Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Rabu, 26 Ogos 2009

MOKHTAR BAGINDA HERO TIDAK DIDENDANG LAGI TERPINGGIR

Zainuddin Maidin (ZAM) menerusi bukunya WIRA YANG TIDAK DENDANG terbitan Utusan Malaysia 1999 telah mengambarkan bahawa perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) ditandatangani di Hotel Gardens Haadyai pada 2 Disember 1989 bukanlah sesuatu yang mudah walaupun nampak mudah. Ia berlaku melalui proses perundingan yang panjang dan tersembunyi di belakang tabir dengan Polis Cawangan Khas sebagai pelakun utama.

Menerusi watak utamanya. Abdul Rahim Noor (Tan Sri ) Ketua Pengarah Polis Cawangan Khas pada ketika itu telah dinobatkan oleh ZAM sebagai "WIRA" kerana memulakan langkah berani yang bertentangan dengan sentimen rakyat, pasukan keselamatan, polis dan tentera dan bertentangan dengan jiwanya yang antikomunis untuk berdamai dengan musuh nombor satu negara.Bersama dengan timbalannya SAC II Yau Kong Yew, Rahim Noor amat dikagumi kerana berjaya menyelesaikan apa yang gagal dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman melalui Rundingan Baling 1955.

Tanpa menapikan peranan yang dimainkan oleh Rahim Noor , Hanif Omar , Noran Mai dan rakan-rakan SBnya. Sebenarnya masih ada pelakun-pelakun lain di belakang tabir yang tersembunyi atau sengaja disembunyikan sewajarnya turut mendapat pengiktirafan sebagai WIRA dan HERO dalam menjayakan usaha damai ini. Semua watak-watak di atas telah pun didendangkan dengan gelaran Dato dan Sri serta dihargai jasa-jasa mereka walaupun mereka sebenarnya hanya menjalankan tugas mereka sebagai anggota pasukan keselamatan negara.

Sepanjang penelitian Wanangseri, tiada satu perkataanpun yang diungkap oleh ZAM dalam tulisannya atau mungkin lain-lain penulis juga yang menyentuh peranan yang dilaksanakan Haji Mokhtar Bangida, Bekas Setiausaha Akhbar Dato Najib Menteri Besar Pahang, seolah-olahnya semuanya bermula dengan Rahim Noor dan rakannya saja.

Abdullah C.D Pemimpin Rejimen Ke 10 PKM dalam bukunya Perang Anti-British dan Perdamaian terbitan Nan Dao Publisher Hong Kong 1998 dipetik sebagai :

"Dalam pada Tuan Haji Mokhtar yang merupakan sahabat karibnya ( Encik Ghafar Baba) datang melawat basis Rejimen Ke-10 dan bertemu dengan kakak iparnya, Abu Samah. Dalam pertemuan tersebut, Tuan Haji Mokhtar mengemukakan usulan mengadakan perundingan. Katanya, dia ada jalan. Oleh itu saya menulis surat bertarikh 25 Jun 1987 kepada Encik Ghafar yang dihantar melalui Tuan Haji Mokhtar. Dalam surat tersebut saya telah membentangkan masalah perjuangan bersejanta serta masalah PKMM dan PKMRN sebagai bahan perbincangan.

Encik Ghafar membalas surat itu dengan suratnya yang bertarikh 7 September 1987. Dalam surat itu, beliau bersetuju mengadakan perundingan dengan PKM dan mengusulkan diadakan pertemuaan permulaan.

Pertemuan pertama telah diadakan pada 23 dan 24 Mei 1988 di My House Hotel Hadyai. Rombongan Rejimen ke 10 PKM telah disambut oleh Hj Mokhtar dan pegawai tentera Thai dan wakil Encik Ghafar iaitu Encik Hussin dan Hj Rahmat.

Dalam pertemuan kali kedua yang berlangsung di Pulau Pinang pada 10 dan 11 Ogos 1988, peranan Hj Mokhtar bukanlah kecil dan dia telah berjaya melibatkan wakil-wakil dari Rejimen ke 10 PKM, Kol.Wara, Lt.Kol Akenik dan Sarjan Tong dari tentera Thai dan SAC II Yau Kong Yew mewakili Malaysia.

Jelas sekali, Haji Mokhtar Mahmud Baginda adalah pencetus awal dalam melakukan rundingan di peringkat rendah yang membuka laluan kepada perundingan di peringkat tinggi sehingga terciptalah sejarah yang sangat penting kepada usaha mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara. Beliau adalah HERO dan WIRA. Bukan saja jasanya tidak didendangkan malah dipinggir dan dilupakan terus lantaran adanya nama-mana besar yang menutupi nama-nama kecil.

Peribahasa "LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA"

1 ulasan:

Nor Ibrahim berkata...

Assalammualaikum. Kisah Dato Mocktar Mahmud Baginda telah dibukukan oleh Karangkraf pada 2015 bertajuk Di Sebalik Rundingan Damai Hat Yai.