Sultan Perak dah titahkan Mat Nizar melepaskan jawatan MB Perak. Ini bermakna cita-cita BN hendak kembali memerintah Perak hampir menjadi kenyataan. Sultan Perak yang juga seorang pakar undang-undang pastinya telah membuat keputusan yang tidak menyanggahi prinsip-prinsip Demokrasi Raja Perlembagaan amalan kita.
Bubarkan DUN dan dapatkan semula mandat rakyat mungkin merupakan langkah yang lebih beradab dari amalan masuk ikut tingkap. Tetapi langkah Mat Nizar mengumumkan pembubaran DUN Perak tanpa terlebih mendapat perkenan baginda sultan lebih tidak beradab dan biadap. Tindakan durhaka mendahului sultan ini telah memakan diri Mat Nizar dan kerajaan pimpinannya sendiri !!.
Namun, BN jangan terlalu gembira kerana berjaya mewujudkan kerajaan hasil lompatan ala sesumpah yang pastinya bakal berdepan dengan pelbagai dan tanggapan dan masalah.
ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering (walaupun tidak menyertai BN ) terpaksa melalui proses membersihkan diri di mahkamah pada 10 dan 11 Februari ini . Kalau mereka kalah dalam perbicaraan pastinya mereka terlucut jawatan dan terpaksalah diadakan pilihanraya kecil. Katalah kalah BN dalam pilihanraya kecil itu, tukar kerajaan sekali lagi ke? Minta-minta dijauhkan Allah, tidak berlakulah hendaknya!!.
Wanangseri tak percaya sangat dengan spesis-spesis lompat ni. Hari ini lompat ke sini, esok lompat ke sana, lusa tak taulah nak lompat ke mana lagi . Mana-mana ada tempat yang lebih sejuk di situlah dia melompat. Silap-silap, BN terpaksa pastikan tempat-tempat yang sejuk untuk spesis-spesis lompat ni ! Kalau tidak, tak tau nasib kerajaan BN Perak selepas ini?. Jadi Thailand lah pulak !!.
Namun kita yakin Kerajaan BN tak macam tu. Kerajaan Lompat pernah wujud di Terengganu dan Sabah. Namun Kerajaan BN terus cemerlang di sana. Adalah "gangguan sementara" berlaku di Terengganu pada 1999 tapi Sabah terus kekal sampai hari ini.
UMNO/BN kalau nak kekal kenalah berhati-hati. Jangan mudah sangat, janganlah jadi macam tong kosong, ikut apa sahaja yang nak melompat dan nak masuk . "Kalau masuk air jadi tong air. Masuk beras jadi tong beras. Masuk sampah jadi tong sampah. Masuk taik jadi tong taiklah" Tapis-tapislah sikit!!!!
Wanangseri " JANGAN JADI SESUMPAH NANTI KITA KENA SUMPAH"
Khamis, 5 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan