Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini
Memaparkan catatan dengan label perlembagaan negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perlembagaan negara. Papar semua catatan

Selasa, 25 Ogos 2009

1 MALAYSIA : PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN


Ketika di Rembau beberapa hari yang lalu, Seorang pelajar Program Ijazah Keluar Negara tajaan JPA telah meminta penjelasan tentang Konsep 1 Malaysia. Dakwanya kerajaan khasnya UMNO yang memimpin kerajaan tidak pernah konsisten dalam dasar-dasarnya. Setiap Perdana Menteri ada sahaja gagasan masing-masing dan apakah ini bermakna tiada keseinambungan antara pemimpin-peminpin sedangkan mereka datang dari parti yang sama?

Sebenarnya kesemua Perdana Menteri-Perdana Menteri ini tidak pernah lari dari perjuangan asal iaitu untuk membentuk sebuah Malaysia yang aman, harmoni dan bersatupadu, cuma pendekatannya mungkin berbeza bersesuai dengan keadaan semasa. Malah ianya saling lengkap melengkapi.

1 Malaysia diperkenalkan Dato Sri Najib sebagai penegasan semula asal mula kewujudan negara Tanah Melayu atau Malaysia. Ia nya bertitik tolak dari pakatan perpaduan kepelbagaian dan perbezaan kaum kearah merealiasikan kelahiran satu bangsa, satu negara dibawah naungan satu bendera.

Tunku Abdul Rahman telah memulakan langkah perpaduan dengan menerima hakikat kewujudan kepelbagaian kaum dan budaya sebagai sesuatu yang harus disuburkan sehingga tercetusnya Parti Parikatan sebagai satu landas perjuangan menuntut kemerdekaan demi kebahagian semua rakyat.

Tun Razak yang mencetuskan Dasar Ekonomi Baru, iaitu satu dasar kejuteraan sosial untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Lebih daripada itu Tun Razak telah mengajak semua kaum bersatu memerintah Malaysia secara bersama melalui Barisan Nasional dengan 14 parti telah menyertai kecuali beberapa parti yang menolak perpaduan seperti DAP dan PSRM.

Melalui Wawasan 2020 Tun Mahathir telah mempelopori Gagasan Malaysia Maju mengikut adunan 1 Malaysia yang pelbagai kamu dan budaya sebagai satu aset yang perlu dijanakan untuk dikongsi dan dinikmati bersama.

Tun Abdulah Badawi pula cuba menengahkan Islam Hadari dengan harapan Tamuddun Islam yang sudah terbukti jayanya menjadi satu amalan universal yang dapat diguna pakai oleh rakyat 1 Malaysia demi kemajuan sejagat.

Dalam keadaan sudah ramai rakyat Malaysia mula terlupa atau sengaja melupakan hakikat sejarah bahawa Malaysia adalah satu, tidak dua dan tidak tiga, Dato Sri Najib tampil mengingatkan kembali bahawa kita adalah SATU MALAYSIA yang semestinya punyai Satu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Satu bahasa iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Resmi, Satu Bendera iaitu Jalur Gemilang,Satu Agama Persekutuan iaitu Agama Islam dan Satu Negara iaitu Malaysia bukannya Negara China atau India , England atau Austalia .


Setiap rakyat Malaysia telah dijamin keistimewaan dan hak masing oleh Perlembagaan Negara dan tiada satu kaum pun yang akan terpinggir atau telah diketepikan. Semua rakyat mesti membudayakan Rukunnegara sebagai idealoginya sebagai rakyat Malaysia yang satu.

Wanangseri sangat jelas bahawa gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh PM sekarang adalah kesinambungan dasar-dasar Perdana Menteri terdahulu yang amat menekankan perpaduan dalam kepelbagai kaum dan budaya rakyat Malaysia yang menjadi teras keamanan negara selama ini.

40 tahun dahulu lagu MALAYSIA BERJAYA sudah pun dikumandangkan melalui wayang-wayang pacak Jabatan Penerangan adalah manifestasi 1 Malaysia . Senikatanya ialah :

MALAYSIA KITA SUDAH BERJAYA
AMAN MAKMUR BAHAGIA
MALAYSIA ABADI SELAMANYA
BERJAYA DAN BERJAYA

BERBAGAI KAUM SUDAH BERIKRAR
MENUJU CITA-CITA
SATU BANGSA SATU NEGARA
MALAYSIA BERJAYA

DARI PERLIS SAMPAILAH KE SABAH
KITA SUDAH BERJAYA
NEGARA MAKMUR RAKYAT MEWAH
KITA SUDAH BERJAYA

DENGAN SEMBOYAN KITA BERJAYA
MENUJU DI ANGKASA
SATU BANGSA SATU NEGARA
MALAYSIA BERJAYA


PERIBAHASA : PISANG SESIKAT GULAI SEBELANGA, KERJA MUAFAKAT MAKAN BERSAMA

Jumaat, 17 Julai 2009

WARGANEGARA WAJIB LULUS KURSUS KENEGARAAN

Kementerian Dalam Negeri (Negeri) berjanji akan memyelesaikan proses permohonan (379 kotak) kewarganegaraan yang tertangguh sebelum berakhir tahun ini.

Ini adalah berita gembira bagi mereka yang sudah lama menunggu.Tapi tak kurang juga rakyat yang gusar akan natihahnya sama ada lebih baik untuk negara atau masalah lain pula akan dicipta akhirnya.

Kira-kira 60 tahun yang lalu orang Melayu amat bermurah hati memberi taraf kewarganegaraan "jus soli" kepada jutaan pendatang-pendatang asing yang kononnya bersumpah untuk TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA dan negara sebagai satu-satunya nusa tercita.

Namun, belum pun satu dekad sudah terdengar suara-suara sumbang oleh puak-puak yang diberi taraf kewarganegaraan secara yang amat istimewa ini telah mengigit tangan yang menyuap nasi ke mulut mereka. Apakah ada jaminan perkara serupa tidak akan berulang kembali?

Pastinya kaum Melayu dan pribumi yang lain tidak rela "PISANG BERBUAH DUA KALI". Kerajaan tidak boleh semudahnya meluluskan permohonan kewarganegaraan yang baru semata-mata ianya tertangguh lama atau pemohon mempunyai kepakaran yang berpretij tinggi.

Perkara 19 Perlembagaan Malaysia memberi peruntukan yang membolehkan seseorang permastautin mohon dipertimbangkan menjadi warganegara Malaysia jika memenuhi syarat-syarat tertentu.

Termasuk syaratnya ialah "BERKEBOLEHAN BERTUTUR DALAM DAN BERSUMPAH AKAN TAAT SETIA KEPADA NEGARA INI" Jadi syarat ini mesti dilaksanakan secara tegas tanpa apa-apa pengecualian.

Amat malang nanti jika Malaysia dipenuhi mereka yang tidak tahu berbahasa Kebangsaan. Sehingga hari ini pun masih ada anak Malaysia yang lahir di bumi Malaysia yang masih tidak mampu berbahasa Kebangsaan dengan baik, pelat dan hanya mampu bercakap Bahasa Pasar dan Bahasa Rojak. Sepatutnya mereka malu kepada "Mat-Mat Bangla" yang baru 2, 3 tahun di negara ini tapi mampu bercakap Bahasa Melayu dengan baik dan boleh difahami.

Namun, kalau setakat boleh bercakap Bahasa Melayu ia belum boleh menjadikan seseorang itu menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan menyumbang seperti yang dituntut oleh negara dan Rukunegara.

Wanangseri suka mencadangkan kerajaan mewajibkan syarat-syarat berikut sebelum pemohonan dipertimbangkan sebagai tambahan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Perlembagaan Negara:

i. Setiap pemohon mesti mengambil dan wajib lulus ujian PENGUASAAN BAHASA
MELAYU sebagai Bahasa Kebangsaan)mengikut taraf yang bersesuaian sebagai
rakyat baru.

ii. Setiap pemohon mesti mengikuti dan wajib lulus KURSUS KENEGARAAN yang
menekankan input seperti SEJARAH NEGARA ,PEMAHAMAN PERLEMBAGAAN
MALAYSIA, PEMAHAMAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA DAN DASAR-DASAR NEGARA.


Menjadi warganegara Malaysia adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya dan tiada jalan mudah dan pintas untuk menikmatinya."KALAU TAK PECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA"

Rabu, 15 Julai 2009

WARGANEGARA: JANGAN LEPASKAN ANJING TERSEPIT !!!

Ketika berdialog dengan sekumpulan Mahasiswa tajaan Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Kuala Kubu Baru siang tadi, mereka ingin mendapat komen tentang janji PM untuk menyelesaikan segera pemohonan menjadi warganegara dan apakah pula tindakan terhadap warganegara yang ternyata tidak setia kepada Raja dan Negara ?

Semperna 100 hari Tok Najib jadi PM, ia akan menghadiahkan 34,000 warga asing yang memohon menjadi warganegara Malaysia dengan mendapat durian runtuh kerana pemohonan mereka akan di proses segera?

Hakikat begitu ramai yang ingin menjadi warganegara ini membuktikan Malaysia adalah negara yang terbaik untuk didiami. Walaupun pada masa yang sama terdapat juga rakyat yang tidak bersyukur sehingga tergamak mencerca negara sebagai zalim lebih dari Israel, mengamalkan dasar apartheid, menghina institusi raja-raja , Raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agong , mempertikaikan Perlembagaan Negara, mencaci Lagu Kebangsaan,budaya, adat dan Agama Islam dan 1001 macam lagi celaan terhadap negara sendiri.

Makkal Sakthi Malaysia (MMSP) sebuah parti baru yang ditubuh pada 11 Mei yang lalu telah mendakwa terdapat 50,000 hingga 60,000 kaum India di negara ini yang belum mendapat sijil kerakyatan sebagai warganegara Malaysia. Inilah kelompok yang menjaja ke seluruh dunia bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang baik tetapi masih "tak tau malu" terus memohon untuk jadi rakyat negara ini.

Parti jelmaan HINDRAF itu , telah meletakkan usaha untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan kepada mereka ini sebagai perjuangan utama parti itu. Apakah 34,000 permohonan yang belum diselesaikan itu adalah mereka dari kumpulan ini ? Kalau benar, kerajaan perlulah menapiskan dengan teliti kerana kita hairan siapakah mereka dan dari mana datangnya jumlah yang begitu ramai yang dikutip oleh Makkal Sakti Malaysia untuk dijadikan rakyat Malaysia?

Mahasiswa PUNB itu mencadangkan, selain janji Dato Sri Hishammuddin untuk segera memproses 379 kotak permohonan kewarganegaraan yang tertangguh kerajaan perlu juga mengambil tindakan serius terhadap rakyat yang tidak setia kepada negara seperti yang dapat lihat dengan jelas di akhir-akhir ini.

Mereka ini mesti dilucutkan taraf kewarganegaraan kerana ternyata mereka penderhaka yang tidak boleh dimaafkan dan tidak bermanfaat langsung untuk berada di negara ini. Kalau tidak mereka tidak tahu akan nilai kewarganegaraan yang amat berharga itu.

Seseorang boleh dilucutkan kewarganegaraannya dengan 2 cara. Pertama dia sendiri menolak dengan sebab-sebabnya sendiri seperti tidak berminat lagi dengan negara ini. Kedua dia telah menyalahi undang-undang dan membuat tindakan yang dilarang iaitu, salah satu daripada berikut:-

1. Menjadi warganegara asing.

2. Menggunakan hak-hak dan kemudahan negara lain yang hanya untuk
warganegaranya seperti menyertai pilihanraya atau memiliki pasport
negara asing.

3. Seorang wanita menjadi warganegara asing melalui perkahwinan dengan
lelaki negara berkenaan.

4. BERTINDAK NEGATIF YANG MENUNJUKKAN DIA TIDAK LAGI TAAT SETIA KEPADA
NEGARA MALAYSIA.

5. Berniaga/ berhubungan dengan negara musuh.

6. Dihukum di mana-mana negeri dalam tempoh 5 tahun setelah menjadi
warganegara Persekutuan, dengan hukuman penjara tidak kurang 12 bulan
atau denda tidak kurang dari RM 5,000.00.

7. Berkhidmat kepada negara lain tanpa kebenaran kerajaan Malaysia.

8. Tinggal menetap di negara asing selama 5 tahun berturut-turut kecuali
untuk berkhidmat dengan atau bagi kerajaan Malaysia.

9. Disedari kewarganegaraannya telah diperolehi dengan penipuan.

10. Wanita asing yang mendapat taraf kewarganegaraan melalui perkahwinan
telah bercerai dengan suaminya kecuali dia bercerai mati.

Justeru mahasiswa ini menyeru Kerajaan tanpa segan silu melucutkan taraf kerakyatan kepada penderhaka negara seperti individu yang menghina LAGU KEBANGSAAN, MENCACI AZAN dan AGAMA ISLAM sebagai Agama Persekutuan, mempertikaikan Keluhuran Perlembagaan, menuntut taraf Bumiputra dan ingin menghapuskan Hak Istimewa kaum Pribumi, mencerca Kedaulatan raja-raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara,membakar jalur gemilang, mencela Pakaian Kebangsaan, Adat dan Budaya Nasional dan lain-lain perkara-perkara yang boleh ditafsirkan sebagai tidak sayang dan suka kepada negara.

Ujar pelajar-pelajar PUNB itu lagi negara hanya perlukan mereka yang sanggup berkorban dan mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bahagi KEPADA RAJA DAN NEGARA Malaysia, bukannya kepada Raja England atau Ghandi Pejuang Kemerdekaan Negara.

Wanangseri amat setuju, menyelamatkan pertualang-pertualang ini samalah dengan MELEPASKAN ANJING TERSEPIT, SESUDAH LEPAS IA MENGIGIT.

Jumaat, 10 Julai 2009

TUNTUT TARAF BUMIPUTRA: MANSUHKAN PERJANJIAN PTM 48


ADUN Kota Alam Shah dari DAP M. Manoharan terus menuntut dirinya dan rakan-rakannya dari kalangan bukan pribumi diiktirafkan sebagai "BUMIPUTRA". Bermakna ia sebenarnya berjuang untuk melucutkan hak-hak Melayu dan Kaum Pribumi yang dilindungi oleh Perlembagaan Negara.

Ini merupakan usaha yang tiada hentinya oleh puak-puak yang selari dengan perjuangan puak-puak komunis demi memusnahkan warisan sejarah Melayu dan Ketuanan Kaum Pribumi di tanah pusaka yang telah kita warisi sejak zaman "tori" lagi.

Sebagai rakyat yang berjaya dan hidup selesa hasil nikmat perkongsian kuasa dan tolak ansur Orang Melayu ,orang-orang seperti Manoharan ini sebenarnya tidak layak langsung berada di negara ini kerana tidak pernah bersyukur dengan nikmatnya menjadi rakyat negara yang bernama Malaysia.

Cuba bayangkan jika nenek moyang mereka dahulu tidak berhijrah ke Tanah Melayu dan tidak di terima sebagai rakyat Tanah Melayu, apakah ia boleh mendapat perhormatan dan kebahagiaan seperti sekarang?

Dulu mereka datang sebagai buruh di estet, buruh Keretapi dan tak kurang menjadi pengangkut "najis manusia" dengan majlis daerah dan tempatan.

Kini mereka adalah doktor, tokoh korporat, pemilik syarikat kapalterbang, professor, peguam, wakil rakyat dan lain-lain jawatan yang telah menukarkan taraf mereka dari paria yang hina kepada golongan kaya dan berpretij.Malah mereka menjadi pegawai tinggi kerajaan dan juga menteri yang menentukan dasar-dasar dan hala tuju negara.

Dalam tulisan yang lalu, Wanangseri telah menjelaskan bahawa Bumiputera diberikan penduduk pribumi kerana mereka adalah rakyat Raja-raja Melayu di negeri masing-masing dan suku-suku Pribumi Sabah dan Sarawak serta keturunannya. Manakala dianugerahkan kaum-kaum bukan pribumi seperti pendatang dari Negeri China dan Negeri India yang telah menerima penganugerahan yang paling istimewa sebagai rakyat Bukan Bumiputra yang tidak akan didapati di mana-mana negara.

Pakatan Murni 1946 yang dipersetujui oleh semua pemimpin yang mewakili kaum-kaum utama melalui "kontrak sosial" telah dimuktamadkan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ia dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara sebagai undang-undang tertinggi yang masih sah hingga ke hari.

Melalui "Kontrak Sosial" Kedudukan dan Kedaulatan Raja-raja Melayu, Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera di terpelihara dan dipelihara. Hak-hak warganegara Bukan Bumiputera juga dijamin oleh Yang Dipertuan Agong.

Jadi untuk apa perkara ini diungkit-ungkit kembali sedangkan terbukti kita semua bahagia dan selesa dengan menjadi rakyat negara ini ? Mengapa ada pihak yang tergamak membuat tuntutan yang bukan-bukan yang untuk membakar perasaan kaum yang lain!. Apakah hendak menguji Kaum Bumiputera sebagai anak kandung telah lama bersabar dituduh sebagai zalim dan jahat sedangkan mereka telah merelakan tanah pusaka mereka dikongsikan dengan mereka yang sekadar anak angkat atau anak tut...?

Mendiang Tun Sambanthan telah melahirkan kegembiraan dan terima kasih yang tidak terhingga kerana Orang Melayu yang amat bermurah hati menerima mereka (Orang-orang India) sebagai rakyat sedangkan mereka di tolak di Sri Langka, Burma dan Thailand. Sayangnya anak cucunya tidak pernah menghargai jasa-jasa pemimpin ulung kaum India ini.

Menolak status Bumiputera Melayu dan menuntut hak samarata bererti menolak kewujudan Malaysia yang lahir dari adunan amalan Demokrasi Raja Perlembagaan yang terbina atas warisan negeri-negeri Melayu berteraskan Kesultanan Melayu sebelumnya.

Kalau lah Manoharan dan kuncu-kuncunya hendak terus beria-ia benar hendak menjadi "Bumiputera' Wanangseri ingin mencadangkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang mengasaskan kewujudan Malaysia hari ini dimansuhkan dan negeri ini kembali ke status asal sebagai negeri-negeri Melayu yang rakyat hanya kaum pribumi dan rajanya adalah Raja Melayu. Pada masa semua penduduknya bertaraf akan bertaraf Bumiputra. Namun ini agak mustahil untuk berlaku. Jadi janganlah terus bermain api!

Amat bersetuju dengan saranan Professor Emeritus Dato` Dr. Khoo Kay Kim supaya Manoharan dan geng-gengnya keluar saja dari Malaysia sesungguhya dia tak layak menjadi warganegara Malaysia. Carilah negara yang lebih dari Malaysia, mungkin boleh mohon warganegara Negara India dan jadilah Bumiputera di sana seperti pernah disaran oleh Y.B. Dato'Ibrahim Ali jika tidak menerima undang-undang negara ini?

Banyak lagi orang yang memohon untuk menjadi rakyat negara ini. Malaysia tidak akan rugi dengan kehilangan orang-orang yang bersifat pertualang, penderhaka seperti ini.

Peribahasa " NASI TAK DINGIN PINGGAN TAK RETAK, ENGKAU TAK INGIN AKU TAK HENDAK" Kepada perjuang Agama dan Bangsa ingat apa yang pernah berlaku di Fiji jangan berulang pula di negara kita. " MALU KALAU ANAK HARIMAU MENJADI ANAK KUCING"