Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Isnin, 26 Mei 2008

ANTARA DUA KASIH RAJA DAN KASIH RAKYAT

Minggu lalu Wanangseri menyertai rombongan warga emas dari Ulu Pahang melawat Istana Abu Bakar di Bandar Pura Ibu negeri Inderapura. Pak Long Omar salah seorang ahli rombongan mendakwa sempat dengan Al Marhum Sultan Abu Bakar yang memerintah negeri itu dari tahun 1932 hingga 1974. Baginda antara Raja-raja Melayu yang dipaksa oleh Harrold MacMichael untuk menandatangani Malayan Union pada tahun 1946. Dia menceritakan bagaimana orang Melayu menentang rancangan jahat British itu.

Dalam keadaan bangsa dihina Melayu bangkit bersama membina semula maruah yang tercalar oleh satu bangsa penjajah yang kurang ajar. Tindakan British merampas kuasa raja dan menjadi Melayu setaraf dengan bangsa dagang bermakna membunuh Melayu . Ini mendorong mereka mengadakan Kongres Melayu pada 1 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman Kuala. Lumpur bagi menyatakan tentangan terhadap Malayan Union dan taat setia kepada raja dan tanah air.

Kongres ”HIDUP MELAYU” ini turut disertai waris-waris kami dari Kuala Lipis seperti Muhamad Nor Sulaiman, Khairuddin Kawi dan Cikgu Razak Husein bersama-sama 41 Pertubuhan Orang-orang Melayu dan Orang Asli berkongres demi mempertahankan Ketuanan Melayu di negeri ini.

Kongres itu telah sepakat supaya orang Melayu dan Raja-rajnya memulaukan Malaya Union dan segala majlis perlantikan gabenornya. Orang Melayu akan berkabung mulai 1 April 1946 tarikh penubuhan Malayan Union yang disifatkan sebagai hari membunuh Melayu itu.Hasilnya tiada seorangpun Raja-raja Melayu yang hendak malukan di majlis pelantikan Gabenor Malayan Union itu hadir. Kasih sayang Melayu telah meyelamatkan raja untuk terus mempunyai rakyat dan negeri.

Jika 62 tahun dulu kasih sayang Melayu telah menyelamatkan raja Melayu dari hilang tahkta kini kasih sayang raja pula yang menyelamatkan Melayu dari hilang kuasa. ”Junjung Kasih Tuanku !” Tanpa campurtangan ”Tuanku” sudah tentu Melayu hilang di Selangor dan Perak. Singapura dan Pulau Pinang sudah
lama pergi.

Dengan 18 DAP , PKR 7,dan PAS 6, sudah sepatutnya YB DAP menjadi MB Perak, kerana majorti. Kuasa ”Tuanku Sultan” telah memastikan Melayu tetap menjadi MB walaupun bilangan mereka dalam kerajaan campuran Perak terlalu kecil. Walaupun Melayu ramai di Dewan Undangan Negeri Perak, UMNO 27, PAS 6 dan PKR (Melayu ) 3 berbanding dengan 18 DAP dan PKR (Bukan Melayu ) 4 tetapi ramai saja tidak menjamin kuasa di tangan Melayu.

Di Selangor pula tanpa kuasa sultan sudah tentu YAB Tan Sri Khalid tak semudah itu untuk duduk di kerusi orang no. 1 di Bukit Megawati. Dengan PKR (Melayu) hanya 10, dan PAS 8 berbanding YB DAP 13 dan 5 PKR ( bukan Melayu) tidaklah pelik kalau DAP terus menuntut lebih dari apa yang dia dapat sekarang.

Kasih sayang kedua-dua raja Melayu ini telah memastikan orang Melayu masih mengetuai kerajaan Perak dan Selangor walaupun Melayu tak sekuat mana dalam kerajaan negeri berkenaan

Melayu dengan Raja Melayu ibarat darah dan nadi dalam satu jasad. Raja adalah darah dan Orang Melayu nadinya, terhenti darah , bermakna nadi turut terhenti, maka jasad bernama Melayu tak bernyawa lagi.

Malaysia lahir dari tradisi Kesultanan Melayu yang bererti Ketuanan Melayu adalah teras amalan Demokrasi Raja Perlembagaan tanpa boleh dipertikaikan lagi. Pertikai kuasa raja Melayu bermakna pertikai kedudukan raja sebagai ”Kepala Utama” dalam negerinya dan Yang Dipertuan Agong sebagai ”Kepala Utama Negara” di negara Malaysia.

Di akhirnya Pak Long Omar bertanya warganegara yang mempertikaikan perlembagaan negara sendiri, apakah maknanya ?.......................................

”HIDUP RAJA KERANA MELAYUNYA ,
HIDUP MELAYU KERANA RAJANYA
DAN HIDUP MALAYSIA KERANA KETUANAN MELAYUNYA”

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://pcbajet.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

DAULAT TUANKU !

Tanpa Nama berkata...

http://ezampkr.blogspot.com/