Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Selasa, 3 Februari 2009

ADUN PERAK BERSIHKAN DIRI DULU ?

Hari ini SPR akan membuat keputusan sama ada pilihanraya kecil akan berlaku Changkat Jering dan Behrang. Ini sesuatu yang menarik kerana inilah (kalau tak silap) merupakan kes pertama berlaku di negara ini. Oleh itu tiada sumber rujukan bagi SPR untuk menangani isu ini.

Dalam keadaan berteka-teki ini ini, Wanangseri lebih berminat untuk melihat kewajaran UMNO untuk mempelawa kedua-dua mereka, Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi lompat menyertai UMNO/BN atau kedua-dua ADUN (bekas ADUN ?) yang ingin sangat keluar dari PKR ?

Wanangseri berpendapat tiada kebaikannya kepada UMNO/BN jika kedua-dua ADUN ini menyertai UMNO/BN pada masa kini. Dalam keadaan mereka yang bakal dibicarakan di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 10 dan 11 Februari ini, biarlah mereka membersihkan diri mereka dahulu daripada UMNO terus digelumangkan dengan orang-orang yang bermasalah semacam ini.

UMNO yang masih terkial-kial mengubati diri dari rasuah politik, maka penyertaan kedua-dua mereka ini ke dalam UMNO hanya akan menyesahkan tuduhan bahawa penyakit kronik ini merupakan penyakit yang membarah dalam tubuh UMNO.

Biarlah orang-orang yang diambil tindakan oleh Lembaga Displin UMNO kerana terlibat dengan politik wang menyeberang menyertai PKR, PAS atau DAP tetapi pastikan UMNO hanya disertai oleh orang-orang yang bebas dari penyakit ini a jika tidak mahu UMNO/BN mati dek penyakit kronik ini.

Lebih baik UMNO/BN bersedia menghadapi pilihanraya kecil ini secara "anak jantan"jika SPR memutuskan pilihanraya kecil akan berlaku. Kalau SPR tidak memperakui perletakan jawatan mereka biarlah mereka terus dalam PKR. Jika mereka sudah bersih dan kemudian ikhlas untuk menyertai UMNO/BN tanpa umpan, ungkit, dan ugut bolehlah dipertimbangkan kewajarannya.

Tak payahlah UMNO/BN bersikap mencari jalan pintas untuk mencari kebahagian dengan cara membunjur lalu melentang patah. UMNO kena membuat dignosis untuk mengubat penyakit yang ada bukan dengan menelan apa-apa sahaja ubat. Peribahasa Melayu "SEJERNIH-JERNIH AIR, KALAU MELALUI PEMBULUH YANG KOTOR, TENTU KOTOR JUGA. Biarlah kedua-dua ADUN itu membersihkan dirinya dulu!!!. salam

1 ulasan:

SaKa AdiWangsa berkata...

Tetapi kalau ia di'filter' terlebih dahulu, tak mustahil ia akan bersih kembali....Bagus la depa dah jd bebas, baru terkangkang la PkR