Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Rabu, 18 Jun 2008

UMNO PAHANG : SEMANGAT BERLAWAN

Orang UMNO memang punya semangat berlawan dan melawan yang tinggi. Namun kadang-kadang semangat itu tidak digunakan di tempat yang betul. Dengan DAP, PAS dan PKR mereka tak bersungguh-sungguh hingga banyak kerja UMNO yang terpaksa digalas oleh JASA dan KEMAS. Maka tengoklah nanti akan banyak isu-isu "local" dan peribadi akan dikeluarkan untuk hentam menghentam dan telanjang menelanjang. Manakala persoalan utama dan nasional seperti mengembalikan keyakinan orang ramai kepada UMNO telah diketepikan.


Dengar-dengarnya hampir setiap bahagian akan jawatan tertinggi yang dipertandingkan. Maklumlah UMNO parti demokratik sape saja boleh menawarkan diri. Bertandinglah! tapi ingat jangan sampai parti hancur dah lah.


Katanya Tok Sofi akan ditentang Aman di lepeh, Raub menyaksikan perlawanan antara Tok Shah dengan Tok Mustafar Kamal, di Temerloh Tok Syakar mungkin mencabar Tok Sarit, Tok Manan dah hampir pasti berdepan Tok Tajuddin di Paya Besar, Tok Hassan akan berentap sekali lagi Tok JJ di Rompin, Di Kuala Krau ahli parlimennya Ismail Said berhasrat mengantikan Tok MJ ( Mat Jaafar) dan Azmi Yusof akan menentang Tok Faizal bahagian Indera Mahkota. Menteri Belia Tok Mail Sabri di Bera katanya berlawan musuh klasiknya Tok Mustafa Yassin.


Cuma 5 bahagian sahaja yang ketuanya dikhabarkan selamat iaitu Pekan, Bentong, Maran, Cameron Hihgland dan Kuantan . Manakala Jerantut masih tidak jelas kerana Tok Ungku Azlan difahamkan yang mula hendak melepaskan jawatan mungkin menarik balik hasrat dan ini membantukan hasrat Tok Dr. Syukri dan lain-lain tokoh yang berhasrat untuk pergi lebih tinggi.

Wanangseri amat yakin tiap-tiap mereka yang ingin bertanding telah memikirkan baik buruknya. Masing-masing mendakwa merekalah yang mampu mengukuhkan UMNO dalam keadaan sekarang. Tak pastilah itu! tapi yang jelasnya akan lebih berpuak-puaklah UMNO ini.

Fikirlah wahai tokoh-tokoh UMNO Pahang bahawa negeri ini amat dihormati kerana kitalah benting terkuat dalam menghadapi serangan ganas pakatan pembangkang . Kita tak mampu berpecah lagi tapi kena bina kekuatan. KJ kata pertandingan tak membawa perpecahan tapi hakikatnya setiap kali ada bertanding UMNO pasti pecah. Tok Nan mesti cari jalan supaya Pahang terus kuat dan cuba elakkan supaya YB-YB dan orang-orang kuat UMNO di Pahang ini berunding untuk kukuhkan parti bukan untuk kukuhkan diri sendiri. Wanangseri "MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU"

Isnin, 16 Jun 2008

KETUANAN MELAYU VS KETUANAN RAKYAT

Dato Sri Anwar Ibrahim telah menolak konsep Ketuanan Melayu. Sebaliknya bersetuju dengan slogan Malaysia untuk rakyat Malaysia ( Malaysian Malaysia) yang diusahakan DAP dan puak-puak sosialis selama ini.

Melalui Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS mendakwa mereka berjuang atas landasan KETUANAN RAKYAT sebagai altenatif kepada konsep KETUANAN MELAYU yang sudah tidak revelen lagi. Ini bermaksud bahawa konsep KETUANAN MELAYU yang memelihara Hak Istimewa orang Melayu dan Bumiputera, Agama Islam Sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan dan Kedudukan Raja-raja Melayu akan dihapuskan kononya atas kemahuan rakyat.

Disedari atau tidak Melayu yang berada dalam PKR dan PAS sebenarnya bersubahat DAP sedang mengali kubur untuk mengebumikan kuasa politik Melayu di negara ini. Mungkin teruja dengan seruan ”Jom Berubah” dan ”Psywar Perjuangan Rakyat” untuk keadilan, kesaksamaan dan negara berkebajikan, Melayu-melayu ini telah mengkianati bangsa sendiri bagi merealisasikan konsep Malaysian Malaysia yang ditentang oleh orang Melayu selama ini.

Perjuangan KETUANAN RAKYAT hanya akan membawa kepada penghapusan sistem PEMERINTAHAN BERAJA diganti dengan sistem PEMERINTAHAN REPUBLIK yang hanya memberi tempat kepada orang yang kuat, yang kaya dan yang pandai. Melayu akhirnya sekadar menumpang di tanah air sendiri.

Konsep KETUANAN RAKYAT memang mampu menarik golongan muda kerana sifatnya yang kelihatan universal dan global berbanding dengan SISTEM BERAJA yang nampak bersifat perkauman sempit dan tidak popular lagi di zaman ini. Umpamanya di Nepal "KETUANAN RAKYAT" didakwa telah berjaya menolak sistem PEMERINTAH BERAJA NEPAL dan ini memberi inspirasi kepada pendokong-pendokong fahaman anti raja di Malaysia melakukannya di sini.

Sebagai orang Melayu, kita harus memahami bahawa apa berlaku di Nepal itu tidak semestinya baik untuk Malaysia. Walau apa pun berlaku di Nepal ia tetap diperintah oleh orang Nepal kerana mereka tidak bermasyarakat majmuk seperti kita. Di Malaysia, bila raja hilang tahta bermakna orang Melayu akan hilang kuasa. Lihat saja nasib Melayu Singapura, Yusof Ishak merupakan Melayu yang pertama dan terakhir menjadi presiden kerana selepas itu Melayu hilang oleh kehebatan kaum-kaum bukan Melayu yang dominan di dalam sebuah negara yang bernama Republik Singapura.

Konsep KETUANAN RAKYAT” merupakan jelmaan Malayan United Front ( Barisan Rakyat Malaya) anjuran PKM yang membawa ideologi ”Malayan Malaya” yang kemudianya diserap menjadi dasar perjuangan PAP dan DAP. Dengan dokongan orang Melayu dan bukan Melayu dalam parti-parti sosialis seperti Parti Rakyat, Parti Buruh, PERKEMAS, Gerakan dan PPP, DAP telah berjaya mengugatkan "KETUANAN MELAYU ” seperti yang diterjemahkan oleh keputusan pilihanraya 1969.

Berkat permuafakatan pemimpin-peminpin terdahulu konsep kongsi kuasa antara Melayu dan bukan Melayu berteraskan KETUANAN MELAYU telah dipulihkan dengan wujudnya BN iaitu gabungan 14 parti sebagai kesimbungan formula politik kompromi pelbagai kaum yang telah ternyata menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni dan amat berjaya di rantau ini.

Namun golongan cauvenis ini tidak pernah luntur dari meneruskan agenda menidakkan KETUANAN MELAYU supaya menjadi kenyataan. Akhirnya mereka dapat mempengaruhi orang Melayu yang selama ini tidak pernah memberi ruang gerakan ANTI KETUANAN MELAYU dan yang pernah mengugut ”LANGKAH MAYAT AKU DULU SEBELUM MALAYSIA MENJADI NEGARA ISLAM ”bersekongkol dengan DAP untuk menghapuskan segala hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera sebagai bangsa pribumi.

Wanangseri sekadar terfikir apakah konsep KETUANAN RAKYAT yang diwar-warkan oleh Pakatan Pembangkang itu adalah menifestasi perjuangan PKM melawan KETUANAN MELAYU. Apakah perjuangan PKM yang amat ditakuti itu kini subur semula oleh pakatan pembangkang atas nama KETUANAN RAKYAT ? Ingat!!! ”MELAYU MELAKA JATUH BUKAN KERANA KEKUATAN MUSUH TETAPI OLEH ANGKARA BELOTNYA ORANG MELAYU SENDIRI”

AYUH NAJIB SELAMATKAN NEGARA !!!

Tarikh peralihan kuasa kepimpinan negara dari Pak Lah ke Tok Najib masih terus menjadi teka teki. Semalam Pak Lah mengumumkan beliau tetap akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Disember ini. Ini makna tiada peralihan kepimpinan dalam waktu terdekat ini.

Dalam 3 bulan kebelakangan ini Wanangseri sempat memasang telinga untuk mendengar respon akar umbi yang boleh disimpulkan arus penolakan terhadap kepimpinan Pak Lah begitu kuat sekali. Beberapa persoalan yang ingin ditimbukan di sini :-

Apakah Pak Lah tidak menyedari hal ini atau dia terus teruja lantaran penyataan sokongan terhadapnya yang diberikan oleh sebahagian kepimpinan atasan UMNO ?. Bolehkah Pak Lah terus bertahan dalam menghadapi arus penolakan akar umbi yang begitu deras ? Apakah Tok Najib juga akan dibawa arus penolakan akar umbi terhadap kepimpinan Pak Lah menyebabkan dia akan turut karam bersama? Apakah tidak mungkin kedegilan Pak Lah untuk terus berkuasa membawa kepada penolakan terus kepada Umno atau akar umbi akan mengalihkan sokongan kepada sesiapa saja yang sanggup menentang Pak Lah?

Cuba kaji stuasi berikut :

i. Jika Pak Lah menang dalam pemilihan nanti,Insya Allah Tok Najib boleh menaruh harapan menjadi PM Keenam.

ii. Jika Pak Lah kalah atau tidak cukup percalonan, Tok Najib akan terus bertahan sekadar sebagai TPM untuk 1 atau 2 penggal lagi kerana sudah tentu presiden yang baru ingin juga jadi PM untuk sesuatu tempoh. Itupun kalau Tok Najib tidak dilawan atau dia menang dalam perlawanan itu. Ada juga khabar-khabar yang menyatakan bahawa telah ada tokoh-tokoh tertentu yang amat berminat untuk kerusi nombor 2 bagi menyaingi Tok Najib.

iii. Jika Tok Najib tidak membuat sesuatu untuk mengukuhkan kedudukannya dengan hanya membiarkan keadaan yang menentukannya, maka sudah pasti ada orang yang mencorakkan perjalanan politik negara yang akan meminggirkan Tok Najib dan Pak Lah. Tok Najib mesti berunding dengan Pak Lah supaya peralihan kuasa akan berlakunya sebelum pemilihan bahagian.

iv. Atau Tok Najib juga mengambil langkah berjaga-jaga supaya dia juga mendapat percalonan yang secukupnya untuk jawatan presiden, takut-takut Pak lah tidak cukup pencalonan dan ini boleh dijadikan sandaran sebagai kuasa penawar antara Pak Lah dan Tok Najib.

v. Pak Lah dan Khairi tidak boleh menduduki jawatan tertinggi parti dalam sesatu masa kerana ini hanya akan menyebabkan musuh Pak Lah akan terus mempunyai senjata untuk menyerang. Insya Allah Khairi akan menang jika dia bertanding Ketua Pemuda tetapi apakah ini akan memberi kelebihan bagi UMNO dalam menghadapi pilihanraya ke 13 nanti. Khairi adalah aset yang berguna untuk survival UMNO tetapi orang ramai akan terus muak dengan UMNO jika dipimpin oleh kedua anak menantu ini serentak. Salah seorang daripada mereka mesti berundur dan dalam keadaan ini Pak lah yang sewajarnya memberi laluan kepada Tok Najib untuk bersama-sama Khairi sebagai Ketua Pemuda.

vi. Selagi Pak Lah berkuasa dia akan terus dibelasah oleh bukan saja musuh BN tetapi orang-orang seperti DR M yang tidak boleh diperkecilkan pengaruhnya. Pak lah tidak akan dapat melaksanakan agenda pembangunan bangsa dan negara dengan lancar kerana gangguan-gangguan ini akan terus berterusan.

Wanangseri dan anak-anak cucu terus menagih sebuah negara yang aman damai dan Ketuanan Melayu terus terpelihara sampai bila-bila. Anak cucu sudah tentu tidak inginkan pemimpin yang berjasa seperti Pak Lah jatuh dengan kehinaan. Biarlah sesuatu pemergian diiringi dengan penghormatan dan meninggalkan sebuah warisan yang tidak tercalar dan sukar untuk dibaiki. "TOK NAJIB KAMU MESTI MENJADI WIRA SEPERTI AYAH KAMU YANG MENYELAMATKAN NEGARA KETIKA SAAT NEGARA HAMPIR MUSNAH 39 TAHUN YANG LALU".

Khamis, 12 Jun 2008

MENGAPA KAMI BUKAN BUMIPUTERA ?


Kemarin 10hb Jun, wanangseri telah diajukan soal oleh seorang pelajar bukan Melayu dalam Majlis Minggu Suaikenal di sebuah kolej swasta di Kuantan.

Soalan : Mengapa kami tidak diketogerikan sebagai Bumiputera sedangkan kami lahir di sini??

Wanangseri : Konsep kerakyatan bagi Persekutuan Tanah Melayu hanya bermula sekitar tahun 1948 iaitu apabila wujudnya negeri- negeri Melayu di persekutukan melalui gagasanPersekutuan Tanah Melayu. Sebelum itu konsep rakyat di negeri Melayu terbahagi kepada

1. RAKYAT RAJA : yang dirujuk kepada Kaum Pribumi orang Melayu dan orang Asli yang menjadi rakyat kepada raja negeri masing-masing. Orang Kedah, mereka rakyat kepada Sultan Kedah, Orang Pahang adalah rakyat kepada Sultan Pahang, Orang Terengganu adalah rakyat kepada Sultan Terengganu,. Begitu jugalah negeri Melayu yang lain. Orang Melayu yang berada dengan negeri-negeri selat sebenarnya juga rakyat kepada raja-raja perintah negeri berkenaan sebelum dijajah. Umpamanya orang Pulau Pinang adalah rakyat Sultan Kedah, Singapura rakyat Sultan Johor dan Melaka adalah rakyat Sultan Johor –Riau yang merupakan wilayah pengaruh sultan-sultan berkenaan sebelum kedatangan penjajah.

2. RAKYAT BRITISH : yang dirujuk kepada penduduk-penduduk bukan Melayu telah berdaftar sebagai rakyat British sebelum merdeka di negeri-negeri selat dan negeri-negeri Melayu yang lain. Ini termasuklah orang-orang yang telah mendaftarkan diri mereka sebagai rakyat BRITISH dalam komanwel.

3. ORANG YANG TERPUTUS KERAKYATAN DENGAN NEGERI ASAL : Mereka merupakan orang-orang dari benua China dan benua India yang datang merantau ke Tanah Melayu sekadar untuk mencari makan. Tetapi mereka akhirnya meminta untuk terus menetap dengan menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu apabila konsep ini dikenalkan oleh kerajaan British.


Semua RAKYAT RAJA sebagai kaum pribumi telah perakui sebagai BUMIPUTERA dalam Persekutuan Tanah Melayu manakala RAKYAT BRITISH DAN ORANG YANG TIADA KERAKYATAN mereka adalah orang mendatang bukannya pribumi maka mereka di terima sebagai rakyat dikenali sebagai bukan Bumiputera. Semua orang-orang yang hendak menjadi rakyat bagi Persekutuan Tanah Melayu ini telah bersetia menerima bahawa RAKYAT RAJA ada hak-hak istimewanya sebagai kaum pribumi kerana semua telah ada pada mereka sebelum 1948 lagi.

Manakala Rakyat British, orang China dan India bersetuju untuk menjadi rakyat bukan bumiputera dalam negeri bernama Persekutuan Tanah Melayu. Jadi orang bukan pribumi dan keturunannya tidak boleh menjadi bumiputera berasaskan permaufakatan nenek moyang kita dan nenek moyang rakan-rakan kita ini. Kalaulah nenek moyang mereka dahulu tidak menerima konsep bukan Bumiputera ini, sudah tentu rakan-rakan kita ini ( keturunan bekas rakyat British, Cina dan India).tidak menjadi rakyat Malaysia pada hari ini.SETIAP SUNGAI PASTI ADA HULUNYA, SETIAP HUJUNG PASTI ADA PANGKALNYA DAN SETIAP KINI PASTI ADA DAHULUNYA” Sejarah penting untuk kita tahu di mana kedudukan kita sekarang.

CAUVENIS : JANGAN MAIN API

Orang Melayu dituduh sering memainkan isu-isu perkauman sehingga menimbulkan kegelisahan kepada seluruh rakyat Malaysia. Siapakah yang sebenarnya BERMAIN API? Sekadar mengemukakan beberapa kes, Wanangseri ingin mengajak tuan-tuan berfikir sejenak dan menilai kes-kes berikut dengan penuh tanggunjawab :-

i. Siapa yang lebih perkuaman jika : YB Tan Seng Giau, DAP Kepong mengeluarkan kenyataan bahawa “AZAN SUBUH” mengganggu ketenteraman penduduk dan mencadangkan supaya diperlahankan sedangkan orang Melayu tidak mempersoalkan ibadat agama lain?

ii. Siapa yang lebih perkauman jika : Dato Tan Kee Kwon , Pengerusi Parti Gerakan Wilayah Persekutuan mencadangkan pada 10 April 2007 supaya mufti Perak dipecat sedangkan itu telah menyentuh bidang kuasa Sultan Perak sebagai ketua agama Islam di negerinya.?

iii. Siapa yang lebih perkauman jika : Ada orang yang menyokong kenyataaan Lee Kuan Yew bahawa orang Cina di Indonesia dan Malaysia telah dipinggirkan secara bersistematik sedangkan kenyataannya orang Cina merupakan kaum yang terkaya di rantau ini ?

iv. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada orang yang ingin menghapuskan DEB atas alasan ianya dasar berat sebelah untuk orang Melayu sahaja sedangkan orang Melayu tidak pernah mempersoalkan kejayaan orang bukan Melayu mengautkan kekayaan negara?

v. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada orang yang mempersoalkan kedaulatan raja-raja Melayu terhadap agama, bangsa dan negaranya, sedangkan orang Melayu tak pernah persoalkan hak bukan Melayu sebagai rakyat Malaysia seperti termaktub dalam perlembagaan negara ?

vi. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada wakil-wakil rakyat bukan Melayu yang enggan patuh kepada peraturan berpakaian lengkap adat istiadat seperti memakai songkok dalam majlis rasmi yang melibatkan raja dengan alasan ini pakaian orang Melayu ?

vii. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada wakil-wakil rakyat bukan Melayu yang enggan melafazkan ikral taat setia kepada raja perintah dalam istiadat angkat sumpah ahli dewan undangan negeri?

viii. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada orang bukan Melayu yang mendakwa KERIS yang merupakan bagai simbol perpaduan dan kedaulatan Melayu dianggap sebagai lambang keangkuhan Melayu hendak membunuh dan memerangi orang bukan Melayu sedangkan orang bukan Melayu terus hidup aman damai dalam pemerintahan berkonsep Ketuanan Melayu?

ix. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada orang bukan Melayu menyatakan konsep Ketuanan Melayu dan Kontak Sosial sebagai sesuatu yang lapuk dan menyakitkan hati orang bukan Melayu dengan dakwaan mereka menjadi hamba di negeri ini sedangkan orang Melayu rata-ratanya lebih rendah taraf sosio- ekonomi berbanding bukan Melayu ?

x. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada orang bukan Melayu yang terus membela tindakan “NAMA WE” seorang pelajar Malaysia keturunan Cina di Taiwan yang menghina ”Lagu NegaraKu”, Azan dan mencaci agama Islam sebagai tindakan yang tidak sengaja dan pelajar itu masih belum matang, sedangkan pelajar itu bukan budak higusan lagi. ?

xi. Siapakah yang lebih perkauman jika : Kaum bukan Melayu terus dapat mempertahankan SRJKC dan SRJKT tetapi dalam waktu yang sama menentangkan konsep Sekolah Wawasan yang bertujuan memupuk perpaduan sedangkan orang Melayu telah merelakan sekolah Melayu dihapuskan demi semangat setiakawan?

xii. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada orang bukan Melayu yang memuduhkan orang Melayu cuba menguasai Pulau Pinang sedangkan orang Cinalah yang telah mengetepikan orang Melayu dalam politik Pulau Pinang.

xiii. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada orang yang membidas Dato Seri Rafidah Aziz yang menetapkan syarat 30% ekuiti syarikat pelabur asing diberikan kepada Bumiputera sedangkan ada 70% lagi yang boleh direbut oleh bukan Bumiputera.?

xiv. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada pihak yang mendakwa kerajaan pimpinan Melayu melaksanakan dasar penghapusan etnik India sedangkan orang India terus hidup bebas, gembira dan membiak di negara ini. ?

xv. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada pihak tertentu mendesak penubuhan ”INTERFAITH COMMISSION” (IFC) iaitu sebuah badan yang meminta diberikan kuasa mengubah ajaran agama Islam jika didesakkan oleh agama lain?


Wanagseri tidak berhasrat untuk menyinggung perasaan mana-mana. Wajarkah orang Melayu tidak mempertahankan maruah bangsa dan agamanya jika provoktif yang dilakukan amat keterlaluan . Zahirkah kejujuran dalam setiap tindak tanduk perlakuan kita agar sikap saling hormat menghormati yang menjadi budaya masyarakat Malaysia terus terpelihara. Orang Melayu tidak pernah bersikap cauvenis malah dah banyak bertolak ansur sebaliknya orang lainlah tidakpernah bersyukur dan tidak pernah cukup dengan apa yang mereka dapat.!! Janganlah ”JANGAN BERMAIN API, KELAK TERBAKAR RUMAH SENDIRI” . !!!!