Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Isnin, 30 Jun 2008

KE ARAH REPUBLIK RAKYAT MALAYSIA

Wanangseri sekali lagi rasa amat terhina apabila orang bukan Melayu terus mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera yang lain sebagai pribumi. Penganjuran Forum Kontrak Sosial oleh Majlis Peguam amat menghiris hati semua Melayu yang mempunyai harga diri sebagai satu bangsa maruah.

Nampak sangat majlis peguam yang rata-ratanya dipimpin oleh orang bukan Melayu tidak sensitif langsung terhadap orang Melayu yang telah banyak memberi ruang dan peluang kepada bukan Melayu turut sama berkongsi kuasa dan juga berkongsi nikmat di negara bernama Malaysia.

Hari ini orang Melayu sudah tidak boleh bercakap lagi tentang nasib bangsanya sendiri. Orang Melayu mesti meminta kebenaran bukan Melayu jika ingin membuat sesuatu pembangunan kepada bangsa Melayu. Orang Melayu seolah-olahnya sudah berada di negeri yang asing. Semua perkara bersabit dengan Melayu termasuk budaya dan agama orang Melayu mesti diperbahaskan bagi mendapat persetujuan bukan Melayu sebelum ianya menjadi sesuatu yang sah.

Mereka mendakwa Ketuanan Melayu dan sosial kontrak adalah sesuatu yang lapuk dan tidak revelan lagi buat masa ini. Sistem pemerintah beraja yang menjadi teras Ketuanan Melayu mesti tunduk kepada konsep Ketuanan Rakyat yang berteraskan sama rata dan sama rasa. Inilah menifestasi revolusi rakyat yang di perjuangkan oleh pihak komunis dan sosialis yang diterjemahkan kedalam DAP, PKR dan PAS melalui apa yang mereka namakan PAKATAN RAKYAT. Sesungguhnya Majlis Peguam adalah Ngo yang bertindak bagi pihak Pakatan Rakyat untuk menapikan Sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan dengan menjadikan Malaysia sebuah negara Republik. Wanangseri amat bimbang anak cucu akan menjadi "MELAYU BERDAGANG DI NEGERI SENDIRI!"

Khamis, 26 Jun 2008

PARTI LEBIH PENTING DARI JAWATAN : ADNAN YAAKUB

Tok Nan MB Pahang telah mengumumkan tidak minat bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO Disember ini. Sewajarnya tindakan Tok Nan ini menjadi signal kepada semua tokoh UMNO yang ingin berebut-rebut jawatan dalam pemilihan bahagian yang bakal diadakan Julai ini tidaklah terlalu ghairah untuk bertanding.

Ambil peringatan apa yang dikatakan Tok Nan bahawa tumpuan kita sekarang adalah untuk mengukuh dan mempertahankan parti agar rakyat tidak mengalihkan sokongan kepada parti lain. " Jawatan tak penting, yang penting adalah parti, tiada gunanya pemimpin berebut jawatan sedangkan parti dalam keadaan kurang baik, parti hura-hara, ada yang nak lompat parti dan ada yang nak buat undi terpercaya terhadap PM" ujur Tok Nan.

Wanangseri memang sokong penuh nasihat Tok Nan tu. Walaupun Tok Nan tak menyuarakan secara terus terang tetapi bolehlah ditafsirkan bahawa MB tidak begitu gemar anak-anak buahnya cabar mencabar dalam pemilihan bahagian itu nanti kerana ini boleh merosakkan parti. Sebagai pemimpin depan UMNO Pahang "BATUK TOK NAN" selaku ketua parti dan ketua kerajaan negeri harus difahami bukan sahaja secara tersurat tetapi juga secara tersirat.Ayuh!orang Pahang bersama-sama dengan "BOSS" kuatkan parti kalau benar-benar sayangkan negeri. Pegang teguh kepada prinsip BERORGANISASI DAN BERKETUAAN". Motto UMNO " BERSATU, BERKIDMAT DAN BERSETIA" kalau ini sudah hilang dari pegang orang UMNO maka pasti UMNO semakin hilang dihati rakyat?

Isnin, 23 Jun 2008

AZALI AZLAN LAMBANG PELAJAR LELAKI BOLEH

Semalam Wanangseri sempat ikut program "BICARA AZALI AZLAN" Duta Akademik GPMS . Azali merupakan pelajar cemerlang yang mendapat 20A1 dan 1A2 dalam SPM tahun lalu.

Ramai yang datang termasuk Cikgu Zahari Uda PPD Lipis dan cikgu-cikgunya yang tunggu sampai habis. YB Aman telah menyambut kedatangan Azali pagi-pagi lagi di SMK Padang Tengku. Tok Sofi pula bagi ucapan yang bersemangat sekali masa majlis merasmikan penutup program sebelah tengaharinya.

Wanangseri nampak semua pelajar yang hadir amat berminat dengan cara Azali menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan oleh kurang 30 pelajar dari kira-kira 700 pelajar yang datang 13 buah sekolah di Daerah Lipis. Cikgu Zahari membisikkan pada saya ketrampilan dan kemahiran Azali melebihi umurnya yang baru saja lepas SPM itu. Tak hairanlah semua yang berucap di majlis penutup dari Pengerusi GPMS, Tuan PPD dan Tok Sofi amat bersemangat dituruti oleh pelajar-pelajar serta guru-guru juga amat merasakan Bicara Azali sesuatu yang amat berguna.

Antara perkara yang disentuh Azali yang pada pandangan Wanangseri amat perlu diberi perhatian :
i. Setiap kita mesti mempunyai matlamat yang hidup dan bercita-cita tetapi bukan matlamat yang mati malah mesti sentiasa hidup sepanjang masa. Matlamat yang mati ialah matlamat yang tidak disusuli oleh usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan.
ii. Setiap kita mesti menjaga hubungan baik dengan Allah, sempurnakan tuntutan Ibadat wajib, solat sunat, solat dhuha, sentiasa berpuasa dan berdoa. Doa orang berpuasa amat dimakbulkan Allah.
iii. Setiap perbuatan kita mesti menyukakan ibubapa, jangan membuat mereka terasa hati dengan kita. Bagi yang duduk di asrama selalu telepon ibubapa tanya khabar mereka dan minta doa mereka setiap kali menghadapi ujian. Keredhaan Allah ditentukan oleh sejauh mana keredhaan ibubapa terhadap kita.
iv. Selalu bertanya guru, hormat mereka seperti juga kita menghormati ibubapa. Di asrama dan sekolah mereka penganti ibubapa kita. Dapatkan keredaan guru supaya ilmu yang di pelajari berkat.
v. Jangan ketekut berkongsi ilmu dengan kawan-kawan. Kalau kita ada kelebihan bantu mereka yang lemah tetapi juga jangan malu meminta bantuan kawan-kawan walaupun mereka berada di kelas-kelas bawah.

Sekadar sedikit apa yang wanangseri petik dari ucapan Azali. Sesungguhnya adalah Azali seorang pelajar seharus menjadi contoh kepada semua pelajar-pelajar Melayu. Ia bukan saja petah dalam Bahasa Melayu dan Inggeris tetapi dapat membawakan ayat-ayat Quran dengan baik sekali. Memandang wajah Azali, wanangseri terasa sejuk sekali, cakapnya teratur, tingkahlaknya sopan, air mukanya jernih dan dia tidak bercakap banyak tetapi sentiasa pula tersenyum.

Inilah Azali Duta Akademik GPMS 2008. Semoga usaha GPMS, Yayasan Pelajaran Mara dan pihak-pihak berkaitan seperti Kementerian Pelajaran ini akan berterus demi meningkatkan martabat Melayu melalui agenda pendidikan akan terus mendapat keredaan Allah. Kita mahu bakat yang pada Azali tidak terhakis oleh peredaran masa tetapi akan muncul pula lebih ramai Azali dimasa-masa akan datang bagi membuktikan pelajar lelaki sebenarnya berupaya bersaing bersama-sama pelajar perempuan untuk menjadi MELAYU TERBILANG BERTARAF DUNIA.

Rabu, 18 Jun 2008

UMNO PAHANG : SEMANGAT BERLAWAN

Orang UMNO memang punya semangat berlawan dan melawan yang tinggi. Namun kadang-kadang semangat itu tidak digunakan di tempat yang betul. Dengan DAP, PAS dan PKR mereka tak bersungguh-sungguh hingga banyak kerja UMNO yang terpaksa digalas oleh JASA dan KEMAS. Maka tengoklah nanti akan banyak isu-isu "local" dan peribadi akan dikeluarkan untuk hentam menghentam dan telanjang menelanjang. Manakala persoalan utama dan nasional seperti mengembalikan keyakinan orang ramai kepada UMNO telah diketepikan.


Dengar-dengarnya hampir setiap bahagian akan jawatan tertinggi yang dipertandingkan. Maklumlah UMNO parti demokratik sape saja boleh menawarkan diri. Bertandinglah! tapi ingat jangan sampai parti hancur dah lah.


Katanya Tok Sofi akan ditentang Aman di lepeh, Raub menyaksikan perlawanan antara Tok Shah dengan Tok Mustafar Kamal, di Temerloh Tok Syakar mungkin mencabar Tok Sarit, Tok Manan dah hampir pasti berdepan Tok Tajuddin di Paya Besar, Tok Hassan akan berentap sekali lagi Tok JJ di Rompin, Di Kuala Krau ahli parlimennya Ismail Said berhasrat mengantikan Tok MJ ( Mat Jaafar) dan Azmi Yusof akan menentang Tok Faizal bahagian Indera Mahkota. Menteri Belia Tok Mail Sabri di Bera katanya berlawan musuh klasiknya Tok Mustafa Yassin.


Cuma 5 bahagian sahaja yang ketuanya dikhabarkan selamat iaitu Pekan, Bentong, Maran, Cameron Hihgland dan Kuantan . Manakala Jerantut masih tidak jelas kerana Tok Ungku Azlan difahamkan yang mula hendak melepaskan jawatan mungkin menarik balik hasrat dan ini membantukan hasrat Tok Dr. Syukri dan lain-lain tokoh yang berhasrat untuk pergi lebih tinggi.

Wanangseri amat yakin tiap-tiap mereka yang ingin bertanding telah memikirkan baik buruknya. Masing-masing mendakwa merekalah yang mampu mengukuhkan UMNO dalam keadaan sekarang. Tak pastilah itu! tapi yang jelasnya akan lebih berpuak-puaklah UMNO ini.

Fikirlah wahai tokoh-tokoh UMNO Pahang bahawa negeri ini amat dihormati kerana kitalah benting terkuat dalam menghadapi serangan ganas pakatan pembangkang . Kita tak mampu berpecah lagi tapi kena bina kekuatan. KJ kata pertandingan tak membawa perpecahan tapi hakikatnya setiap kali ada bertanding UMNO pasti pecah. Tok Nan mesti cari jalan supaya Pahang terus kuat dan cuba elakkan supaya YB-YB dan orang-orang kuat UMNO di Pahang ini berunding untuk kukuhkan parti bukan untuk kukuhkan diri sendiri. Wanangseri "MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU"

Isnin, 16 Jun 2008

KETUANAN MELAYU VS KETUANAN RAKYAT

Dato Sri Anwar Ibrahim telah menolak konsep Ketuanan Melayu. Sebaliknya bersetuju dengan slogan Malaysia untuk rakyat Malaysia ( Malaysian Malaysia) yang diusahakan DAP dan puak-puak sosialis selama ini.

Melalui Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS mendakwa mereka berjuang atas landasan KETUANAN RAKYAT sebagai altenatif kepada konsep KETUANAN MELAYU yang sudah tidak revelen lagi. Ini bermaksud bahawa konsep KETUANAN MELAYU yang memelihara Hak Istimewa orang Melayu dan Bumiputera, Agama Islam Sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan dan Kedudukan Raja-raja Melayu akan dihapuskan kononya atas kemahuan rakyat.

Disedari atau tidak Melayu yang berada dalam PKR dan PAS sebenarnya bersubahat DAP sedang mengali kubur untuk mengebumikan kuasa politik Melayu di negara ini. Mungkin teruja dengan seruan ”Jom Berubah” dan ”Psywar Perjuangan Rakyat” untuk keadilan, kesaksamaan dan negara berkebajikan, Melayu-melayu ini telah mengkianati bangsa sendiri bagi merealisasikan konsep Malaysian Malaysia yang ditentang oleh orang Melayu selama ini.

Perjuangan KETUANAN RAKYAT hanya akan membawa kepada penghapusan sistem PEMERINTAHAN BERAJA diganti dengan sistem PEMERINTAHAN REPUBLIK yang hanya memberi tempat kepada orang yang kuat, yang kaya dan yang pandai. Melayu akhirnya sekadar menumpang di tanah air sendiri.

Konsep KETUANAN RAKYAT memang mampu menarik golongan muda kerana sifatnya yang kelihatan universal dan global berbanding dengan SISTEM BERAJA yang nampak bersifat perkauman sempit dan tidak popular lagi di zaman ini. Umpamanya di Nepal "KETUANAN RAKYAT" didakwa telah berjaya menolak sistem PEMERINTAH BERAJA NEPAL dan ini memberi inspirasi kepada pendokong-pendokong fahaman anti raja di Malaysia melakukannya di sini.

Sebagai orang Melayu, kita harus memahami bahawa apa berlaku di Nepal itu tidak semestinya baik untuk Malaysia. Walau apa pun berlaku di Nepal ia tetap diperintah oleh orang Nepal kerana mereka tidak bermasyarakat majmuk seperti kita. Di Malaysia, bila raja hilang tahta bermakna orang Melayu akan hilang kuasa. Lihat saja nasib Melayu Singapura, Yusof Ishak merupakan Melayu yang pertama dan terakhir menjadi presiden kerana selepas itu Melayu hilang oleh kehebatan kaum-kaum bukan Melayu yang dominan di dalam sebuah negara yang bernama Republik Singapura.

Konsep KETUANAN RAKYAT” merupakan jelmaan Malayan United Front ( Barisan Rakyat Malaya) anjuran PKM yang membawa ideologi ”Malayan Malaya” yang kemudianya diserap menjadi dasar perjuangan PAP dan DAP. Dengan dokongan orang Melayu dan bukan Melayu dalam parti-parti sosialis seperti Parti Rakyat, Parti Buruh, PERKEMAS, Gerakan dan PPP, DAP telah berjaya mengugatkan "KETUANAN MELAYU ” seperti yang diterjemahkan oleh keputusan pilihanraya 1969.

Berkat permuafakatan pemimpin-peminpin terdahulu konsep kongsi kuasa antara Melayu dan bukan Melayu berteraskan KETUANAN MELAYU telah dipulihkan dengan wujudnya BN iaitu gabungan 14 parti sebagai kesimbungan formula politik kompromi pelbagai kaum yang telah ternyata menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni dan amat berjaya di rantau ini.

Namun golongan cauvenis ini tidak pernah luntur dari meneruskan agenda menidakkan KETUANAN MELAYU supaya menjadi kenyataan. Akhirnya mereka dapat mempengaruhi orang Melayu yang selama ini tidak pernah memberi ruang gerakan ANTI KETUANAN MELAYU dan yang pernah mengugut ”LANGKAH MAYAT AKU DULU SEBELUM MALAYSIA MENJADI NEGARA ISLAM ”bersekongkol dengan DAP untuk menghapuskan segala hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera sebagai bangsa pribumi.

Wanangseri sekadar terfikir apakah konsep KETUANAN RAKYAT yang diwar-warkan oleh Pakatan Pembangkang itu adalah menifestasi perjuangan PKM melawan KETUANAN MELAYU. Apakah perjuangan PKM yang amat ditakuti itu kini subur semula oleh pakatan pembangkang atas nama KETUANAN RAKYAT ? Ingat!!! ”MELAYU MELAKA JATUH BUKAN KERANA KEKUATAN MUSUH TETAPI OLEH ANGKARA BELOTNYA ORANG MELAYU SENDIRI”

AYUH NAJIB SELAMATKAN NEGARA !!!

Tarikh peralihan kuasa kepimpinan negara dari Pak Lah ke Tok Najib masih terus menjadi teka teki. Semalam Pak Lah mengumumkan beliau tetap akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Disember ini. Ini makna tiada peralihan kepimpinan dalam waktu terdekat ini.

Dalam 3 bulan kebelakangan ini Wanangseri sempat memasang telinga untuk mendengar respon akar umbi yang boleh disimpulkan arus penolakan terhadap kepimpinan Pak Lah begitu kuat sekali. Beberapa persoalan yang ingin ditimbukan di sini :-

Apakah Pak Lah tidak menyedari hal ini atau dia terus teruja lantaran penyataan sokongan terhadapnya yang diberikan oleh sebahagian kepimpinan atasan UMNO ?. Bolehkah Pak Lah terus bertahan dalam menghadapi arus penolakan akar umbi yang begitu deras ? Apakah Tok Najib juga akan dibawa arus penolakan akar umbi terhadap kepimpinan Pak Lah menyebabkan dia akan turut karam bersama? Apakah tidak mungkin kedegilan Pak Lah untuk terus berkuasa membawa kepada penolakan terus kepada Umno atau akar umbi akan mengalihkan sokongan kepada sesiapa saja yang sanggup menentang Pak Lah?

Cuba kaji stuasi berikut :

i. Jika Pak Lah menang dalam pemilihan nanti,Insya Allah Tok Najib boleh menaruh harapan menjadi PM Keenam.

ii. Jika Pak Lah kalah atau tidak cukup percalonan, Tok Najib akan terus bertahan sekadar sebagai TPM untuk 1 atau 2 penggal lagi kerana sudah tentu presiden yang baru ingin juga jadi PM untuk sesuatu tempoh. Itupun kalau Tok Najib tidak dilawan atau dia menang dalam perlawanan itu. Ada juga khabar-khabar yang menyatakan bahawa telah ada tokoh-tokoh tertentu yang amat berminat untuk kerusi nombor 2 bagi menyaingi Tok Najib.

iii. Jika Tok Najib tidak membuat sesuatu untuk mengukuhkan kedudukannya dengan hanya membiarkan keadaan yang menentukannya, maka sudah pasti ada orang yang mencorakkan perjalanan politik negara yang akan meminggirkan Tok Najib dan Pak Lah. Tok Najib mesti berunding dengan Pak Lah supaya peralihan kuasa akan berlakunya sebelum pemilihan bahagian.

iv. Atau Tok Najib juga mengambil langkah berjaga-jaga supaya dia juga mendapat percalonan yang secukupnya untuk jawatan presiden, takut-takut Pak lah tidak cukup pencalonan dan ini boleh dijadikan sandaran sebagai kuasa penawar antara Pak Lah dan Tok Najib.

v. Pak Lah dan Khairi tidak boleh menduduki jawatan tertinggi parti dalam sesatu masa kerana ini hanya akan menyebabkan musuh Pak Lah akan terus mempunyai senjata untuk menyerang. Insya Allah Khairi akan menang jika dia bertanding Ketua Pemuda tetapi apakah ini akan memberi kelebihan bagi UMNO dalam menghadapi pilihanraya ke 13 nanti. Khairi adalah aset yang berguna untuk survival UMNO tetapi orang ramai akan terus muak dengan UMNO jika dipimpin oleh kedua anak menantu ini serentak. Salah seorang daripada mereka mesti berundur dan dalam keadaan ini Pak lah yang sewajarnya memberi laluan kepada Tok Najib untuk bersama-sama Khairi sebagai Ketua Pemuda.

vi. Selagi Pak Lah berkuasa dia akan terus dibelasah oleh bukan saja musuh BN tetapi orang-orang seperti DR M yang tidak boleh diperkecilkan pengaruhnya. Pak lah tidak akan dapat melaksanakan agenda pembangunan bangsa dan negara dengan lancar kerana gangguan-gangguan ini akan terus berterusan.

Wanangseri dan anak-anak cucu terus menagih sebuah negara yang aman damai dan Ketuanan Melayu terus terpelihara sampai bila-bila. Anak cucu sudah tentu tidak inginkan pemimpin yang berjasa seperti Pak Lah jatuh dengan kehinaan. Biarlah sesuatu pemergian diiringi dengan penghormatan dan meninggalkan sebuah warisan yang tidak tercalar dan sukar untuk dibaiki. "TOK NAJIB KAMU MESTI MENJADI WIRA SEPERTI AYAH KAMU YANG MENYELAMATKAN NEGARA KETIKA SAAT NEGARA HAMPIR MUSNAH 39 TAHUN YANG LALU".

Khamis, 12 Jun 2008

MENGAPA KAMI BUKAN BUMIPUTERA ?


Kemarin 10hb Jun, wanangseri telah diajukan soal oleh seorang pelajar bukan Melayu dalam Majlis Minggu Suaikenal di sebuah kolej swasta di Kuantan.

Soalan : Mengapa kami tidak diketogerikan sebagai Bumiputera sedangkan kami lahir di sini??

Wanangseri : Konsep kerakyatan bagi Persekutuan Tanah Melayu hanya bermula sekitar tahun 1948 iaitu apabila wujudnya negeri- negeri Melayu di persekutukan melalui gagasanPersekutuan Tanah Melayu. Sebelum itu konsep rakyat di negeri Melayu terbahagi kepada

1. RAKYAT RAJA : yang dirujuk kepada Kaum Pribumi orang Melayu dan orang Asli yang menjadi rakyat kepada raja negeri masing-masing. Orang Kedah, mereka rakyat kepada Sultan Kedah, Orang Pahang adalah rakyat kepada Sultan Pahang, Orang Terengganu adalah rakyat kepada Sultan Terengganu,. Begitu jugalah negeri Melayu yang lain. Orang Melayu yang berada dengan negeri-negeri selat sebenarnya juga rakyat kepada raja-raja perintah negeri berkenaan sebelum dijajah. Umpamanya orang Pulau Pinang adalah rakyat Sultan Kedah, Singapura rakyat Sultan Johor dan Melaka adalah rakyat Sultan Johor –Riau yang merupakan wilayah pengaruh sultan-sultan berkenaan sebelum kedatangan penjajah.

2. RAKYAT BRITISH : yang dirujuk kepada penduduk-penduduk bukan Melayu telah berdaftar sebagai rakyat British sebelum merdeka di negeri-negeri selat dan negeri-negeri Melayu yang lain. Ini termasuklah orang-orang yang telah mendaftarkan diri mereka sebagai rakyat BRITISH dalam komanwel.

3. ORANG YANG TERPUTUS KERAKYATAN DENGAN NEGERI ASAL : Mereka merupakan orang-orang dari benua China dan benua India yang datang merantau ke Tanah Melayu sekadar untuk mencari makan. Tetapi mereka akhirnya meminta untuk terus menetap dengan menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu apabila konsep ini dikenalkan oleh kerajaan British.


Semua RAKYAT RAJA sebagai kaum pribumi telah perakui sebagai BUMIPUTERA dalam Persekutuan Tanah Melayu manakala RAKYAT BRITISH DAN ORANG YANG TIADA KERAKYATAN mereka adalah orang mendatang bukannya pribumi maka mereka di terima sebagai rakyat dikenali sebagai bukan Bumiputera. Semua orang-orang yang hendak menjadi rakyat bagi Persekutuan Tanah Melayu ini telah bersetia menerima bahawa RAKYAT RAJA ada hak-hak istimewanya sebagai kaum pribumi kerana semua telah ada pada mereka sebelum 1948 lagi.

Manakala Rakyat British, orang China dan India bersetuju untuk menjadi rakyat bukan bumiputera dalam negeri bernama Persekutuan Tanah Melayu. Jadi orang bukan pribumi dan keturunannya tidak boleh menjadi bumiputera berasaskan permaufakatan nenek moyang kita dan nenek moyang rakan-rakan kita ini. Kalaulah nenek moyang mereka dahulu tidak menerima konsep bukan Bumiputera ini, sudah tentu rakan-rakan kita ini ( keturunan bekas rakyat British, Cina dan India).tidak menjadi rakyat Malaysia pada hari ini.SETIAP SUNGAI PASTI ADA HULUNYA, SETIAP HUJUNG PASTI ADA PANGKALNYA DAN SETIAP KINI PASTI ADA DAHULUNYA” Sejarah penting untuk kita tahu di mana kedudukan kita sekarang.

CAUVENIS : JANGAN MAIN API

Orang Melayu dituduh sering memainkan isu-isu perkauman sehingga menimbulkan kegelisahan kepada seluruh rakyat Malaysia. Siapakah yang sebenarnya BERMAIN API? Sekadar mengemukakan beberapa kes, Wanangseri ingin mengajak tuan-tuan berfikir sejenak dan menilai kes-kes berikut dengan penuh tanggunjawab :-

i. Siapa yang lebih perkuaman jika : YB Tan Seng Giau, DAP Kepong mengeluarkan kenyataan bahawa “AZAN SUBUH” mengganggu ketenteraman penduduk dan mencadangkan supaya diperlahankan sedangkan orang Melayu tidak mempersoalkan ibadat agama lain?

ii. Siapa yang lebih perkauman jika : Dato Tan Kee Kwon , Pengerusi Parti Gerakan Wilayah Persekutuan mencadangkan pada 10 April 2007 supaya mufti Perak dipecat sedangkan itu telah menyentuh bidang kuasa Sultan Perak sebagai ketua agama Islam di negerinya.?

iii. Siapa yang lebih perkauman jika : Ada orang yang menyokong kenyataaan Lee Kuan Yew bahawa orang Cina di Indonesia dan Malaysia telah dipinggirkan secara bersistematik sedangkan kenyataannya orang Cina merupakan kaum yang terkaya di rantau ini ?

iv. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada orang yang ingin menghapuskan DEB atas alasan ianya dasar berat sebelah untuk orang Melayu sahaja sedangkan orang Melayu tidak pernah mempersoalkan kejayaan orang bukan Melayu mengautkan kekayaan negara?

v. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada orang yang mempersoalkan kedaulatan raja-raja Melayu terhadap agama, bangsa dan negaranya, sedangkan orang Melayu tak pernah persoalkan hak bukan Melayu sebagai rakyat Malaysia seperti termaktub dalam perlembagaan negara ?

vi. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada wakil-wakil rakyat bukan Melayu yang enggan patuh kepada peraturan berpakaian lengkap adat istiadat seperti memakai songkok dalam majlis rasmi yang melibatkan raja dengan alasan ini pakaian orang Melayu ?

vii. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada wakil-wakil rakyat bukan Melayu yang enggan melafazkan ikral taat setia kepada raja perintah dalam istiadat angkat sumpah ahli dewan undangan negeri?

viii. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada orang bukan Melayu yang mendakwa KERIS yang merupakan bagai simbol perpaduan dan kedaulatan Melayu dianggap sebagai lambang keangkuhan Melayu hendak membunuh dan memerangi orang bukan Melayu sedangkan orang bukan Melayu terus hidup aman damai dalam pemerintahan berkonsep Ketuanan Melayu?

ix. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada orang bukan Melayu menyatakan konsep Ketuanan Melayu dan Kontak Sosial sebagai sesuatu yang lapuk dan menyakitkan hati orang bukan Melayu dengan dakwaan mereka menjadi hamba di negeri ini sedangkan orang Melayu rata-ratanya lebih rendah taraf sosio- ekonomi berbanding bukan Melayu ?

x. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada orang bukan Melayu yang terus membela tindakan “NAMA WE” seorang pelajar Malaysia keturunan Cina di Taiwan yang menghina ”Lagu NegaraKu”, Azan dan mencaci agama Islam sebagai tindakan yang tidak sengaja dan pelajar itu masih belum matang, sedangkan pelajar itu bukan budak higusan lagi. ?

xi. Siapakah yang lebih perkauman jika : Kaum bukan Melayu terus dapat mempertahankan SRJKC dan SRJKT tetapi dalam waktu yang sama menentangkan konsep Sekolah Wawasan yang bertujuan memupuk perpaduan sedangkan orang Melayu telah merelakan sekolah Melayu dihapuskan demi semangat setiakawan?

xii. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada orang bukan Melayu yang memuduhkan orang Melayu cuba menguasai Pulau Pinang sedangkan orang Cinalah yang telah mengetepikan orang Melayu dalam politik Pulau Pinang.

xiii. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada orang yang membidas Dato Seri Rafidah Aziz yang menetapkan syarat 30% ekuiti syarikat pelabur asing diberikan kepada Bumiputera sedangkan ada 70% lagi yang boleh direbut oleh bukan Bumiputera.?

xiv. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada pihak yang mendakwa kerajaan pimpinan Melayu melaksanakan dasar penghapusan etnik India sedangkan orang India terus hidup bebas, gembira dan membiak di negara ini. ?

xv. Siapakah yang lebih perkauman jika : Ada pihak tertentu mendesak penubuhan ”INTERFAITH COMMISSION” (IFC) iaitu sebuah badan yang meminta diberikan kuasa mengubah ajaran agama Islam jika didesakkan oleh agama lain?


Wanagseri tidak berhasrat untuk menyinggung perasaan mana-mana. Wajarkah orang Melayu tidak mempertahankan maruah bangsa dan agamanya jika provoktif yang dilakukan amat keterlaluan . Zahirkah kejujuran dalam setiap tindak tanduk perlakuan kita agar sikap saling hormat menghormati yang menjadi budaya masyarakat Malaysia terus terpelihara. Orang Melayu tidak pernah bersikap cauvenis malah dah banyak bertolak ansur sebaliknya orang lainlah tidakpernah bersyukur dan tidak pernah cukup dengan apa yang mereka dapat.!! Janganlah ”JANGAN BERMAIN API, KELAK TERBAKAR RUMAH SENDIRI” . !!!!

Rabu, 11 Jun 2008

MELAYU : PERKAUMAN (CAUVENIS) ?

Wanangseri terbaca wawancara Puan Chong Eng Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang Ketua Wanita DAP dalam sebuah akhbar baru-baru ini. Beliau telah ditanya soalan “Relevankah UMNO terlalu memainkan sentimen perkauman antaranya isu ketuanan Melayu padahal kita mempunyai rakyat pelbagai kaum di Negara ini?

Dalam jawapannya Ketua Wanita DAP itu telah mengambarkan bahawa UMNO selama ini bermain dengan politik perkauman. Seolah-olahnya UMNO yang mewakili orang Melayu terlalu bersikap perkauman dan DAP pula berlandaskan perpaduan dan keadilan masyarakat pelbagai kaum.

Wanangseri sekadar hendak mengajak semua berfikir dengan menjawab pertanyaan berikut :-

i. Perkaumankah orang Melayu jika : Merelakan orang bukan Melayu menjadi warganegara sedangkan mereka hanya bermula sebagai perantau yang menumpang mencari makan di Tanah Melayu ?

ii. Perkaumankah orang Melayu jika : Dalam pilihanraya1955, UMNO telah menyerah 17 kawasan majoritinya kepada calun-calun bukan Melayu untuk bertanding sedangkan bukan melayu hanya ada 2 kawasan majoriti sahaja?

iii. Perkaumankah orang Melayu jika : Dalam setiap pilihanraya ada saja kawasan majorti Melayu yang diberikan bukan Melayu bertanding sebagai calun BN ?

iv. Perkaumankah orang Melayu jika : Dalam setiap pilihanraya UMNO memberikan kawasannya MIC dan PPP sedangkan orang India tiada satu pun kawasan majoriti sama ada di DUN atau parlimen ?

v. Perkaumankah orang Melayu jika : Orang Melayu tetap mengundi calun bukan Melayu ( MCA, MIC, GERAKAN, PPP, SUPP, PBS ) walaupun terpaksa berlawan dengan calon Melayu ( PAS atau PKR) demi semangat setiakawan ?

vi. Perkaumankah orang Melayu jika : Orang Melayu memberikan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada orang bukan Melayu (GERAKAN) sedang kerusi UMNO lebih banyak di DUN Pulau Pinang ketika itu?

vii. Perkaumankah orang Melayu jika : Orang Melayu sanggup menghapuskan Sekolah Melayu dan terus membenarkankan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan orang India wujud dalam sistem pendidikan negara ?

viii. Perkaumankah orang Melayu : Orang Melayu telah membenarkan orang Cina menubuhkan Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Terbuka Wawasan yang pelajar hampir keseluruhannya pelajar Cina?

ix. Perkaumankah orang Melayu jika : Orang Melayu telah membenarkan orang India menubuhkan Kolej Perubatan Antarabangsa Sains dan Teknologi yang memberi keutamaan kepada orang India?

x. Perkaumankah orang Melayu jika : Orang Melayu sanggup menerima orang bukan Melayu masuk ke sekolah berasrama penuh dan MRSM sedangkan sebelumnya ia milik mutlak pelajar bumiputera ?

xi. Perkuamankah orang Melayu jika : Orang Melayu sanggup membuka quota yang orang bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, polis dan tentera.?

xii. Perkaumankah orang Melayu jika : Orang Melayu sanggup menghapuskan sistem quota kemasukan ke universiti dan digantikan sistem meritokrasi yang lebih menguntungkan bukan Melayu.?

xiii. Perkaumankan orang Melayu jika : Orang Melayu sanggup menerima tuntutan pemberiaan biasiswa JPA hingga 45% bukan Melayu sedangkan itu merupakan hak istimewa orang yang dilindungi oleh perlembagaan.

Wanangseri harap kita dapat menjawab dengan rasional. Begitu orang Melayu melalui UMNO telah banyak bertolak ansur demi sebuah negara yang aman damai melalui semangat setiakawan yang tinggi. Janganlah ”DIBERI BETIS HENDAKKAN PEHA, DAH DAPAT PEKA APA LAGI YANG DIKEHENDAKINYA” MELAYU JUGA ADA MARUAHNYA!!!!!

Khamis, 5 Jun 2008

KEISTIMEWAAN MELAYU DAH ADA SEBELUM 1957 : KHOO KAY KIM

Prof. Emeritus Datuk Khoo Kay Kim dalam Akhbar Siasah, 3 -6 N0vember 2006 telah menyatakan pendapatnya " Jadi, kedudukan orang Melayu di sini timbul daripada hakikat bahawa Negara ini, kerajaan diperintah oleh Raja-raja, jadi orang Melayu sebagai rakyat kepada Raja ada keistimewaan. Kebanyakan orang bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock dan yang lain-lain mereka adalah rakyat British. Oleh itu, kedudukan mereka dengan orang Melayu tidak sama kerana orang Melayu adalah rakyat dan mereka ada hak-hak tentu yang tidak ada pada orang lain, iaitu permulaannya. Selepas 1957, orang bukan Melayu diserap sebagai warganegara. Jadi begini, kedudukan orang Melayu ini bukan sesuatu yang diberi selepas 1957, tapi sudah ada sebelum itu lagi..... Masalah sekarang ialah ramai orang bukan Melayu tidak faham latarbelakang terutama sekali generasi muda. Dia hanya tahu kata 'ooh saya pun warganegara, kenapa saya lain...? ' kedudukan zaman sekarang in i mesti berasaskan perkembangan sejarah sebab itu kita kata sejarah suatu yang penting, tetapi silapnya cara sejarah itu diajar lebih beratkan politik, padahal lebih elok kita titik beratkan undang-undang dalam pembelajaran sejarah"

Wanangseri nak ajak orang-orang muda supaya ingat asal usul kita. Ramli Sarip kata
" SEJARAH MENGAJAR KITA MENJADI LEBIH DEWASA" Dewasa sewajarnya menjadikan kita lebih matang. Cikgu-cikgu sejarah dan kementeriaan Pelajaran kenalah cari jalan jadikan sejarah matapelajaran yang menarik dan bermanfaat.

Rabu, 4 Jun 2008

PENGORBANAN MELAYU INDIA DAPAT KERAKYATAN : TUN SAMBANTHAN

Tun V.T. Sambanthan, Presiden MIC telah mengeluarkan kenyataan di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 berbunyi :-

"Now, ini 1955 we won the election with a great majority. Then we obtained freedom in 2 years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do- since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship? If we look around in Asia and in East Asia, particularty, you will find that my race the Indian race, is not welcomed ini Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcome in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all other areas. What help do they get for citizenship in all these territories?. In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship.... and ini Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, "We shall take them unto ourselver as brothers, we shall give them full opportunity to become citizens'. And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, ang tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens"

Wanangseri sekadar hendak memperingatkan perakuan yang telah diberikan pemimpin terdahulu seperti Tun Sambanthan bahawa orang India mendapat kerakyatan hasil setiakawan orang Melayu menjadikan mereka amat bertuah berbanding dengan orang India di sekitar Asia dan Asia Timur yang lain. Wanangseri "ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA........." Esok saya akan paparkan pula kenyataan dari pemimpin yang lain pula.

Isnin, 2 Jun 2008

BIASISWA JPA : LAGI HAK ISTIMEWA MELAYU DICABUT

Nampaknya episod malang orang Melayu terus berterusan. Kenyataan Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz bahawa biasiswa JPA untuk program ijazah di luar negara kepada bukan bumiputra dinaikkan kepada 45 peratus mulai tahun ini berbanding 10 peratus tahun lalu sesuatu yang tidak diduga sama sekali.

Wanangseri melihat langkah ini sebagai kekalahan kepada misi perjuangan memartabatkan Ketuanan Melayu di negara ini. Ketika orang Melayu dicabar di sana sini, kuasa kerajaan pimpinan Melayu diperlekehkan, raja Melayu di hina. Merupanya kita sendiri yang memperkosa hak istimewa orang-orang Melayu. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menyebut "Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit, dsb, untuk orang Melayu" adalah perkara yang dilindungi dan perincian tentang biasiswa, bantuan pendidikan dan latihan telah diterangkan secara jelas dalam perlembagaan yang menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong memeliharanya.

Dalam keadaan orang Melayu masih jauh ketinggalan dan amat berharap kepada bantuan kerajaan, namun peruntukan biasiswa untuk bumiputra hanya tinggal 55 sahaja. Ini bukan sahaja tidak menepati agihan mengikut komposisi kaum kerana bumiputera (65 % ) bukan setakat orang Melayu malahan ada berpuluh-puluh lagi suku kaum sama ada di semenanjung, Sabah dan Sarawak sedangkan bukan Melayu hanya sekadar 35%. Apabila dibahagikan sesama bumiputera berapalah yang akan tinggal kepada orang Melayu.

Sewajarnya kerajaan harus mempertahankan pecahan 90 peratus kepada bumiputera dan 10 peratus kepada bukan bumiputera yang diamalkan selama ini. Bumiputera termasuk orang Melayu sebenarnya tiada sumber lain lagi tetapi bukan bumiputera mempunyai jalan keluar yang banyak untuk memdapat pembiayaan bagi melanjutkan pelajaran.

kadang-kadang kita pun keliru dengan keletah beberapa pemimpin Melayu yang semacam tunduk kepada desak pembangkang yang sebenarnya berusaha keras untuk menghapuskan "Ketuanan Melayu" kepada konsep "Malaysian Malaysia". Kepada Tok Nazri dan rakan-rakan di kabinet tengok-tengok nasib anak cucu kita. Untuk Datuk Shamsul Anuar Nasarah jangan lupa perjuangan, itu baru jadi YB biasa belum menteri lagi.

Wanangseri sentiasa ingat kata orang tua-tua kita "TEMPAT JATUH LAGI KENANG........"
Hang Jebat tidak mati melainkan di tangan Hang Tuah jua. Jangan jadi Sang Rajuna Tapa membuka pintu kota untuk musuh!!!!!

PKR = PARTI KELENTONG RAKYAT

Malam sabtu lalu Buletin Utama TV3 memaparkan sekumpulan rakyat Selangor pelbagai kaum yang melahirkan rasa tertipu oleh kerajaan campuran Selangor dan sebelum itu pun dah ada rakyat yang buat laporan polis kerana kes yang sama.

Berjanji memang senang tetapi untuk menunaikannya bukanlah sesuatu yang mudah. Belum dapat, bulan dan bintang nak berikan tetapi bila dapat baru tau langit itu tinggi atau rendah. PKR mungkin tak mimpi akan perintah Selangor dan Tan Sri Khalid pula tak sangka jadi MB. Maka berjanjilah mereka ikut sedap mulut. Akhirnya PKR jadilah ”PARTI KELENTONG RAKYAT”

Antara kelentong PKR ialah menurukan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% , cuti bersalin 90 hari, membuka tabung permulaan RM100 setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan seorang bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan bagi anak yang mengikuti pendidikan pra sekolah dan memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Dalam hal ini Tok Nan yang mengetuai Kerajaan BN di Pahang yang sering ditohmahkan sebagai brutal, nampaknya lebih berhemah dari Tan Sri Khalid yang terus terkial-kial mencari alasan menghalalkan kelentongnya itu.

Tanpa apa-apa janji dan publisiti Kerajaan Pahang pimpinan Tok Nan telah memberikan bantuan pendidikan, biasiswa, derma siswa, pinjaman dan lain-lain melibatkan sejumlah wang RM439.147 juta yang memberi manfaat kepada seramai 362,477 penerima..Bagi tahun 2007 sahaja kerajaan BN Pahang telah membelanjakan sejumlah 52.647 juta yang melibatkan 28,430 penerima bantuan pendidik biasiswa sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi.

Wanangseri dapat melihat sendiri ramainya pelajar-pelajar yang datang ke Yayasan Pahang sepanjang minggu ini , mengambil Wang Geran Bantuan Pelajar Ke IPT sebanyak RM 500 untuk setiap anak-anak Pahang atau pemastautin negeri Pahang yang telah disahkan mendapat tawaran belajar sama ada di peringkat sijil, diploma dan ijazah di mana-mana pusat pengajian yang diiktiraf.

Tanpa apa-apa pengecualian tak kira dia bangsa apa, anak orang miskin, anak orang kaya raya, anak orang besar, anak orang kampung anak, orang UMNO, BN, PAS, DAP atau PKR. Semuanya layak asalkan pemohon dapat menunjukkan surat tawaran pengajian, kad pengenalan sendiri dan ibubapanya.

Wang hangus ini juga berikan bukan sahaja anak-anak kelahiran Pahang, ibubapa kelahiran Pahang tetapi juga permastautin Pahang walaupun mereka atau ibubapanya bukannya anak Pahang.

Walaupun kerajaan Pahang cuma bagi RM500 tetapi dia tak kelentong macam Selangor yang berjanji nak bagi RM1000.00 kepada setiap anak Selangor yang masuk universiti. Itulah kemampuan Kerajaan Pahang tak berjanji kalau ia tak mampu.
Wanangseri kasihan melihat rakan-rakan yang di kelentong oleh nafsu besar PKR (PARTI KELENTONG RAKYAT) melalui slogan NEGARA BERKEBAJIKAN kerajaan PR (PENIPU RAKYAT) itu. Kita tunggu sajalah akan ramai lagi rakyat yang mengikut langkah Mohd. Shaid Rosli membuat laporan polis kepada pengelentong-pengelentong itu.

MALAYSIA TANAH AIRKU



MALAYSIA TANAH AIRKU
SEBELUM ITU TANAH MELAYU
WARISAN TINGGALAN NENEK MOYANGKU
SEBAGAI PUSAKA KE ANAK CUCU

BERATUS TAHUN KAMI TERJAJAH
OLEH DURJANA BANGSA EROPAH
HILANG KUASA TERGADAI MARUAH
51 TAHUN MERDEKA SUDAH

PAHLAWAN MELAYU MENUMPAH DARAH
PERJUANGKAN HAK DI BUMI BERTUAH
SEGALA KEPAYAHAN MEREKA TAK ENDAH
CINA DAN INDIA MENUMPANG TUAH

KETUANAN MELAYU SUDAH DITERIMA
SEBAGAI ASAS PERKONGSIAN KUASA
RAJA MELAYU PAYONG NEGARA
TEMPAT TUMPUAN TAAT DAN SETIA

ORANG MELAYU SEBAGAI KETUA
CINA DAN INDIA TELAH BERSETIA
KALAU DERHAKA PERGILAH SAJA
KE MANA NEGARA YANG ANDA SUKA

PERLEMBAGAAN NEGARA MESTI DIHORMATI
KERANA DIA UNDANG-UNDANG TERTINGGI
MARI SEMUA BERSUMPAH BERJANJI
PERTAHANKAN NEGARA HINGGA KE MATI