Bersama-sama Sdr Ariffin Mat Noor ( Pak Pin) Bekas Setpol Tan Sri Musa Muhamed Menteri Pendidikan, Sdr Ali Razak Setiausaha GPMS Pahang, Wanangseri telah menyertai Tuan Haji Mokhtar Mahmud Baginda sebagai tetamu kepada Tun Dr Mahathir. Pertemuan itu telah berlangsung di pejabat DR M di puncak awan KLCC.
Hj Mokhtar telah menceritakan bagaimana dia berusaha menyakinkan Rejimen Ke 10 PKM untuk meletakkan senjata yang membawa kepada termentrinya Perjanjian Damai 2 Disember 1989 antara Kerajaan Malaysia , Thailand dan Parti Komunis Malayan (PKM) di Haadyai, Thailand.
Dr. M begitu tertarik sehingga beliau telah menghabiskan masa kira-kira 1 jam 15 minit bersama-sama kami untuk mendapatkan maklumat dari Hj Mokhtar. Menurut Hj Mokthtar ianya bermula apabila utusan kakaknya Siti Norkiah Bt Mahmud Baginda bernama Ustaz Kamal dari Rantau Panjang Kelantan telah menemuinya di Pejabat Menteri Besar Pahang. Ketika itu Hj Mokhtar adalah Setiausaha Akhbar Dato Najib Menteri Besar Pahang.
Episod jejak kasih Siti Norkiah yang merindui adiknya berumur 10 tahun yang ditinggalkan setelah dia menyertai gerila Rejimen ke 10 telah membawa Hj Mokhtar Markas Rejimen ke 10 yang terletak di Kampung Sukhirin dalam Daerah Weng Selatan Thai. Selama 4 hari Hj Mokhtar diperlakukan semacam orang tawanan dan disoal siasat bagi memastikan tiada penyamaran berlaku. Setelah disahkan melalui tanda lahir yang terdapat di jari Hj Mokhtar barulah Siti Norkiah memperakuai bahawa benarlah itulah adiknya yang di tinggal di kampungnya di Kuala Lipis lebih 40 tahun dahulu..
Kesempatan bertemu dengan pemimpin tertinggi Rejimen ke 10 seperti Rasid Maiden, Abdullah C.C dan Abu Samah Kasim memberi peluang kepada Hj Moktar untuk cuba menyakinkan bahawa peperangan menentang kerajaan Malaysia adalah sia-sia dan perlu dihentikan.Perjuangan Rejimen ke 10 dan rakan-rakannya perjuang haluan kira sepatutnya sudah selesai bila Malaysia telah nenjadi negara yang berdaulat dan merdeka. Penjajah dah lama meninggalkan negara yang kini di perintah oleh rakyat sendiri dengan orang Melayu menjadi Ketuanya.
Rupa-rupanya sambutan yang baik diberikan oleh pemimpin-pemimpin Komunis Melayu ini. Mereka juga sebenarnya telah mengikuti perkembangan politik di Malaysia. Abdullah C.C menyatakan dia sangat berbangga apabila rakannya dalam PKMM Ghafar Baba telah menjadi Timbalan Perdana Menteri, malah dia telah menghantar surat ucapan tahniah kepada Encik Ghafar.
Sebelum Hj Mokhtar pulang Abdullah C.C telah menyerahkan surat bagi disampaikan kepada En. Ghafar Baba tapi tidaklah diketahui apa isi kandungannya. Encik Ghafar telah membalas surat itu.
Penjelasan yang diberikan oleh mengenai dasar Dr Mahahtir amat menyakinkan PKM untuk berdamai kerana melalui Dasar Pandang Ke Timur dan Beli Barangan British Terakhir (Buy British Last Policy") telah membuktikan kerajaan Malaysia tidak lagi terikat dengan British dan benar-benar merdeka serta bencikan bangsa penjajah itu sebagaimana mereka juga.
Dr. M amat telah menunjukkan kehairannya kenapa Rejimen ke 10 begitu menghormati Haji Mokhtar bila ditunjukkan gambar Hj Mokhtar sedang menerima tabik hormat dari hampir 100 orang anggota yang lengkap dengan sejata masing-masing walaupun pada umumnya sejatanya amat daif sekali.Sambutan yang sama seperti perhormatan yang diberikan kepada seorang pemimpin kecuali tiada "carpet merah " saja.
Menurut Hj Mokhtar, dalam lawatannya kali keempat dia mendapat sambutan dengan tabik hormat kerana Rejimen ke 10 ingin meraikan dia sebagai rakyat Malaysia yang pertama datang dan dibenarkan sampai marklas utama Rejimen ke 10 PKM. Setelah dilayan sebagai tetamu dia akhirnya dibenarkan untuk menyampaikan syarahan kepada lebih kurang 400 orang ahli komunis yang semuanya Melayu.
Dalam syarahannya yang hampir 45 minit itu, Hj Mokhtar telah menceritakan dasar dan projek pembangunan yang telah dibuat oleh kerajaan kepada rakyat antaranya rancangan FELDA yang memberi tanah kepada rakyat yang miskin, kerajaan memberi subsidi kepada petani dan penoreh getah. Biasiswa untuk pelajar-pelajar untuk menjadi doktor, peguam dan lain-lain bagi menjadi mengisi jawatan yang ditinggal oleh penjajah. Kerajaan membina kilang untuk memproses hasil kejayaan negara sendiri dan menyediakan kerja pada rakyat. Ini kerana selama ini komunis sering menuduh kerajaan telah menindas petani dan kaum-kaum ujur Hj Mokhtar.
Hj Mokhtar menyatakan dia sangat terperanjat dan gementar bila seorang pemimpin komunis memberi tahunya, dia akan dibenarkan pulang jika lebih 60% daripada ahlinya setuju untuk berdamai tapi kalau kurang dari itu ia tidak dibenarkan pulang buat selama-lamanya. Apa yang diingatkannya pada waktu itu, dia akan mati dibunuh. Kalaulah dia tahu akan akibatnya pasti dia tidak menerima pelawaan untuk menyampaikan syarahan tadi kerana risikonya cukup besar.
Namun beliau bersyukur kerana tak lama kemudiaan dia diberitahu lebih 70% ahli komunis yang mendengar syarahan bersetuju untuk rancangan damai dan meletakkan. Waktu itu dia terasa seperti mati hidup kembali.
Tidak syak lagi sebenarnya Hj Mokhtar telah membuat jasa yang amat besar kepada negara sehingga ke peringkat yang boleh mengadaikan nyawanya sendiri. Kita rakyat yang cinta kemakmuran dan keamanan sepatut berterima kasih kepada Hj Mokhtar. Dengan latarbelakang Hj Mokhtar,darah pejuang ayahandanya Mahmud Baginda sebagai Ketua PKMM negeri Pahang yang di pejara oleh British, keberanian Hj Mokhtar telah memungkinkan dia bertindak berani untuk merintis jalan yang cukup bahaya demi keamanan negara secara yang berkekalan untuk anak bangsanya.
Di Akhir pertemuaan DR M mencadangkan Hj Mukhtar sebagai seorang bekas wartawan menuliskan semula segala pengalamannya sebagai pencetus perjanjian damai antara PKM dangan Kerajaan Malaysia dan Thailand. Ia kerana selama ini tiada siapapun yang memberi tahu beliau tentang cerita disebalik tabir peranan haji Muktar yang amat besar dan dalam khazanah sejarah negara. Malah penglibatan gerila-gerila Melayu dalam komunis juga perlu diteliti, apakah ialah satu keterlanjuran atau telah diperalatkan lantaran sikap nasiolisme mereka yang meletakan perjuangan mesti mengunakan senjata. Dr.M telah menyatakan persetujuan untuk melancarkan buku Hj Mokhtar itu.
Wanangseri mengajak saudara/saudari menonton Rancangan Majalah 3, pada 29 Ogos 2009 jam 9.00 malam untuk menjadi penjelasan lanjutan peranan Hj Mokhtar dalam usaha perdamaian ini.
Peribahasa " MATI GAJAH MENINGGALKAN GADING, MATI MANUSIA MENINGGALKAN NAMA"
Sabtu, 29 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Cerita yang sungguh menarik yang perlu diketahui oleh semua masyarakat terutamanya generasi baru.
Cadangan,
Waris Pahang harap Kerajaan Negeri Pahang menghadiahkan sesuatu sebagai penghargaan kepada pejuang yang tidak didendang ini ketika Sambutan Hari Kemerdekaan di Dewan Sukpa Pahang pada 31 Ogos 2009 ini.
Sampaikan salam Waris Pahang buat Tuan Hj Mokhtar.
"Merdeka, Merdeka, Merdeka".
Insya Allah, saya akan salam tuan buat Hj Mokhtar. Kalau penyanyi dan pelakun wayang boleh dapat anugerah Dato dan Tan Sri Hj Mokhtar tidak kurang kelayakannya untuk mendapatkan penghargaan yang serupa. Salam
cucu berbangga dengan semangat Akinya..
Catat Ulasan