Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Rabu, 11 Jun 2008

MELAYU : PERKAUMAN (CAUVENIS) ?

Wanangseri terbaca wawancara Puan Chong Eng Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang Ketua Wanita DAP dalam sebuah akhbar baru-baru ini. Beliau telah ditanya soalan “Relevankah UMNO terlalu memainkan sentimen perkauman antaranya isu ketuanan Melayu padahal kita mempunyai rakyat pelbagai kaum di Negara ini?

Dalam jawapannya Ketua Wanita DAP itu telah mengambarkan bahawa UMNO selama ini bermain dengan politik perkauman. Seolah-olahnya UMNO yang mewakili orang Melayu terlalu bersikap perkauman dan DAP pula berlandaskan perpaduan dan keadilan masyarakat pelbagai kaum.

Wanangseri sekadar hendak mengajak semua berfikir dengan menjawab pertanyaan berikut :-

i. Perkaumankah orang Melayu jika : Merelakan orang bukan Melayu menjadi warganegara sedangkan mereka hanya bermula sebagai perantau yang menumpang mencari makan di Tanah Melayu ?

ii. Perkaumankah orang Melayu jika : Dalam pilihanraya1955, UMNO telah menyerah 17 kawasan majoritinya kepada calun-calun bukan Melayu untuk bertanding sedangkan bukan melayu hanya ada 2 kawasan majoriti sahaja?

iii. Perkaumankah orang Melayu jika : Dalam setiap pilihanraya ada saja kawasan majorti Melayu yang diberikan bukan Melayu bertanding sebagai calun BN ?

iv. Perkaumankah orang Melayu jika : Dalam setiap pilihanraya UMNO memberikan kawasannya MIC dan PPP sedangkan orang India tiada satu pun kawasan majoriti sama ada di DUN atau parlimen ?

v. Perkaumankah orang Melayu jika : Orang Melayu tetap mengundi calun bukan Melayu ( MCA, MIC, GERAKAN, PPP, SUPP, PBS ) walaupun terpaksa berlawan dengan calon Melayu ( PAS atau PKR) demi semangat setiakawan ?

vi. Perkaumankah orang Melayu jika : Orang Melayu memberikan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada orang bukan Melayu (GERAKAN) sedang kerusi UMNO lebih banyak di DUN Pulau Pinang ketika itu?

vii. Perkaumankah orang Melayu jika : Orang Melayu sanggup menghapuskan Sekolah Melayu dan terus membenarkankan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan orang India wujud dalam sistem pendidikan negara ?

viii. Perkaumankah orang Melayu : Orang Melayu telah membenarkan orang Cina menubuhkan Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Terbuka Wawasan yang pelajar hampir keseluruhannya pelajar Cina?

ix. Perkaumankah orang Melayu jika : Orang Melayu telah membenarkan orang India menubuhkan Kolej Perubatan Antarabangsa Sains dan Teknologi yang memberi keutamaan kepada orang India?

x. Perkaumankah orang Melayu jika : Orang Melayu sanggup menerima orang bukan Melayu masuk ke sekolah berasrama penuh dan MRSM sedangkan sebelumnya ia milik mutlak pelajar bumiputera ?

xi. Perkuamankah orang Melayu jika : Orang Melayu sanggup membuka quota yang orang bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, polis dan tentera.?

xii. Perkaumankah orang Melayu jika : Orang Melayu sanggup menghapuskan sistem quota kemasukan ke universiti dan digantikan sistem meritokrasi yang lebih menguntungkan bukan Melayu.?

xiii. Perkaumankan orang Melayu jika : Orang Melayu sanggup menerima tuntutan pemberiaan biasiswa JPA hingga 45% bukan Melayu sedangkan itu merupakan hak istimewa orang yang dilindungi oleh perlembagaan.

Wanangseri harap kita dapat menjawab dengan rasional. Begitu orang Melayu melalui UMNO telah banyak bertolak ansur demi sebuah negara yang aman damai melalui semangat setiakawan yang tinggi. Janganlah ”DIBERI BETIS HENDAKKAN PEHA, DAH DAPAT PEKA APA LAGI YANG DIKEHENDAKINYA” MELAYU JUGA ADA MARUAHNYA!!!!!

Tiada ulasan: