Tiada siapa yang betul bagi Pengerusi DAP Karpal Singh. Semalam semua orang di selarnya. Dari orang-orang biasa yang membuat laporan polis terhadapnya hinggalah ke Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya dalam kepimpinan DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Jadi, apa yang peleknya jika dia terus memperlekehkan Orang Melayu sama ada Melayu UMNO atau Melayu PAS. Raja-raja Melayu pun dia sanggup lawan, inikan pula orang rakyat biasa.
Apa kah Karpal Singh mempunyai "imuniti"? Makanya, dia amat berani buat apa saja, termasuk mencerca orang, menghina Agama Orang Melayu dan menderhaka kepada Institusi Raja-raja.
Peguam Negara pun semacam memperakui bahawa Karpal Singh tidak lut dengan undang-undang negara " sebab itu walaupun beratus-ratus laporan polis terhadapnya, namun tiada sebarang tindakan yang mampu diambil.
"Jangan main-main dengan saya " tegas Karpal Singh. Karpal Singh boleh mempermainkan undang-undang dengan "warning" orang ini, ugut orang itu. Mungkinkah kerana dia mempunyai "imuniti" mengalahkan raja-raja Melayu yang membuatkan dia " Beraja di hati, bersultan di Mata " Sebaliknya raja dan institusi Raja-raja Melayu pula yang semakin terancam dan diancam.
Kini semakin ramai pula Melayu yang mula berani mempertikaikan kedaulatan Institusi Raja-raja Melayu dan tak kurang yang sanggup derhaka. Maka lahirlah Melayu-melayu yang tidak sedar diri rela bersekongkol mempertahankan tindakan Karpal Singh yang biadap itu. Apakah imuniti Raja-raja yang terhapus telah dimiliki pula oleh Karpal Singh?
Wanangseri " Kerja Raja Di junjung Kerja Sendiri Di Kelek"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan