Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Selasa, 27 Mei 2008

MELAYU DAH HILANG DI DUNIA ?

Bermadah Tok Nan MB Pahang bahawa India ada masalahnya, orang Cina ada masalah, orang Melayu ada masalah, maka kita akan sama-sama selesaikan.. Malaysia baru 50 terlepas dari cengkaman penjajah British, penjajah yang paling pintar berbanding Portugis, Perancis, atau Belanda yang melalui dasar pecah perintah. Orang Cina dan di India datang ke Tanah Melayu sehelai sepingang tapi mereka boleh hidup aman damai di negeri ini. Tiada jaminan Melayu terus jadi PM tetapi raja kena ada sebab inilah tempat tumpuan taat setia kita.
Laporan Pemberita dari Dewan Undangan Negeri Pahang

Wanangseri nak tanya Tok Nan, siapa yang perkauman sebenarnya? Dulu kita ada sekolah Melayu tapi kini dah hilang, orang Cina masih ada sekolah cina, orang India masih ada sekolah Tamil. Dulu kita ada negeri Tanah Melayu tapi kini dah jadi sejarah? Dulu kita bahasa Melayu kita yang tinggal bahasa Malaysia, cina ada bahasa Manderin, India ada Bahasa Tamil. Dulu kita sambut hari kemerdekaan Tanah Melayu, hari ini kita jadikan hari kebangsaan.? Apa yang tinggal pada Melayu hanya Askar Melayu, Raja Melayu, Keretapi Tanah Melayu atau mungkin juga jam Melayu atau janji Melayu. Apakah benar kata Hang Tuah " MELAYU TAK HILANG DI DUNIA !!!!. Hakikatnya Melayu dah lenyap dari peta dunia.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AKU SETUJU!