Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Ahad, 5 Julai 2009

PPMSI : TALKIN UNTUK UMNO


Semalam Wanangseri berada dengan sekelompok pelajar tajaan JPA yang akan melanjutkan pelajaran di bidang kedoktoran ke Ukraine dan Republik Chezh. Mereka menanyakan tentang keputusan PPSMI bila akan dimuktamadkan sambil menyuarakan kebimbangan tentang masa depan Bahasa Melayu di negara ini.

Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dakwa mereka adalah penyumbang utama kepada kejumudan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara jika ianya diteruskan.Tak mustahil ianya akan menerima nasib bahasa-bahasa suku Red Indian di US atau Bahasa Tagalog di Filipina ujur mereka.

Wanagseri turut berkongsi keresahan yang sama sebagaimana yang pernah disuarakan dalam tulisan yang lalu. Apakah Bahasa Melayu sekadar menjadi "Bahasa Basahan" yang hanya digunakan secara yang amat terhad sekali?

Harapan kita, walau apapun alasan yang bakal diberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana yang juga Menteri Pelajaran nanti, ianya akan memartabatkan semula Bahasa Melayu sebagai BAHASA PENGANTAR DAN ILMU, BAHASA PENGANTAR DAN BAHASA NEGARA sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa Kebangsaan seperti termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Negara.

Pelajar-pelajar itu memaklumkan bahawa rakan-rakan mereka lebih-lebih lagi pelajar Bukan Melayu sudah menggangap Bahasa Melayu tidak penting dan tidak perlu dikuasai lagi.Malah semacam ada penghinaan dan ajekan terhadap status sebenar Bahasa Melayu di negara ini.

Sebagai pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Luar Negara mereka adalah duta kecil yang membawa identiti negara di peringkat antarabangsa. Untuk melanjutkan pelajaran di negeri orang mereka terpaksa belajar bahasa negara tersebut sedangkan diketika belajar di sini orang Malaysia yang diketuai oleh orang Melayu tidak menyakini akan kemampuan bahasanya sendiri.

Apakah setelah 30 tahun Bahasa Melayu menjadi Bahasa Pengantar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik semua peringkat persekolahan malah telah sampai ke peringkat Universiti,tidak cukup menjadi bukti keupayaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Sains dan teknologi?

Profesional, korporat, pegawai kerajaan, tokoh akademik, ahli politik, angkasawan, pelajar lulusan dalam dan luar negara yang ada pada hari ini, bukankah lahir dari sistem yang mengamalkan pengajaran dan pembelajaran sepenohnya dalam Bahasa Melayu?

Kemestian untuk menghapuskan PPMSI bukan sekadar untuk memenuhi dakwaan kegagalan Pelajar Melayu Luar Bandar untuk menguasainya. Tetapi ini soal masa depan bahasa itu sendiri dalam konteks sebuah negara yang berbilang bangsa dan budaya.

Pelajar khasnya yang pandai-pandai boleh diajar dan belajar dalam bahasa apa sekali pun, mereka boleh berjaya. Oleh itu pendekatan dan keadah lain perlu dirumuskan untuk memastikan pelajar menguasai Bahasa Inggeris bukan dengan mengorbankan Bahasa Melayu untuk jadi pandai Bahasa Ingeris.

Apa yang lebih pentingnya kedaulatan dan maruah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Negara mesti dipertahankan. Wajarkah Bahasa Melayu itu hendak disamatarafkan dengan bahasa-bahasa Ibunda yang lain, yang diajarkan setakat untuk memenuhi tuntutan badaya kaum masing-masing yang amat terbatas penggunaannya?

Tanpa prejudis kepada pejuang-pejuang Bahasa seperti Prof Ismail Hussin , A.Samad Said, Datuk Hassan Ahmad dan pencinta-pencinta bahasa yang lain semacam bersekongkol dengan parti-parti pembangkang.Wanangseri tetap yakin pejuang-pejuang ini amat ikhlas untuk melihat Bahasa Melayu terus dimartabatkan semula tanpa ada agenda yang tersembunyi.

Mungkin pembangkang mempunyai agendanya sendiri disebalik penentangan mereka. Tetapi hakikat mereka telah merais keuntungan yang besar kerana telah mengambil kesempatan di waktu UMNO dan BN sedang semput dan serabut.

Walaupun ada nada-nada yang menyokong PPSMI diteruskan dengan pelbagai alasan tetapi dari pengamatan Wanangseri jumlah yang ingin PPSMI dimansuhkan jauh lebih ramai, juga dengan alasan masing-masing.

Dalam keadaan hampir semua orang Bukan Melayu menentang, Orang Melayu yang berbelah bahagi dan NGO-NGO Pejuang Bahasa Melayu yang selama ini amat komited dengan perjuangan UMNO telah turut menentang PPSMI.

Tidak mustahil mereka akan menterjemahkan penentangan ini melalui peti-peti undi dalam pilihanraya ke 13 nanti yang akan menyebabkan UMNO dan BN akan ditalkinkan dari parti pemerintah. UMNO akan ditolak dan menjadi "arwah" lantaran tidak berupaya lagi pertahankan kedaulatan hak-hak Melayu seperti Bahasa Melayu kalau sekadar memjadikanya ianya sebagai hiasan dalam Pelembagaan Negara sahaja.

Semoga keputusan mengenai PPMSI yang akan dimuktamatkan nanti memperlihatkan kebijaksanaan kerajaan demi masa depan dan maruah bangsa dan negara.

Kata-kata bijak pandai "BAHASA JIWA BANGSA, HILANG BAHASA HILANGLAH BANGSA"

4 ulasan:

AntiGPMS berkata...

tahniah akhirnya sdr/i sedar bahawa kerajaan pemerintah telah mempersundalkan bahasa Ibunda kita, pejuang2 keramat bahkan beratus lagi anak2 muda akan bangkit jika bahasa kita dimandulkan oleh BN (Be End) ,bersedialah untuk menerima azab yang maha perit lagi dahsyat nanti..

Tanpa Nama berkata...

AntiGPMS tertinggal, Pengerusi GPMS Pahang telah menyatakan pendirian tentang perlunya dikembalikan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu sepenuh dalan Akhbar Sinar tidak lama dulu. Ini selarasnya keputusan Perhimpunan Agong GPMS 2008 yang di adakan di AIB Genting Hland.

Tanpa Nama berkata...

Harap antiGPMS juga perlu mengeluarkan kenyataan2 yang bernas dalam memartabatkan apa sahaja isu, bukan setakat bahasa melayu.. tetapi yang lebih besar adalah tentang perjuangan orang melayu untuk tidak diperkotak katikkan oleh kaum lain...

Tanpa Nama berkata...

satu lagi yang menjadi Confius kat teman ni.. awatnyak Dato yang segak berbaju kebangsaan merah ni guna Nickname AntiGPMS.. ente kan bekas Pengerusi / Presiden..jangan la gitu Dato'.. boleh menimbulkan kekeliruan sahabat2 GPMS yang lian.. Dato..Ingat..TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG..ha sambung le..