Apalah nasib bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan di bumi Melayu (MALAYSIA). Adakah ia dapat bertahan atau sekadar bahasa pinggiran yang terus melayu dan membeku. Di sekolah bahasa Melayu hanya diajar untuk beberapa karat matapelajaran sahaja. Selebihnya Sains, Matematik, Kimia, Fizik, Biologi, dan Teknikal semua disaji dalam bahasa Inggeris secara berluasa-luasa.
Tambah perit bila Kerajaan PR (Penipu Rakyat) Pulau Pinang yang anti Melayu memasang papan tanda dalam pelbagai bahasa, menjadikan bahasa Melayu disentap setaraf dengan lain-lain bahasa ibunda. Maknanya Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan seperti yang disebut dalam atikel 152 Perlembangaan Negara semacam sudah hilang perkasa.
Pejuang-pejuang bahasa Melayu yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia pasti tidak rela ini semua terjadi . Allahyarham Tun Abdul Razak yang mengagaskan Penyata Razak yang bermatlamat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkatan pengajian di negara mungkin menjadi orang yang paling kecewa jika dia dapat menyatakan isi hati. Apa tidaknya tak sampai 50 pemergiaannya segala usaha-usahanya sudah berjalan begitu gagah akhirnya terpaksa mengalah oleh sikap Melayu yang bermasalah.
Wanangseri menyeru seluruh orang Melayu, cerdik pandai Melayu, pembesar Melayu, pejuang bahasa Melayu dan lebih lagi-lagi pemimpin Melayu jangan lupa: "BANGSAMU ADALAH MELAYU, BAHASA JIWA BANGSA, TANPA BAHASA MELAYU TIDAK BERBANGSA, KEBANGSAANMU ADALAH MELAYU DAN TANPA BAHASA MELAYUKAN HILANG DI DUNIA BUAT SELAMA-LAMANYA." PERTAHANKAN KUASA MELAYU YANG BERJIWA MELAYU!!
2 ulasan:
PPSMI gagal?
Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my
KETIKA Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada 2003, matlamatnya untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris (BI) sejajar memenuhi permintaan global yang kian mencabar.
KETIKA Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada 2003, matlamatnya untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris (BI) sejajar memenuhi permintaan global yang kian mencabar.
Meskipun wujud polemik pada awal pengenalannya, semua pihak mengalu-alukan langkah itu.
Bagaimanapun, selepas enam tahun pelaksanaannya, ada suara yang mempertikaikan kewujudan PPSMI.
Lebih menimbulkan konflik, apabila PPSMI dianggap satu pembaziran kerana keputusan kebanyakan pelajar terutama di luar bandar kurang memberangsangkan.
Natijahnya, ada pihak tertentu menyarankan PPSMI ditukar kepada sistem pembelajaran sebelum ini dalam bahasa Melayu.
Persoalannya, adakah objektif PPSMI gagal? Adakah benar ia satu pembaziran dan wajar diberhentikan? Bagaimana pula dengan pelajar yang berjaya?
Walaupun keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan Khamis lalu menunjukkan peningkatan pelajar menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, namun ada penurunan pelajar yang mendapat 5A dalam semua subjek.
Kebanyakan mereka hanya mendapat 4A dan B atau C dalam subjek Matematik dan Sains.
Jadi, rasionalkah keputusan UPSR ini dijadikan kayu pengukur untuk menilai reputasi PPSMI?
Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad, berkata tidak perlu menunggu keputusan UPSR untuk meneruskan PPSMI, sebaliknya pelaksanaannya perlu merujuk kepada objektif utama ia diperkenalkan pada 2003.
Menurutnya, bukan isu utama untuk memperkatakan mengenai sama ada PPSMI berjaya atau tidak, tetapi perlu mencari jalan terbaik menyelesaikan kemelut yang berlaku apabila ia diperkenalkan.
“Dalam isu ini, semua aspek perlu dipertimbangkan sebelum mengambil keputusan terbaik. Sepanjang enam tahun ia dilaksanakan, ada pelajar yang boleh mengikutinya dan ada yang gagal.
“Pemantauan serius perlu dititikberatkan kepada mereka yang lemah terutama di luar bandar. Pelajar cemerlang dalam PPSMI juga perlu diberi perhatian,” katanya.
PPSMI diperkenalkan atas kesedaran membantu meningkatkan kualiti tahap pendidikan pelajar dalam menguasai BI sebagai medium penjanaan globalisasi.
Malangnya, pengenalan ini menimbulkan reaksi pro dan kontra daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang menyatakan langkah itu tepat kerana dapat membantu pelajar lemah memperbaiki mutu pencapaian BI manakala sebahagiannya membantah kerana bimbang pencapaian mereka lebih merosot.
Mengulas sama ada kejayaan PPSMI ini mampu dikecapi sebahagian besar pelajar, Syed Anuar berkata, dalam konteks ini, bukan hanya melihat kepentingannya pada kelompok pelajar tertentu tapi keseluruhan.
Menurutnya, tidak dapat dinafikan kebanyakan pelajar luar bandar ketinggalan dalam pelaksanaan PPSMI ini, namun mereka tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya.
“Bukankah lebih baik jika mereka diberi pendedahan lebih luas seperti meningkatkan kesedaran melalui pembacaan. Ia membantu menarik minat mereka mengenai kepentingan BI.
“Tetapi, jangan korbankan masa depan pelajar cemerlang dengan kurang mengendahkan mereka kerana sudah yakin terhadap pencapaian sedia ada. Setiap pelajar adalah aset bagi semua, tidak perlu ada diskriminasi,” katanya.
Bagi mengatasi kemelut ini, GPMS menyarankan melaksanakan pendekatan sistem dua aliran supaya masalah sedia ada tidak berlarutan.
Melalui sistem ini, pelajar cemerlang boleh mengikuti PPSMI dalam BI manakala kurang cemerlang mengikutinya dalam bahasa Melayu.
Syed Anuar berkata, jika PPSMI diberhentikan, ia akan menyebabkan pembaziran kerana kerajaan membelanjakan peruntukkan besar bagi melaksanakannya.
“Sudah banyak wang dibelanjakan, jadi kita tidak dapat menolak hakikat itu.
“Bagi saya, teruskan PPSMI tapi biarlah ada pemantauan secara menyeluruh agar objektif yang disasarkan dapat dicapai dan tidak membebankan pelajar,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Wilayah Persekutuan (PIBGWP), Datuk Suhaimi Yaacob, berkata pengenalan PPMSI perlu dilihat dan dinilai secara menyeluruh.
Menurutnya, subjek BI sedia ada sudah memadai bagi membantu pelajar menguasai BI dan tidak perlu diperkenalkan dalam Sains dan Matematik.
“Jika objektif utama untuk memperkasakan penggunaan BI kepada pelajar, rasanya tidak perlu membuat uji kaji dalam Sains dan Matematik.
“Lebih baik mewujudkan keseimbangan dalam penggunaan semua bahasa. Ini satu aset dalam membina kejayaan generasi masa depan.
“Kita mahu generasi masa depan mampu menguasai pelbagai bahasa dengan baik, justeru tidak perlu memberi penekanan atau fokus pada BI keterlaluan hingga menyebabkan kepincangan dalam aspek lain,” katanya.
Assalamualaikum tuan, jika tidak anak melayu ini derhaka, mau saja ditukar kembali nama MALAYSIA ke TANAH MELAYU,biar semua sedar akan tanah yang diinjak berzaman ini pusaka datuk moyang hamba dahulu,wahai sahabat dari timur wahai sahabat dari barat,percayalah,bukan sebab kedekut tanah sekangkang cuma sampin dipakai ditarik jangan,tak pernah hamba menegur jika tulismu payah nah diatur, tak pernah hamba ketawa jika cakap mu payah nak di akur,tapi berkat pemimpin dahulu mengatur janji, sampai kini dipegang belum dimungkiri,jika tidak anak melayu ini derhaka, mau saja ditukar kembali undang-undang negara yang berkurun lama, Hanya Bahasa Melayu dan Sekolah Melayu yang akan berdiri di bumi melayu, menoleh ke bumi seberang walau ramai keturunan Hainan dan Hailam, tak pernah ada sekolah yang tulisnya susah nak eja yang bacanya timbul dan tenggelam...
jika tidak anak melayu ini derhaka, mau saja ditukar kembali sejarah malaya..jangan biar sikeparat kolonial meraja di bumi Melaka, kelak semua bangsa dari puncak bumi benggali dan sehujung tembok tinggi dibawa sama ketanah ini, alasan mereka membangunkan tanah malaya jangan direndah martabat raja dan segala isi negeri, jika tidak anak melayu ini derhaka, mau saja ditukar kembali, pengenalan diri dan juga ic,biar diingat jangan dilupai,bangsa hamba yang mempersetujui dek tinggi nilai manusiawi...sehingga sekarang pun mereka masih warganegara senegeri.. jika tidak anak melayu ini derhaka, mau saja ditukar kembali...kisah sezaman sejarah melayu, tak usah berkongsi ibarat bermadu,biar ia kekal bersatu menjadi satu,ikat kukuh dijanji kalbu,tak kan melayu sesama beradu, ingatlah nasib si anak cucu, meratap hiba tiada lagu, bumi bertuah dijajah sekutu..wahai melayu, sebelum tangan menongkat daku, sebelum ibu kehabisan susu, jangan kera diajak menyusu, kelak kita sendiri yang malu..tongkat ditangan jangan dibuang, kelak susah bangun sendiri,benci jangan marah pun jangan,kini masanya bangun berlari...semoga ku tak kan derhaka kepada agama,bangsa dan negara
Catat Ulasan