GERAKAN cukup sensitif bila Datuk Ahmad Ismail menyatakan bahawa orang Cina adalah keturunan pendatang tetapi bila Ketua Wanita mereka Datuk Tian Lian Hoe yang membawa dakwaan yang sensitif kepada orang Melayu berdiam diri sendiri.
Tiada suara dari lain pemimpin GERAKAN atau lain-lain organisasi masyarakat Cina, MCA atau DAP yang menasihatkan Lian Hoe supaya meminta maaf atau berhenti dari mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Inilah nasib orang Melayu apabila terkena kepada Melayu tiada siapa yang peduli . Orang lain boleh bercakap untuk membela kaum mereka tapi bila Melayu bercakap pasal Melayu ianya dicop sebagai rasis dan menghasut.
Bagi saya Lian Hoe bukan buta sejarah yang paling tepat Lian Hoe sebenarnya buta hati dan busuk pedal kerana mustahil baginya sebagai seorang terpelajar tidak mengetahui akan sejarah negara ini.
Orang-orang seperti Lian Hoe bukan tidak tahu negara ini ada asal usulnya. Dia pasti tahu apa dia Nusantara Melayu, Kepulauan Melayu atau Tanah Melayu, namun sikap cauvenis yang menebalkan menjadikan mereka biadap sehingga mereka tidak mahu menerima apa-apa kebenaran lagi.
Dakwaan orang Melayu adalah pendatang dari seberang ( Jawa dan Sumatera) yang merupakan hujah utama mereka untuk menyabitkan Orang Melayu sama dengan pendatang Cina dan India, hanyalah alasan untuk memberi gambaran yang salah kepada masyarakat khususnya golongan muda yang rata-ratanya tidak berminat dengan sejarah.
Justeru, usaha tegas perlu dibuat untuk memaparkan sejarah negara secara meluas oleh media tulisan dan lebih-lebih media eletronik seperti TV dan radio dalam waktu-waktu perdana.
Bahan-bahan persembahan yang menarik untuk ditonton perlu diusahakan dan RTM mesti memainkan peranan utama, tak cukup sekadar menyediakan bahan-bahan sejarah melalui TV Pendidikan kerana ianya amat berhad kepada pelajar-pelajar sekolah sahaja.
Sekadar mengulangi fakta yang tidak mahu difahami oleh mereka yang berniat jahat ini. Orang Melayu bukan sahaja dari keturunan Jawa, Minang, Mendeling, Boyan, Bugis, atau lain suku kaum yang dari kepulauan Jawa atau Sumatera tetapi orang Melayu datang dari Pulau Mindanao, dan Sulu tetapi Melayu berasal dari Champa (Kemboja) dan Petani.
Semua kerajaan ini adalah Melayu dan penghijrahan mereka dalam satun alam atau wilayah budaya yang sama itu adalah ALAM BUDAYA MELAYU. Penghijrahan ini samalah dengan orang China yang berpindah dari Bejing ke Conton atau orang India dari Madras ke New Delhi, tidak boleh dikatakan sebagai pendatang kerana mereka berhijrah dalam alam budaya yang sama.
Wanangseri memikirkan mungkin ada keperluan untuk semua wakil rakyat sama ada dari parti kerajaan mahupun pembangkang disyaratkan untuk menduduki peperiksaan dan mesti lulus mengenai Sejarah dan Budaya Alam Melayu, Perlembagaan Negara sebelum dibenarkan angkat sumpah sebagai YB.
Buku Sejarah Melayu, Hikayat Abdullah, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Hang Tuah dan lain-lain dokumen Melayu lama mesti dihadamkan oleh setiap pengamal politik khususnya yang menjadi wakil rakyat.
Nanti baru mereka akan tahu apa hubungan negeri-negeri Melayu ini seperti Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Petani, Kerajaan Ligor, Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Beruas, Kerajaan Gangga Negara, Kerajaan Pasai, Kerajaan Demak, Kerajaan Pelembang, Kerajaan Temasik, Kerajaan Majapahit, Kerajaan Melaka, Kerajaan Pahang Tua, Kerajaan Johor Riau Lingga, Kerajaan Aceh ,Kerajaan Johor Lama dan lain-lain.
Tiada pemisahan antara kerajaan-kerajaan ini kerana semuanya adalah kerajaan Melayu yang diasaskan oleh satu rumpun bangsa yang sama dan pemisahan hanya berlaku oleh dasar pecah dan perintah penjajah barat seperti British, Belanda, Sepanyol dan Perancis yang menjajah Nusantara Melayu dahulu.
"Wanangseri nak ingatkan kita semua supaya amati akan peribahasa ini " DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DI JUNJUNG" Jangan menjadi orang yang buta hati dan sombong diri dan lupa daratan.
1 ulasan:
A'kum Wanang Seri, tulisan Saudara ini sangat informatif dan wajar ditelaah oleh orang yang masih mempertikaikan asal-usul Melayu, Cina dan India seumpama Datuk Tan Lian Hoe, Timb.Menteri Penerangan. Sangat malang Kementerian Penerangan mendapat seorang Timbalan Menteri yang tak berapa bijak. Perkara paling mudah untuk logika berfikir adalah .... tidak pernah ada tulisan sejarah bahawa bumi bertuah ini (sekarang dikenali Semenanjung Malaysia)tidak menyebut Tanah Melayu. Semuanya ditulis sebagai 'Tanah Melayu'. Tidak ada pun ditulis sebagai 'Tanah Cina', atau 'Tanah India', atau 'Tanah Melayu + Cina + India'. Takkan itu pun tak reti. Kalau tak reti juga, berenti sajalah jadi Timbalan Menteri. Tukar orang lain yang lebih cerdik!
Catat Ulasan