Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu yang berlangsung di Kuala Terengganu semalam telah mengeluarkan kenyataan khas bagi mengingatkan rakyat jelata supaya berhenti dari membuat kenyataan yang mempertikaik dan mempersoalkan perkara-perkara yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mempertikaikan perkara-perkara seperti Hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera bererti mempertikaikan kelahiran dan kewujudan negara Malaysia ini sendiri.
Tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi kerana setiap rakyat seharusnya bersama-sama membina kemajuan negara ini sebagai rakyat yang baik dan setia. Perkara ini sudahpun selesai apabila semua kaum telahpun bersetuju melalui "kontrak sosial " sebelum merdeka lagi yang meletakkan hak-hak kaum masing-masing sebagai warganegara Tanah Melayu ( Kemudian Malaysia ) mengikuti klasifikasi Bumiputera dan Bukan Bumiputera terpelihara.
Sesiapa yang tidak bersetuju dengan ketetapan bahawa negeri ini adalah Melayu, berajakan Raja-raja Melayu, sewajarnya menanya diri sendiri, apakah selayaknya dia menjadi warganegara Malaysia ? Atau mengambil langkah mulia dengan melucutkan diri sebagai warganegara Malaysia dan mencari kerakyatan di negara lain yang lebih baginya dari negara ini.!
Peribahasa Melayu untuk kita sama-masa hayati. "PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN, ORANG TAK HENDAK AKU TAK INGIN"
2 ulasan:
Rakyat tidak boleh ambil mudah peringatan Raja Melayu ini. Tiba masanya kini bahasa pengantar dalam subjek sains dan matematik dikembalikan semula dalam bahasa Melayu bagi memberikan hak bahasa kebangsaan -memuliakan kedudukan dan kemuliaan bahasa Melayu di persada negara.
Setuju. Tak ada hinanya kita menggunakan bahasa Melayu. Orang-orang berjaya negara kita ini khasnya yang di zaman DEB semuanya belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Orang Malaysia pertama pergi ke angkasa lepas pun produk bahasa Melayu juga. Mungkinkah sokongan pada UMNO merosot inipun gara-gara UMNO tak pertahankan bahasa Melayu juga?
Catat Ulasan