Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Jumaat, 6 Februari 2009

SAMAN SULTAN : MAT NIZAR BERGURU DENGAN DAP

Pada 28 Mei 2008 melalui blog ini, Wanangseri telah menulis atas DAP AJAR PKR DAN PAS JADI BIADAP. Ternyata apa yang dituliskan itu benar. 30 tahun berlalu, tepatnya pada 25 Ogos 1979 Karpal Singh menyaman Sultan Selangor Al Marhum Sultan Salihuddin dan kini Mat Nizar berguru dengan Tok Guru Karpal Singh menyaman Sultan Perak pula.
Nampaknya, DAP tidak saja berjaya menjadikan orang-orang Melayu menjadi biadap sesama Melayu tetapi dah mula berani derhaka kepada sultan yang menjadi payung negara dan ketua agama.
Inilah dia " Trend Perubahan Malaysian Malaysia" dari Ketuanan Melayu kepada Ketuanan Rakyat" berhasilnya mewujudkan Melayu-melayu yang berani kurang ajar, berani biadab dan berani derhaka.
Jangan hairan nanti akan lebih banyak lagi anak-anak muda Melayu yang terikut-ikut menjadi biadap pada orang tua-tua, derhaka pada ibu bapa, raja dan negara. Kalau Jebat derhaka kerana membela saudara yang teranianya, Mat Nizar derhaka kerana belajar dengan Karpal Singh dan geng-geng yang memang derhaka itu adalah sikapnya. Benarlah kata peribahasa yang menyatakan "Berkawan dengan pembuat minyak wangi diri akan wangi ,Berkawan dengan pandai besi diri berbau besi"
Kata Hang Tuah "Melayu Tak Hilang Di Dunia" Apakah Melayu yang tinggal itu? Adakah Melayu yang tidak beradat, tidak beradab dan yang biadap serta derhaka saja ???
Wanangseri "BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT.

Tiada ulasan: