Selasa, 17 Februari 2009
MORAL BUKAN MENENTU PENENTU KEMENANGAN LAGI ?
ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong telah meletakkan jawatan sebentar tadi kerana isu moral (gambar lucah) Begitu juga di Bukit Selambau ADUN Bukit Selambau Kedah terpaksa meletakkan jawatan kerana isu moral yang melibatkan anak luar nikah dan perempuan simpanan.
Kedua-dua bekas ADUN PKR ini mendakwa mereka dianiayai atau konspirasi puak-puak jahat dan kianat. Apakah dakwaan yang mereka mangsa kepada orang-orang yang berniat jahat ini berjaya meraih sempati pengundi untuk mengekalkan sokongan terhadap PR ?. Sama-samalah kita tunggu!!.
Dulu Dr Chua Soi Lek juga terpaksa melepas jawatannya kerana skandal sex. Namun walaupun dia tidak menjadi YB dan menteri tetapi ia tetap mendapat tempat di kalangan pendokong-pendokong parti sehingga dia menang Timbalan Prasiden MCA.
Nampaknya isu moral bukanlah persoalan utama untuk maruah satu-satu parti. Ia di lihat sebagai persoalan hak individu. Kadang-kadang pesalah-pesalah moral itu akan dinobat sebagai itu HERO pula.
Apakah ini tidak boleh berlaku pada Elizabeth Wong dan V. Arumugan yang mungkin nanti akan menjadi hero dan peransang yang boleh membawa kepada kemenangan calon-calon PR yang akan mengantikannya ?
Bagi BN tak ada pilihan lain kecuali menang ketiga-tiga pilihanraya Kecil ini. Kedudukan kini menyebelahi PK 2-0 dan BN tak mampu untuk kalah lagi . Untuk menang UMNO mesti berubah banyak, tak boleh mengharapkan isu moral dan pembangunan menjadi modal kempen. UMNO/BN kena buang semua sikap yang meloya dan memuakkan para pengundi. UMNO kena banyak muhabah diri dan membuat pembaikan dan pembetulan.
BN kena menangai isu ABU ( Asal Bukan UMNO , termasuklah BN juga ) yang merupakan senjata yang paling umpuh digunakan oleh PR dalam pilihanraya yang lalu. Keadaan dah terbalik bagi BN pengundi memilih calonnya yang mesti bermoral dan bermaruah. Tetapi lawan BN tak kisah kerana pengundi memilih parti bukannya calon.
Wanang seri " SESAL DI HUJUNG JALAN, BALIK KE PANGKAL JALAN"
IMUNITI RAJA TERHAPUS : ANWAR CUCI TANGAN ?
Umum tahu Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim yang ketika itu sebagai Naib Presiden UMNO dan Menteri Kewangan Kerajaan BN merupakan antara Panglima Besar bagi menghapuskan Imuniti Raja-raja Melayu di awal tahun 90an dulu. ( baca Mokhtar Petah : Semua Parti Politik Sokong Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu : ART Media Kuala Lumpur : 1993)
Wanang Seri tidak berhasrat berhujah tentang wajar atau tidaknya tindakan pemansuhan "kekebalan Raja-raja"yang telah berlalu 17 dahulu. Mungkin ada kewajaran maka bijak pandai ahli-ahli Parlimen termasuk pembangkang ( DAP dan PAS ) telah memberikan sokongan kepadanya yang dikatakan menepati amalan " Demokrasi Raja Beperlembagaan.
Namun kini, setelah adanya suara-suara keras yang mempersoalkan kewajaran pemansuhan akibat siri-siri penghinaan kepada Institusi Raja-raja. Maka DS Anwar dan rakan-rakan dalam PKR termasuk Dato Fauzi Rahman dengan "SESEDAP MULUT" hanya mempersalahkan orang lain ( pemimpin UMNO hari) atas akibat perbuatan lampau mereka. Apakah ini jenis pemimpin yang bertanggungjawab, yang "cuci tangan" sedangkan tangannya di antara yang mencincang "Imuniti Raja-raja menjadi hancur" dan mengapa pula mereka tidak berberani untuk memikulnya.
Tidakkah tindakan DS Anwar dan rakan2nya yang menyalahkan pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir semata-mata sebagai satu tindakan dayus? Seperti dayusnya seorang ayah yang lari dari tanggungjawab terhadap anak-anaknya dan menyerahkan segala-galanya kepada bekas isteri setelah mereka bercerai.? Mengapa anak-anak yang dipersalahkan sedangkan mereka hanya menerima kesan perbuatan generasi terdahulu?
Wanang seri " KE GUNUNG SANA DI DAKI KE LAUTAN SAMA DI RENANGI "

Jumaat, 13 Februari 2009
MELAYU DERHAKA : SIAPA TOK GURUNYA?
Bila rakyat mula tergamak berkelahi dengan raja, ramailah yang menyalahkan UMNO kerana meluluskan pindaan Perlembagaan menghapuskan imuniti raja-raja pada awal 90an dulu. Ekoran dari itu banyaklah suara-suara yang imuniti dikembalikan. Sama ada ianya disuarakan dengan niat benar-benar ikhlas untuk melihat Institusi Raja-raja terus utuh atau sekadar retorik kepentingan politik pihak-pihak tertentu sahaja, masing-masinglah yang lebih maklum.
Setelah 17 tahun imuniti raja-raja dimansuhkan, kini telah ada rakyat dari orang Melayu sendiri berani menukarkan merafak sembah " Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon Di Ampun " kepada "Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon Derhaka". Daripada siapa Melayu ini belajar dan berguru menjadi biadap dan derhaka sebegini?. Apakah telah lahir satu budaya baru dalam masyarakat kita yang selama ini amat berbudi bahasa kepada budaya biadap lagi tidak beradab?
Sama ada disedari atau tidak, budaya biadap ini mula dinyanyikan oleh pakatan pembangkang yang ditunjungi kaum-kaum tertentu melalui irama "Malaysian Malaysia" sehingga membawa kepada tercetusnya Rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang lalu. Kini lagu lama yang diberikan nafas baru "Ketuanan Rakyat" dinyanyikan semula dan berjaya pula mendapat tempat di hati ramai anak-anak muda termasuk Melayu sehingga sanggup mereka berlaku biadap kepada pemimpin dan juga derhaka kepada raja sebagai tunggak ketuanan bangsa dan ketua agamanya sendiri.
Tindakan tuan-tuan guru budaya biadap ini, telah mewariskan ajaran songsang ini kepada rakan-rakan Melayu mereka yang berada dalam apa yang mereka namakan sebagai Pakatan Rakyat. Ajarannya ialah setiap perkara yang peruntukan tentang hak Melayu dan Keistimewaan Raja-raja Melayu dalam Perlembagaan Negara dan Negeri dilihat sebagai sesuatu yang tidak adil dan bersalahan dengan hak asasi manusia. Ianya mesti ditentang dengan apa cara sekalipun.
Wanang seri " HIDUP DIKANDUNG ADAT, MATI DIKANDUNG TANAH"
Khamis, 12 Februari 2009
TEKI-TEKI: SETAN, GAMPANG DAN CELAKA
AKU UMPAMA SEEKOR ULAR
PERANGAI KU KASAR MULUT CELUPAR
SELAYAKNYA AKU KENA PENAMPAR
KALAU TIDAK AKU TAK SEDAR !
AKU PENGAMAL UNDANG-UNDANG
MELAYU DAN ISLAM AKU TENTANG
BIAR TUMBANG BIAR TERLENTANG
MEMANG AKU JENIS BINATANG !
KETUANAN MELAYU AKU BENCI
RAJA MELAYU KU HINA KU CACI
TAK MAMPU BERDIRI AKU BERKERUSI
MEMANG AKU BUSUK HATI !
SULTAN PERAK AKU SELAR
TAK TAU UNDANG-UNDANG AKU GELAR
SULTAN SELANGOR AKU CABAR
MEMANG AKU KURANG AJAR !
HANYA AKU YANG PALING PANDAI
NUWAR BRAHIM BODOH BAK KELDAI
KIT SIANG, GUAN ENG BANGANG TAK TERPAKAI
PAKATAN PEMBANGKANG BERKECAI-BERAI !
AKU MEMANG TAK SEDAR DIRI
KERAKYATAN INI RAJA MELAYU YANG BERI
UNDI MEREKA AKU JADI YB
HOBI AKU MABUK MINUM TODI !
MAT NIZAR JAMALUDDIN AYUH DERHAKA
IKUT AKU MENYAMAN RAJA
PERSETANKAN SAJA TATA SUSILA
MEMANG AKU TAK SETIA NEGARA !
KERAKYATAN AKU LUCUTKAN SAJA
KERANA AKU DAH BANYAK DOSA
RELALAH AKU HIDUP DI PEJARA
KERAJAAN TAKUT KE NAK GUNA KUASA ?
"JANGAN MAIN-MAIN DENGAN SAYA "
HASUT DAN UGUT AKU PUNYA SENJATA
PEGUAM NEGARA BUAT DOK SAJA
KU PUNYA "IMUNITI" DARI PERUNDANGAN NEGARA ?
TAK TAU ADAB, BIADAPLAH AKU
SOMBONG ANGKUH MEMANG PAKAIANKU
NAK AMALKAN ISLAM LANGKAH MAYATKU
HERAN, ADA JUGA MELAYU YANG SOKONG AKU?
WAHAI MELAYU YANG TAK SEDAR DIRI
MENGAPA BERBALAH SESAMA SENDIRI
HILANG RAJA HILANGLAH NEGERI
TAK TAU KE AKU NI, JAHAT MACAM YAHUDI !
AKU TAKUT UMNO KUASA SEMULA
PAS "PARTI ANGGUK SAJA"
PKR "PARTI KELENTONG RAKYAT JELATA"
DAP "DAPAT AKU PERKOSA!"
KALAU UMNO LEMAH TAK BERTENAGA
TENTU ISLAM BINASA MERANA
KETUANAN MELAYU KE MUZIUM AKHIRNYA
KETUANAN KERAKYATAN AKULAH BERTAHTA
AKU LAGAKAN MELAYU DAN RAJA
KERANA GENG-GENG AKU GILA KUASA
CINA DAN INDIA KU HASUT BELAKA
JADI MALAYSIA MACAM SINGAPURA
AKU NYANYUK DAH TUA BANGKA
TAK LAMA LAGI AKU KE NERAKA
AKU SETAN, GAMPANG DAN CELAKA
SIAPA AKU CUBA-CULALAH TEKA???

Isnin, 9 Februari 2009
AMPUN TUANKU!! UMNO BERALAH : PR BERBALAH ?
Kes seperti yang berlaku di Perak sekarang bukanlah perkara baru. Ianya telah beberapa kali berlaku dan UMNO sebagai pihak yang sentiasa terlibat mengambil pendekatan beralah bukannya berbalah dengan raja atau sultan demi sebuah negara dan negeri aman dan berdaulat.
Kes pertama:Tan Sri Haji Mohd Ghazali bin Haji Jawi dengan Sultan Perak pada tahun 1974. Walaupun Ghazali Jawi bertegas untuk terus menjadi MB tetapi hanya bertahan seketika saja kerana akhirya ia mengalahkan kepada titah Sultan Idris (Sultan Perak ketika itu). Ini dilakukan bukan kerana tindakan UMNO dan Ghazali Jawi itu bersalahan dengan peruntukan Perlembagaan Negeri Perak dan Perlembagaan Negara tetapi kerana menjunjung kasih atas kedaulatan Institusi Raja-raja dan tidak tergamak menderhaka kepada payong negeri.
Kes Kedua : Melibatkan Sultan Pahang yang menolak perlantikan Tuan Hj (Dato) Abdul Rahim Bakar sebagai Menteri Besar Pahang. UMNO dan Rahim Bakar akhirnya akur untuk berundur demi menjunjung titah tuanku sultan sedangkan ketika Rahim Bakar mendapat sokongan tertinggi di DUN Pahang.
Kes Ketiga : Mengenai perlantikan Menteri Besar Perlis selepas pilihanraya baru-baru ini. Walaupun UMNO telah membuat keputusan bagi melantik semula Dato Sri Shahidan Kassim sebagai MB. Namun kerana menghormati kemahuan Tuanku Raja Perlis dan ditambah pula Shahidan tidak lagi mendapat sokongan majoriti DUN Perlis akhirnya Dato Dr Muhamad Isa Sabu dipersetujui menjadi MB Perlis yang baru.
Kes Keempat : Ialah krisis politik Terengganu juga berlaku selepas pilihanraya ke 12 lalu. Walaupun Dato Sri Idris Jusuh memperolehi sokongan terbesar dikalangan ahli DUN Negeri dan juga sudah menamakan oleh Prasiden UMNO sebagai MB Terengganu. Akhirnya tanpa mengangkat sembah derhaka, Idris Jusuh merestui pelantikan Dato Ahmad Said sebagai pengantinya.
Moral daripada kes-kes ini: kita dapati bahawa UMNO sentiasa akur dengan permintaan raja dalam isu perlantikan Menteri Besar ini. UMNO tidak angkuh untuk mendakwa merekalah yang benar dan raja mesti patuh walaupun perlembagaan mungkin boleh ditafsirkan bahawa UMNO pada ketika itu yang lebih berkuasa untuk menentukan kedudukan seorang Menteri Besar berbanding kuasa raja yang dikatakan mesti bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau Menteri Besar.
Sebaliknya, pembangkang terus berkeras untuk terus berbalah dengan raja dan sultan semata-mata untuk menegakkan bahawa merekalah yang benar. Pembangkang lebih rela negara ini kucar-kacir, orang Melayu dan Raja-raja dicaci hina dengan menyemarakkan sembah "PATIK MOHON DERHAKA"
Wanangseri " MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU" negeri tidak aman bagai PADANG JARAK PADANG TERKUKUR!!"

IMUNITI RAJA HILANG vs KARPAL SINGH KEBAL
Tiada siapa yang betul bagi Pengerusi DAP Karpal Singh. Semalam semua orang di selarnya. Dari orang-orang biasa yang membuat laporan polis terhadapnya hinggalah ke Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya dalam kepimpinan DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Jadi, apa yang peleknya jika dia terus memperlekehkan Orang Melayu sama ada Melayu UMNO atau Melayu PAS. Raja-raja Melayu pun dia sanggup lawan, inikan pula orang rakyat biasa.
Apa kah Karpal Singh mempunyai "imuniti"? Makanya, dia amat berani buat apa saja, termasuk mencerca orang, menghina Agama Orang Melayu dan menderhaka kepada Institusi Raja-raja.
Peguam Negara pun semacam memperakui bahawa Karpal Singh tidak lut dengan undang-undang negara " sebab itu walaupun beratus-ratus laporan polis terhadapnya, namun tiada sebarang tindakan yang mampu diambil.
"Jangan main-main dengan saya " tegas Karpal Singh. Karpal Singh boleh mempermainkan undang-undang dengan "warning" orang ini, ugut orang itu. Mungkinkah kerana dia mempunyai "imuniti" mengalahkan raja-raja Melayu yang membuatkan dia " Beraja di hati, bersultan di Mata " Sebaliknya raja dan institusi Raja-raja Melayu pula yang semakin terancam dan diancam.
Kini semakin ramai pula Melayu yang mula berani mempertikaikan kedaulatan Institusi Raja-raja Melayu dan tak kurang yang sanggup derhaka. Maka lahirlah Melayu-melayu yang tidak sedar diri rela bersekongkol mempertahankan tindakan Karpal Singh yang biadap itu. Apakah imuniti Raja-raja yang terhapus telah dimiliki pula oleh Karpal Singh?
Wanangseri " Kerja Raja Di junjung Kerja Sendiri Di Kelek"

Jumaat, 6 Februari 2009
SAMAN SULTAN : MAT NIZAR BERGURU DENGAN DAP
Pada 28 Mei 2008 melalui blog ini, Wanangseri telah menulis atas DAP AJAR PKR DAN PAS JADI BIADAP. Ternyata apa yang dituliskan itu benar. 30 tahun berlalu, tepatnya pada 25 Ogos 1979 Karpal Singh menyaman Sultan Selangor Al Marhum Sultan Salihuddin dan kini Mat Nizar berguru dengan Tok Guru Karpal Singh menyaman Sultan Perak pula.
Nampaknya, DAP tidak saja berjaya menjadikan orang-orang Melayu menjadi biadap sesama Melayu tetapi dah mula berani derhaka kepada sultan yang menjadi payung negara dan ketua agama.
Inilah dia " Trend Perubahan Malaysian Malaysia" dari Ketuanan Melayu kepada Ketuanan Rakyat" berhasilnya mewujudkan Melayu-melayu yang berani kurang ajar, berani biadab dan berani derhaka.
Jangan hairan nanti akan lebih banyak lagi anak-anak muda Melayu yang terikut-ikut menjadi biadap pada orang tua-tua, derhaka pada ibu bapa, raja dan negara. Kalau Jebat derhaka kerana membela saudara yang teranianya, Mat Nizar derhaka kerana belajar dengan Karpal Singh dan geng-geng yang memang derhaka itu adalah sikapnya. Benarlah kata peribahasa yang menyatakan "Berkawan dengan pembuat minyak wangi diri akan wangi ,Berkawan dengan pandai besi diri berbau besi"
Kata Hang Tuah "Melayu Tak Hilang Di Dunia" Apakah Melayu yang tinggal itu? Adakah Melayu yang tidak beradat, tidak beradab dan yang biadap serta derhaka saja ???
Wanangseri "BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT.
Khamis, 5 Februari 2009
PERAK : KERAJAAN LOMPAT SESUMPAH ?
Sultan Perak dah titahkan Mat Nizar melepaskan jawatan MB Perak. Ini bermakna cita-cita BN hendak kembali memerintah Perak hampir menjadi kenyataan. Sultan Perak yang juga seorang pakar undang-undang pastinya telah membuat keputusan yang tidak menyanggahi prinsip-prinsip Demokrasi Raja Perlembagaan amalan kita.
Bubarkan DUN dan dapatkan semula mandat rakyat mungkin merupakan langkah yang lebih beradab dari amalan masuk ikut tingkap. Tetapi langkah Mat Nizar mengumumkan pembubaran DUN Perak tanpa terlebih mendapat perkenan baginda sultan lebih tidak beradab dan biadap. Tindakan durhaka mendahului sultan ini telah memakan diri Mat Nizar dan kerajaan pimpinannya sendiri !!.
Namun, BN jangan terlalu gembira kerana berjaya mewujudkan kerajaan hasil lompatan ala sesumpah yang pastinya bakal berdepan dengan pelbagai dan tanggapan dan masalah.
ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering (walaupun tidak menyertai BN ) terpaksa melalui proses membersihkan diri di mahkamah pada 10 dan 11 Februari ini . Kalau mereka kalah dalam perbicaraan pastinya mereka terlucut jawatan dan terpaksalah diadakan pilihanraya kecil. Katalah kalah BN dalam pilihanraya kecil itu, tukar kerajaan sekali lagi ke? Minta-minta dijauhkan Allah, tidak berlakulah hendaknya!!.
Wanangseri tak percaya sangat dengan spesis-spesis lompat ni. Hari ini lompat ke sini, esok lompat ke sana, lusa tak taulah nak lompat ke mana lagi . Mana-mana ada tempat yang lebih sejuk di situlah dia melompat. Silap-silap, BN terpaksa pastikan tempat-tempat yang sejuk untuk spesis-spesis lompat ni ! Kalau tidak, tak tau nasib kerajaan BN Perak selepas ini?. Jadi Thailand lah pulak !!.
Namun kita yakin Kerajaan BN tak macam tu. Kerajaan Lompat pernah wujud di Terengganu dan Sabah. Namun Kerajaan BN terus cemerlang di sana. Adalah "gangguan sementara" berlaku di Terengganu pada 1999 tapi Sabah terus kekal sampai hari ini.
UMNO/BN kalau nak kekal kenalah berhati-hati. Jangan mudah sangat, janganlah jadi macam tong kosong, ikut apa sahaja yang nak melompat dan nak masuk . "Kalau masuk air jadi tong air. Masuk beras jadi tong beras. Masuk sampah jadi tong sampah. Masuk taik jadi tong taiklah" Tapis-tapislah sikit!!!!
Wanangseri " JANGAN JADI SESUMPAH NANTI KITA KENA SUMPAH"

Selasa, 3 Februari 2009
ADUN PERAK BERSIHKAN DIRI DULU ?
Hari ini SPR akan membuat keputusan sama ada pilihanraya kecil akan berlaku Changkat Jering dan Behrang. Ini sesuatu yang menarik kerana inilah (kalau tak silap) merupakan kes pertama berlaku di negara ini. Oleh itu tiada sumber rujukan bagi SPR untuk menangani isu ini.
Dalam keadaan berteka-teki ini ini, Wanangseri lebih berminat untuk melihat kewajaran UMNO untuk mempelawa kedua-dua mereka, Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi lompat menyertai UMNO/BN atau kedua-dua ADUN (bekas ADUN ?) yang ingin sangat keluar dari PKR ?
Wanangseri berpendapat tiada kebaikannya kepada UMNO/BN jika kedua-dua ADUN ini menyertai UMNO/BN pada masa kini. Dalam keadaan mereka yang bakal dibicarakan di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 10 dan 11 Februari ini, biarlah mereka membersihkan diri mereka dahulu daripada UMNO terus digelumangkan dengan orang-orang yang bermasalah semacam ini.
UMNO yang masih terkial-kial mengubati diri dari rasuah politik, maka penyertaan kedua-dua mereka ini ke dalam UMNO hanya akan menyesahkan tuduhan bahawa penyakit kronik ini merupakan penyakit yang membarah dalam tubuh UMNO.
Biarlah orang-orang yang diambil tindakan oleh Lembaga Displin UMNO kerana terlibat dengan politik wang menyeberang menyertai PKR, PAS atau DAP tetapi pastikan UMNO hanya disertai oleh orang-orang yang bebas dari penyakit ini a jika tidak mahu UMNO/BN mati dek penyakit kronik ini.
Lebih baik UMNO/BN bersedia menghadapi pilihanraya kecil ini secara "anak jantan"jika SPR memutuskan pilihanraya kecil akan berlaku. Kalau SPR tidak memperakui perletakan jawatan mereka biarlah mereka terus dalam PKR. Jika mereka sudah bersih dan kemudian ikhlas untuk menyertai UMNO/BN tanpa umpan, ungkit, dan ugut bolehlah dipertimbangkan kewajarannya.
Tak payahlah UMNO/BN bersikap mencari jalan pintas untuk mencari kebahagian dengan cara membunjur lalu melentang patah. UMNO kena membuat dignosis untuk mengubat penyakit yang ada bukan dengan menelan apa-apa sahaja ubat. Peribahasa Melayu "SEJERNIH-JERNIH AIR, KALAU MELALUI PEMBULUH YANG KOTOR, TENTU KOTOR JUGA. Biarlah kedua-dua ADUN itu membersihkan dirinya dulu!!!. salam

Langgan:
Catatan (Atom)