kelas yang sedia ada tidak mencukupi untuk memampung bilanganpelajar cemerlang yang semakin ramai.

iii. Menjadikan SMT sekolah kluster yang memungkinkan sekolah mempunyai autonomi untuk memilih kakitangan, guru, pelajar wujud merancangkan pembangunan sekolah. Ini akan menjadi sekolah menengah teknik daya penarik dan setanding dengan sekolah-sekolah pilihan yang lain.

Peribahasa hari ini " HARAPKAN BURUNG TERBANG TINGGI, PUNAI DI TANGAN DI LEPASKAN"

1 ulasan:

Cheguman berkata...

Setuju. Sekolah teknik dah tak glemer..